Bahaya Anak Gemar Makan Sosej, Ia Sebenarnya Penyebab Leukemia & Kanser Usus!

Sosej goreng atau sosej bakar merupakan hidangan ringkas dan enak dinikmati bersama keluarga. Namun, tahukah anda ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat hidup moden sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan perkara serba ringkas dan cepat. Disebabkan oleh kesibukan ibu ayah menyediakan makanan, tentu sahaja akan memilih makan berproses seperti sosej goreng kepada anak-anak.

Biarpun sudah ramai menyedari bahawa makanan tersebut tidak berkhasiat, namun ia mungkin disebabkan oleh adanya kata-kata ”bukannya makan tiap-tiap hari pun!”

Risiko bahaya makan sosej goreng atau bakar terhadap anak-anak

Umum mengetahui bahawa makanan diproses seperti sosej dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser. Menurut Institut Kanser Negara, sebanyak 4 peratus kejadian kanser di Malaysia terdiri daripada golongan kanak-kanak bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Malah, lebih 53,200 kematian akibat kanser usus dijangka berlaku pada tahun ini di Amerika Syarikat. Ia merupakan kanser kedua paling membunuh di negara berkenaan.

Manakala, kandungan Nitrites di dalam sosej goreng atau bakar turut menyebabkan risiko kanser usus berlaku. Di Malaysia, terdapat lebih 4501 kes terutamanya dalam kaum Cina dan menjadi pembunuh utama.

Nitrites merupakan garam tambahan digunakan sebagai bahan pengawet dalam sosej. Apabila ia dicernakan dalam sistem penghadaman, bakteria akan bertukar kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun penyebab kanser.

Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer, setiap 50g daging proses yang dimakan, ia mampu meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turut mengundang penyakit lain

Tahukah anda apakah bahan yang terkandung dalam sebatang sosej? Sebenarnya, didapati pengusaha sosej telah mencampurkan sebanyak 20 peratus daging ayam atau daging lembu bersama dengan 80 peratus bahan lain iaitu kulit ayam, tulang dan lemak ayam.

Kemudian, ditambah tepung dan bahan perasa lain ketika proses penghasilan makanan ini. Antara risiko bahaya penyakit lain ialah:

#1. Kanak-kanak yang makan melebihi 12 batang sosej dalam masa sebulan berdepan dengan risiko 9 kali lebih tinggi untuk menghidap penyakit Leukemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sosej turut meningkatkan risiko kanser pundi kencing sehingga 59 peratus, kanser perut 38 peratus dan pankreas 67 peratus.

#3. Bagi ibu yang sedang hamil pula, pengambilan melebihi 1 batang sosej setiap minggu meningkatkan risiko bayi menghidap barah otak.

Tidak dinafikan, kanak-kanak kini lebih gemar mengambil makanan berproses atau fast food kerana ia dikatakan memiliki keenakan yang tersendiri. Malah, ada anak kecil tidak suka nasi dan ketagihan makanan tidak berkhasiat ini!

Namun, tahukah ibu ayah bahawa kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan proses adalah sangat sedikit?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia memiliki ciri-ciri seperti berikut:

  • Kandungan lemak tepu yang tinggi (Lemak trans meningkatkan risiko kanser)
  • Tinggi kandungan garam (sodium & MSG).
  • Tinggi Bahan pengawet.
  • Berisiko meningkatkan tahap kolestrol buruk dalam badan.
  • Meningkatkan keupayaan obesiti serta kanser usus.

Susu dan buah-buahan adalah ”penawar” kesan sosej

Kajian makmal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam sosej.

Dalam kajian tersebut, seekor tikus diberikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang diberi makan sosej.

Justeru, pengambilan makanan mengandungi tinggi kalsium seperti susu dan yogurt mungkin boleh menjadi penawar terhadap serangan kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan antioksida dan vitamin C seperti buah-buahan serta sayuran turut dapat membantu mengurangkan kesan buruk akibat tabiat memakan sosej.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat pengambilan makanan diproses dalam kalangan anak-anak kecil perlu dihentikan dengan segera. Sebagai ibu dan ayah, anda memiliki kuasa penuh dalam menentukan setiap keputusan dan cuba menyediakan makanan yang lebih berkhasiat.

Hal ini kerana mereka memerlukan pelbagai nutrisi melalui pemakanan untuk membesar menjadi anak yang sihat dan bebas daripada sebarang serangan penyakit.

Ketika keluar ke pasar raya pula, alihkan perhatian terhadap rak sayur-sayuran atau buahan. Elakkan dari membuka peti bagi ‘mencuci mata’ melihat variasi makanan sejuk beku yang sudah diproses.

Justeru, ibu ayah perlu memupuk amalan pemakanan sihat sebagai budaya dalam keluarga. Hal ini kerana makanan berkhasiat menjamin tubuh badan yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commata-buta