BAHAYA Spa Ikan, Wanita Ini Hilang Semua Jari Kakinya Akibat Jangkitan Teruk!

Kesemua jari kaki kanan wanita ini terpaksa dibuang selepas dia pergi ke spa ikan. Ketahui risiko berbahaya ini untuk selamatkan anak anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang seronok bila kita rendamkan kaki dalam kolam dan ikan mula berebut-rebut untuk makan kekotoran atau daki kaki. Tapi, spa ikan ada risikonya dari segi kesihatan, seperti yang dialami oleh wanita ini. 

Wanita hilang jari kaki gara-gara spa ikan

Victoria Curthoys, wanita berusia 29 tahun dari Australia ini telah mengalami kejadian yang mengerikan di spa ikan.

Dua belas tahun lepas, pada 2006, Victoria telah terpijak kaca yang membuatkannya mendapat jangkitan tulang hingga sebahagian daripada ibu jari kakinya perlu dipotong!

Semuanya baik-baik saja sehingga dia pergi bercuti di Thailand baru-baru ini dan mencuba spa kaki. Walaupun kolam tersebut nampak bersih, tapi sekembalinya dia ke Australia, Victoria telah demam dan jatuh sakit.

Keadaannya ini telah menyebabkan beberapa jangkitan sehingga kesemua jari kaki kanannya perlu dibuang.

Spa ikan: Jangkitan jari kaki yang berterusan

Doktor di Australia tak dapat tentukan bakteria apa yang telah menjangkiti kakinya. Setahun selepas itu, baru mereka dapat tahu ia adalah Shewanella, sejenis bakteria dalam kolam ikan.

Bakteria ini berjaya masuk ke dalam badannya melalui luka pembedahan yang dilaluinya 12 tahun lepas dan membuatkannya menghidap Osteomyelitis, jangkitan tulang yang lain pula!

Pada tahun 2012, tisu ibu jari kakinya yang masih ada itu telah mula reput dan doktor tak ada pilihan lain selain memotongnya.

Tapi, ia tak terhenti di situ.

Pembedahan untuk membuang ibu jari kakinya berjaya. Tapi kemudian, doktor mengesan yang jari kaki keduanya telah dijangkiti. Ini bermakna, ia terpaksa dibuang.

Dua tahun kemudian, Victoria mula muntah, tanda jangkitan yang disahkan dengan ujian darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa tujuh tahun selepas pembedahan pembuangannya yang pertama, Victoria telah menjalani tiga pembedahan untuk membuang kesemua jari kaki kanannya. Prosedur terakhir berlaku pada November 2017.

Apa yang ibu bapa perlu tahu tentang spa ikan?

Walaupun spa ikan mungkin kelihatan bersih dan selamat, namun ia tak ada jaminan.

Malah, spa ini telah diharamkan di Amerika Syarikat kerana ini. Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC):

  • Kolam ini tak dapat dibersihkan dengan baik kerana pelanggan akan bertukar sementara ikan masih berenang.
  • Ikan-ikan ini tak dapat dibasmi kuman atau dibersihkan kerana penukaran pelanggan. Ikan ini juga mahal dan pemilik spa biasanya tak akan menukar kumpulan ikan dan akan meningkatkan risiko jangkitan.
  • Ada potensi ikan merbahaya akan digunakan kerana peniaga tersalah label ikan Chinchin China kepada Garra rufa yang biasa digunakan dalam spa. Chinchin akan menghasilkan gigi dan boleh mengeringkan darah. Ini membuatkan jangkitan lebih mudah didapati.
  • Ikan ini tak makan kulit secara semula jadi. Mereka dibiarkan lapar supaya mereka makan kulit kerana terdesak dan ini adalah kekejaman terhadap haiwan.

Risiko spa ikan menurut pakar perubatan

Spa kaki ini mengundang bahaya bukan hanya kerana pengalaman Victoria. Banyak profesional kesihatan telah memberi amaran tentang perkara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Nisha Suyien Chandran, ikan di spa membawa bakteria, dan ada teori yang risiko ini berlaku apabila ikan makan kulit pengguna yang mempunyai luka dan menghantar bakteria.

Dr Nisha menekankan, sesiapa yang mempunyai luka atau calar pada kaki juga mempunyai risiko.

Malah mereka juga berisiko untuk mendapat jangkitan HIV!

“Jika pengguna mempunyai jangkitan seperti HIV dan mempunyai luka terbuka pada kaki, ada risiko yang darah mereka boleh masuk ke dalam kolam dan menjangkiti pengguna lain yang mempunyai luka terbuka.”

Siapa yang perlu elak spa ikan?

Menurut NHS, spa ikan mempunyai risiko rendah untuk mendapat jangkitan bagi orang dewasa yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi risiko ini boleh meningkat jika anda ada beberapa masalah. Anda perlu elak dari pergi ke spa ikan jika:

  • anda cukur atau wax kaki pada hari sebelumnya
  • sedang sembuh dari luka atau kulit terkupas pada kaki
  • mempunyai jangkitan kaki
  • mempunyai masalah kulit seperti psoriasis, ekzema atau dermatitis disekitar kaki
  • mempunyai diabetes
  • mempunyai penyakit virus dalam darah seperti hepatitis B, hepatitis C atau HIV
  • mempunyai sistem imunisasi yang lemah disebabkan penyakit atau ubat
  • mempunyai gangguan darah atau mengambil ubat seperti heparin atau warfarin
  • berusia lanjut, mengandung, kanak-kanak/bayi

Banyak lagi cara lain untuk buang kulit mati. Jom kita selamatkan diri, keluarga dan juga ikan-ikan yang menjadi mangsa kekejaman ini.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.cominsiden-spa-kepala-kanak-kanak-perempuan-tersekat-di-lubang-kepala-katil-urut/

Penulis

Nadia Ghafar