10 'Port' Staycation KL, Hotel & Resort Sesuai Untuk Anda Seisi Keluarga, Pemandangan Indah

Staycation KL di hotel dan resort sekitar Kuala Lumpur ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Menawarkan pemandangan cantik Kuala Lumpur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda merancang untuk staycation KL kami cadangkan anda memilih hotel dan resort yang disenaraikan di bawah. Pelbagai pilihan untuk anda sama ada mesra keluarga, pemandangan yang cantik hinggalah menggamit ketengan walaupun di tengah bandar raya.

Staycation KL Di 20 Hotel, Resort Ini

1. KLoe Hotel, Bukit Bintang

Merupakan sebuah butik hotel yang agak baru di Kuala Lumpur dan dibuka pada Februari lalu. Mereka telah berjaya menyediakan pelbagai ruang yang bertujuan untuk menginspirasikan kreativiti dan membuat tetamu berasa selesa. Kolam renang di luar turut tersedia di hotel ini menjadikan ia tempat staycation KL terbaik untuk anda cuba. 

Alamat: 27, Bukit Bintang Street, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM170

2.The KL Journal Hotel

Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang hotel ini direka dengan suasana retro yang santai. Kolam infiniti di bumbung hotel antara yang menarik untuk diteroka. 

Alamat: 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200, Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM130

3.The RuMa Hotel & Residences

Dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 Hotel Paling Menakjubkan di Dunia oleh Fodor’s Travel 2020. Dengan bilik dan suite yang minimalis dan mewah, ia menawarkan pemandangan langit bandar raya KL. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan tab mandi.

Alamat: 170, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM310 setiap orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hotel ini adalah hotel 5 bintang yang elegan dan mewah. Biliknya yang menawarkan pemandangan KL, Taman KLCC, atau kolam renang hotel yang indah. Kemudahan di hotel termasuk spa dalam hotel, kolam renang luar yang cantik, gelanggang tenis, 10 restoran y dan pusat kecergasan untuk mereka yang ingin bersenam semasa bercuti.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM406 setiap orang

5.Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree

Menawarkan bilik dan suite yang dihias dengan menarik, sempurna untuk hujung minggu anda. Terletak di atas dan terhubung terus dengan pusat membeli-belah Pavilion. Bagi pencinta tab mandi, disarankan untuk menempah bilik yang dilengkapi dengan tab bulat yang cukup besar untuk dua orang (sempurna untuk pasangan!).

Alamat: 170, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM293 setiap orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.WOLO Kuala Lumpur

Terletak di Jalan Bukit Bintang hotel ini sesuai bagi mereka yang ingin meneroka Bukit Bintang. Hanya beberapa langkah sahaja sesuai untuk terapi membeli-belah atau menikmati hidangan yang enak.

Alamat: Sudut Jalan Bukit Bintang & Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100, KL
Julat Harga: dari RM111 setiap orang

7.EQ Kuala Lumpur

Tersergam megah bangunan 52 tingkat yang menawarkan 440 bilik dengan kemudahan mewah dan pemandangan menakjubkan kota Kuala Lumpur. Selain itu, EQ mempunyai satu tingkat khusus untuk kecergasan dan kesejahteraan, termasuk gym, spa, kolam infiniti 25 meter, sauna garam Himalaya, dan bilik wap aromaterapi! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM397 setiap orang

8.Avani Sepang Goldcoast Resort

Terletak hanya 90 minit memandu dari KL di kawasan pantai yang tenang di Kampung Bagan Lalang. Dengan lebih 300 vila berinspirasi Polynesia resort ini menawarkan pantai peribadi, kolam infiniti, spa, dan pelbagai aktiviti rekreasi.

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor.
Julat Harga: dari RM247 setiap orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9.Villa Samadhi

Hotel ini adalah hotel mewah 5-bintang yang diilhamkan oleh seni bina Melayu tradisional, terletak hanya beberapa minit dari KLCC. Terdapat 21 vila yang unik, direka dengan pesona kasar, tetapi tetap sofistikated.

Alamat: No. 8, Jalan Madge, Off Persiaran Madge, Jalan U-Thant, 55000, KL
Julat Harga: dari RM473 setiap orang

10.The Chow Kit

Hotel ini menduduki tempat ke-20 dalam senarai 52 tempat wajib kunjung pada 2020 oleh New York Times! Dengan tingkap dari lantai ke siling, lantai kayu, pancuran hujan, dan katil yang dilengkapi dengan linen mewah, ia adalah tempat staycation yang selesa.

Alamat: 1012, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
Julat Harga: dari RM92 setiap orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Hotel Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel) Yang Terbaik & Best Pilihan theAsianparent

Baca juga: 15 Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor Untuk Tidur Yang Lena

Baca juga: 10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

Penulis

Lala Annuar