X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

5 min bacaan
10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

Penang memang terkenal sebagai destinasi percutian. Lagi-lagi bila ada 10 hotel yang best ini!

Seronoknya bila dapat berjalan-jalan ke negeri Pulau Pinang yang mempunyai pusat pelancongan menarik yang dapat dikunjungi oleh orang ramai.

Pastinya ia membuatkan anak-anak juga teruja bila sampai di sini. Tapi nak tidur di mana ya? Jangan risau sebab ada 10 hotel di Penang yang best dan kids friendly!

Biasalah bila dah jadi mak ayah ini, tentunya kita akan memilih bilik yang mesra kanak-kanak supaya senang nak menghiburkan anak-anak tanpa perlu keluar mencari  playground untuk mereka.

Nak tahu apa 10 hotel di Penang yang mesra kanak-kanak? Jom kita lihat di bawah.

10 Hotel di Penang Yang Mesra Kanak-Kanak

#1. Golden Sands Resort

hotel penang

Ini antara salah satu hotel yang paling disukai oleh ibu ayah jika anda bercadang nak bawa anak-anak bercuti ke Pulau Pinang.

Meskipun harganya agak mahal, tapi percayalah ia akan membuatkan anda rasa berpuas hati dengan servis yang disediakan, bahkan anak-anak juga puas bermain.

Tarikan paling best di sini adalah Adventure Zone iaitu kawasan indoor playground yang luas dan ada  giant slide yang pasti menyeronokkkan. Namun diingatkan, bila bermain di sini, setiap orang perlu memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang.

Selain itu, hotel ini juga memiliki Splash Zone iaitu kawasan taman tema air yang best dan menerujakan anak-anak serta seisi keluarga.

Harga bilik dianggarkan berjumlah : RM370 untuk satu malam.

#2. Holiday Inn, Batu Feringghi

Anda juga boleh bermalam di Holiday Inn untuk harga yang lebih berkemampuan. Bahkan, lokasinya dekat dengan pantai dan pasar malam Batu Feringghi!

Apa yang menarik, di sini ada kolam renang dan mini waterpark khas untuk kanak-kanak. Malah ada juga playground dan kids club yang boleh diakses setiap penghuni hotel. Beberapa pilihan kid’s suit pun ada di sini. Wah, memang bestlah anak-anak bila bermalam di sini!

Harga bilik dianggarkan berjumlah : RM 250 satu malam

#3. Double Tree Hilton, Batu Feringghi

Ha… ini ada lagi hotel di Penang yang boleh dikatakan best iaitu Double Tree Hilton. Hotel ini memang popular dan mungkin anda rasakan ia mahal, tapi servis yang disediakan memang berbaloi dengan kemudahan yang ada.

Di sini ada kolam renang, kemudahan gelongsor, mini water park dan banyak lagi. Kemudian, kid’s club juga antara tarikan ibu bapa untuk bawa anak bercuti dan bermalam di sini.

Lokasinya terletak betul-betul di sebelah pantai dan agak terpinggir sedikit serta sesuai buat anda yang mahu lari daripada kesibukan kota.

Anggaran bermula RM215 per malam

#4. Bayview Beach Resort

Di sini ada kemudahan bermain yang best untuk kanak-kanak contohnya kolam renang, mini water play area dan kids play room. Rasa dah puas bermain di kolam renang dalam hotel boleh terus ke pantai pula.

Harga bermula RM 280/ malam

#5. Lexis Suites Penang, Bayan Lepas

hotel pulau pinang

Sekarang dekat Penang pun ada Lexis Suites yang sangat best dengan harga yang berbaloi sebabnya anda akan puas hati dengan fasiliti dan  private pool yang ada di sini.

#6. Hard Rock Hotel, Batu Feringghi

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Kalau nak bilik yang mesra kanak-kanak, ibu ayah boleh pilih bilik jenis Roxity Kids Suite yang dihias khas untuk anak-anak.

Selain Children’s Club, ada juga Teen’s Club yang menyediakan permainan Foosball, Pool, Playstation atau Wii.

Paling best sambil berendam dalam kolam mandi anda boleh dengar muzik. Perghh power betul!

Anggaran harga RM 360/ per malam

#7. Grand Orient Hotel, Perai

Grand Orient Hotel Perai ini pernah viral dahulu kerana ia memiliki  in-house waterpark yang menjadi tarikan ramai.

Namun hotel ini tidak terletak berdekatan dengan pulau tapi lokasinya tetap strategik sebab dekat dengan highway dan Jambatan Pulau Pinang.

Bahkan, reka bentuk hotelnya juga futuristik yang menjadi tarikan untuk bermalam. Harga RM159 untuk satu malam bersama tiket masuk  waterpark

#8. Flamingo By The Beach, Tanjung Bungah

Lokasi hotel ini terletak di Tanjung Bungah dan kawasan yang terdekat untuk dilawati seperti Toy Museum dan Bukit Bendera.

Selain kolam renang dan taman permainan, di sini ada juga Kids Club atau indoor play area yang best untuk kanak-kanak. Anggaran harga RM 180/malam.

#9. Park Royal Penang Resort

Park Royal Penang Resort ini antara hotel yang paling lama di Pulau Pinang namun baru saja ditambah baik dari segi rekaan yang lebih moden dan fasiliti yang menarik.

Apatah lagi, Kid’s play room di sini juga ditambah lengkap dengan alat permainan dan hiasan yang menceriakan.

Bukan itu saja, hotel ini juga ada swimming pool dan water slide yang cukup best dan menambahkan keriangan pada kanak-kanak yang bermalam di sini.

Anggaran harga RM380

#10. Gurney Resort Hotel & Residence

hotel di penang

Kalau rasa nak hotel dekat dengan mall dan kawasan kedai makan, bolehlah menetap di Gurney Resort Hotel & Residence ini.

Bagi anak-anak tentu suka bila ada kolam renang, play area dan gelongsor. Harga bilik pun tak mahal mana iaitu anggaran RM150 untuk satu malam

Bila sudah ada senarai macam ini senang sikit nak buat pilihan hotel mana nak tidur bila anda berkungjung ke Penang, kan? Apa tunggu lagi, jom bawa satu keluarga ke sana!

10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga

15 Taman Permainan Indoor Buat Kanak-Kanak, Memang WAJIB Bawa Anak Main Di Sini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!
Kongsikan:
  • Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

    Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

  • Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

    Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

    Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

  • Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

    Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.