Cara Solat Terawih & Solat Witir Di Rumah, Ini Panduan Yang Betul Dari JAKIM

Ini cara solat terawih dan solat sunat witir yang boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah sepanjang bulan Ramadan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramadan datang lagi. Solat terawih merupakan salah satu ibadah yang hanya ada pada bulan mulia. Bagi sesetengah orang, mereka mungkin mempunyai kekangan masa untuk melakukan solat terawih di masjid jadi boleh ikut cara solat terawih di rumah yang paling mudah dan ringkas. 

Hukum Solat Sunat Tarawih

Hukum menunaikan solat sunat terawih adalah sunat Muakkad iaitu yang sangat dituntut oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Ia boleh dilakukan di masjid, surau atau di rumah. 

Hukum menunaikan solat terawih secara bersendirian adalah dibolehkan, dan yang paling afdhal menunaikannya secara berjemaah.

Cara Solat Terawih Di Rumah

Menjadi kelaziman apabila masuk ke bulan puasa, orang ramai akan berlumba-lumba untuk mengumpul ganjaran pahala dengan melakukan solat sunat tarawih di waktu malam selepas solat isyak.

Cara solat terawih ini juga boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat mengikut kemampuan masing-masing dan kalau nak buat 8 rakaat pun dibenarkan juga.

Ini kerana, bilangan rakaat solat tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat iaitu 8 rakaat tarawih dan 3 solat sunat witir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian tarawih ini dipisahkan antara 2 rakaat demi 2 rakaat. Maksudnya di sini, 4 kali dan 2 rakaat akan dilakukan dengan setiap 2 rakaat beserta satu salam.

Lafaz Niat Solat Terawih

Berikut adalah lafaz niat solat tarawih secara bersendirian

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Terawih Berjemaah (makmum)

Sekiranya anda melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat maka anda perlu baca niat sebanyak 4 kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Rukun Solat & Surah

Sebenarnya, rukun solat tarawih adalah sama seperti rukun solat fardhu yang kita kerjakan seharian di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apa yang menariknya tentang tarawih ini adalah terdapatnya pengisian zikir, tasbih dan selawat serta doa untuk bulan ramadan ini. Tapi ia bukanlah rukun atau syarat.

Bahkan, tiada penetapan khas untuk surah yang anda ingin baca dan anda boleh memilih mana-mana surah yang dirasakan mudah untuk diingat dan menjadi kegemaran anda semasa bersolat fardhu.

Walaubagaimanapun, sebagai memudahkan anda melaksanakan kewajipan ini, berikut adalah cadangan surah yang boleh dibaca selepas selesai membaca Al-Fatihah.

1. Surah Al-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Doa Antara Tarawih Selepas 4 Rakaat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas selesai 4 rakaat awal, anda boleh selitkan bacaan doa ini terlebih dahulu sebelum meneruskan 4 rakaat yang terakhir.

Berikut doa yang boleh anda amalkan dalam tarawih:

Maksudnya :

Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada KemurkaanMu dan api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkah Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bacaan Doa Selepas Terawih

Cara Solat Witir

Setelah selesai melaksanakan solat tarawih, anda akan mendirikan pula solat sunat witir.

Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya satu rakat dan bagi had sempurna dilakukan sebanyak 3 rakaat bersamaan 2 salam.

Bilal akan menyebut dengan lafaz ini.

Lafaz Niat Solat Witir 2 Rakaat

Maksudnya : Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala

Lafaz Niat Witir 1 Rakaat

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Selawat & Wirid Antara Solat

Kemudian disambung dengan bacaan ini. 

Disusuli dengan bacaan ini 

Download Panduan Solat Tarawih JAKIM

Bagi memudahkan anda untuk melakukan solat sunat terawih, sila rujuk panduan solat terawih oleh JAKIM yang lengkap seperti pautan yang tertera di bawah:

Panduan Solat Tarawih JAKIM

Dengan segala panduan ini, maka selesailah solat sunat tarawih anda pada malam berkenaan. Kemudian pada malam esoknya anda boleh ulang semula fardhu ini sehinggalah ramadan berakhir pada tahun ini.

Inilah masanya untuk memperbanyakkan amalan bagi merebut ganjaran pahala yang ditawarkan pada bulan ini. Kalau boleh buatlah bersama suami, isteri dan anak-anak supaya keberkatannya dirasai bersama seluruh keluarga.

Selamat menyambut bulan ramadan untuk semua.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya