Solat Sunat Rawatib, Ini Panduan Lengkap Berserta Doa & Bacaan Dalam Solat

Solat sunat rawatib adalah solat yang dilakukan sama ada sebelum (qabliyah) dan selepas (ba'diyah) solat fardhu untuk menyempurnakan ibadah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang mengiringi solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat lima waktu. Solat sunat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah manakala solat sunat rawatib sesudah solat fardhu ialah solat sunat ba’diah. 

Solat sunat fardhu ini dikerjakan secara bersendirian untuk tujuan memperbaiki kekurangan diri dalam solat fardhu yang sangat dituntut dalam islam.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap berserta doa dan bacaan yang memudahkan anda mempraktikkanya dalam kehidupan seharian.

Hukum solat sunat rawatib 

Hukum mendirikan solat sunat rawatib terbahagi kepada dua iaitu sunat muakad dan sunat bukan muakad (ghairu muakad). Solat sunat rawatib muakad dilaksanakan oleh Rasulullah SAW secara istiqamah dan baginda tidak pernah sesekali meninggalkannya.

Manakala, solat sunat rawatib bukan muakad ialah amalan yang menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, tetapi kadangkala Rasulullah meninggalkannya.

Bilangan rakaat bagi sunat muakad ialah 10 rakaat sementara bukan muakad pula sebanyak 12 rakaat.

Berikut merupakan penjelasan yang lebih ringkas tentang perbezaan bilangan rakaat dalam solat sunat qabliyah dan solat sunat badiah . 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunat rawatib 10 rakaat terdiri daripada:

  • 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh.
  • 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas solat fardhu Zohor.
  • 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib.
  • 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA,  “Aku pernah melaksanakan solat sunat bersama Rasulullah SAW iaitu dua rakaat sebelum solat zohor, dua rakaat selepas solat zohor, dua rakaat selepas solat jumaat, dua rakaat selepas solat maghrib dan dua rakaat selepas solat isyak.” –Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Manakala, sunat rawatib yang bukan muakad iaitu 12 rakaat terdiri daripada:

  • 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas solat fardhu Zohor.
  • 4 rakaat sebelum solat fardhu Asar.
  • 2 rakaat sebelum solat fardhu Maghrib.
  • 2 rakaat sebelum solat fardhu Isyak.

Cara solat sunat rawatib yang mudah dan ringkas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara melakukan solat sunat ini adalah dengan mengerjakan solat sunat sebanyak 2 rakaat disertai dengan niat solat sunat rawatib.

Jika melakukan solat sunat qabliyah iaitu solat sunat selepas azan:

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الصبح /الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ  ) رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً  لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Subuh/Zohor/Asar/Maghrib/Zohor / Isyak ) dua rakaat sebelum kerana Allah Taala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika melakukan solat ba’diah:

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الصبح /الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ  ) رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib/ Isyak ) dua rakaat selepas kerana Allah Taala.

Hukum solat rawatib dalam keadaan duduk

Berdasarkan kitab al-Mu’tamad, para ulama sepakat menetapkan hukum solat rawatib dalam keadaan duduk adalah sunat walaupun seseorang itu masih mampu untuk berdiri. Tetapi, paling afdal adalah mengerjakannya dalam keadaan berdiri. 

Ini berdasarkan hadis riwayat oleh Imran bin al-Husain RA, bahawa Nabi SAW bersabda tentang perkara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesiapa yang solat secara berdiri, maka itulah yang paling afdal. Sesiapa yang solat secara duduk, maka dia akan mendapat separuh daripada ganjaran orang yang solat secara berdiri. Sesiapa yang solat secara baring, maka dia akan mendapat separuh daripada ganjaran orang solat secara duduk. — Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Kelebihan yang diperoleh bagi yang mengerjakannya

Walaupun hukum mengerjakannya adalah sunat muakad, namun kelebihan dan ganjaran bagi mereka yang melaksanakan solat sunat rawatib telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang hamba yang muslim itu melaksanakan solat kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam sehari sebanyak dua belas rakaat sebagai tawattu’ (solat sunat) dan bukan fardu melainkan Allah SWT akan membina untuknya sebuah rumah di syurga” –Hadis riwayat Muslim.

Selain itu, mengerjakan solat sunat ini juga menyempurnakan dan melengkapi kekurangan dalam melaksanakan solat fardhu dalam keadaan lalai atau terleka. 

Marilah sama-sama kita mendekatkan diri dengan memperbanyakkan ibadah supaya tidak terlupa tujuan asal sebagai hamba untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Solat Taubat: Panduan Yang Lengkap Dengan Niat Dan Cara Untuk Melakukannya

Baca juga: Peluang Suami Untuk Jadi Imam, Ini Panduan & Cara Mengerjakan Solat Tarawih Di Rumah

Baca juga: Panduan Cara Solat Dhuha Berserta Doa, Rahsia Pembuka Pintu Rezeki & Keampunan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah