Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa

Strep Kumpulan B adalah bakteria yang biasa dijangkiti oleh orang dewasa dan ia tidak merbahayakan, tapi jika dijangkiti pada bayi, ia boleh membawa maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Streptokokus Kumpulan B atau lebih dikenali sebagai Strep Kumpulan B mahupun GBS adalah bakteria yang biasa dijumpai di dalam usus atau di saluran kemaluan bawah.

Bakteria ini tidak bahaya pada orang dewasa yang sihat, tetapi ia boleh membuatkan bayi yang baru lahir sakit jika dijangkiti atau dalam kes yang lebih teruk, bayi boleh mati!

Inilah apa yang terjadi kepada pasangan di UK ini apabila bayi mereka yang baru lahir mati dari jangkitan hanya lima hari selepas dilahirkan.

Ujian Strep Kumpulan B tidak dilakukan ke atas wanita mengandung, jadi Gabby tidak mengetahui yang dia merupakan pembawa bakteria ini. Dia hanya sedar ada sesuatu tidak kena apabila anaknya Amber, tidak bergerak ketika pemeriksaan.

Gabby telah di-induce keesokan harinya dan Amber dilahirkan dengan berat sebanyak 5 kg. Malangnya, jangkitan itu telah merebak dan Amber terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Apa Strep Kumpulan B boleh lakukan pada bayi? Amber diberikan ubat untuk mengawal tekanan darahnya, dan dia menderita sawan lalu mengalami kerosakan otak yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun berat, tapi pasangan ini telah membuat keputusan untuk menutup mesin sokongan hayat selepas doktor katakan yang mereka tidak boleh menyelamatkan anak mereka lagi.

Bahaya Strep Kumpulan B pada bayi

Bayi yang dijangkiti GBS semasa bersalin boleh mendapat sakit yang kritikal. Jangkitan ini biasanya dapat dilihat dalam dua bentuk.

Bayi yang dijangkiti penyakit Strep Kumpulan B awal akan mula sakit dalam masa seminggu selepas lahir. Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, simptom dan tanda-tandanya termasuklah:

  • Sepsis, radang paru-paru dan meningitis adalah komplikasi yang paling biasa
  • Masalah pernafasan
  • Tekanan jantung dan darah tidak stabil
  • Masalah gastrousus dan buah pinggang

Bayi yang dijangkiti penyakit Strep Kumpulan B lambat pula hanya akan menunjukkan simptom dalam masa seminggu ke beberapa bulan selepas lahir. Simptom kecil termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kesukaran bernafas
  • Demam
  • Kesukaran untuk menyusu
  • Keletihan
  • Kesakitan

Walau bagaimanapun, meningitis merupakan simptom yang biasa terjadi.

Bagaimana untuk melindungi anak dari Strep Kumpulan B?

Tiada mana-mana ibu mengandung yang nak melihat apa Strep Kumpulan B boleh lakukan pada bayi.

Oleh sebab itu, pemeriksaan rutin vagina Strep B adalah penting untuk semua ibu mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian ini dilakukan dengan menyapu vagina dan rektum dengan putik kapas pada minggu ke 35 dan 37 kandungan dan kemudian anda akan mendapat keputusan makmal dalam masa 24 ke 48 jam.

Jika anda mempunyai Strep Kumpulan B, anda akan diberikan antibiotik melalui IV semasa bersalin. Ini akan mengurangkan risiko anak anda menjadi sakit.

Ibu dicadangkan untuk mula mengambil antibiotik ketika mula hendak bersalin dan setiap 4 jam semasa proses bersalin aktif hingga bayi dilahirkan.

Lain faktornya apabila anda bersalin czer. Jika rasa bersalin belum mula atau air ketuban belum pecah, anda tidak perlu mendapatkan rawatan Strep Kumpulan B semasa pembedahan.

Walau bagaimana pun, jika anda sudah bersedia untuk bersalin atau air ketuban sudah pecah, anda perlu dirawat walaupun anda melakukan kaedah czer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga informasi ini berguna.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkancing-gigi

Penulis

Nadia Ghafar