Rasa macam ada terlalu banyak stress yang menekan anda? Anda tak cukup tidur kerana bimbangkan kerja, anak-anak dan suami pula tak ambil berat?
Adakah stress baik untuk badan, lebih-lebih lagi ketika hamil?
Stress memainkan peranan penting dalam hidup. Ia mengajar kita tentang keupayaan diri.
Hormon kortisol adalah hormon yang dihasilkan oleh badan ketika anda mengalami stress untuk membantu menghadapi cabaran yang dialami.
Tapi, stress pun ada baik buruknya.
Terlalu banyak hormon kortisol boleh menghancurkan otot dan tulang yang sihat, melambatkan penyembuhan/pertumbuhan semula sel normal, menjejaskan pencernaan, metabolisme dan fungsi mental.
Dan kajian mengatakan: Wanita hamil yang ada terlalu banyak hormon ini, berisiko untuk melahirkan bayi dengan berat badan yang sangat rendah.
Bagaimana stress ketika hamil menghasilkan bayi dengan berat badan yang lebih rendah?
Menurut Medical News Today:
Para penyelidik telah menganalisis kaitan antara corak-corak kortisol yang berlainan dalam wanita-wanita hamil dengan hasil kelahiran mereka.
Mereka mendapati wanita yang mempunyai tahap kecerunan kortisol harian yang lebih rata telah melahirkan bayi dengan berat badan yang lebih rendah.
“Kami mendapati corak kortisol ada hubungan dengan stress kronik, Ia juga dikaitkan dengan saiz bayi semasa lahir,” kata Christine Guardino, seorang postdoctoral scholar dalam psikologi di University of California-Los Angeles (UCLA).
Mereka juga mendapati janin yang terdedah kepada kortisol, memiliki kemungkinan untuk mengendali tekanan hidup dalam cara yang berbeza apabila dewasa nanti.
Kerana itulah wanita hamil memerlukan sokongan daripada semua pihak dan menerima rawatan jika diperlukan.
Pentingnya rawatan dan sokongan!
Chris Dunkel Schetter, profesor psikologi di UCLA, yang turut terlibat dalam kajian itu menjelaskan
“Wanita harus sedar kepentingan untuk merawat kemurungan. Mereka juga perlu menilai dan merawat tekanan serta memastikan diri berada dalam hubungan yang sihat. Pastikan diri aktif secara fizikal, tidak merokok dan mempunyai sokongan keluarga yang positif.”
Semua perkara yang menyumbang kepada kehamilan yang optimum dan kehidupan yang sihat perlu dilakukan sebelum hamil.
Ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam kajian itu berkata punca tekanan yang dialami oleh mereka disebabkan oleh pelbagai perkara.
Ada antaranya dari masalah kewangan, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan jiran, peristiwa kehidupan utama, termasuk kematian ahli keluarga, keganasan rumahtangga dan masalah perkauman.”
Sebab itu sangat penting untuk membentuk persahabatan dengan ibu-ibu hamil yang lain apabila anda sendiri sedang hamil.
Kami di theAsianparent sentiasa menggalakkan ibu-ibu hamil untuk saling berinteraksi di bahagian komen di bawah, malah bertanya soalan atau berkongsi pengalaman dan pendapat.
Dengan adanya sokongan positif sepanjang kehamilan, ia akan membawa banyak faedah untuk ibu hamil dan bukan sekadar kesihatan secara mental, sahaja.
Kajian mengatakan ia juga boleh memberi kesan yang baik kepada kesihatan keseluruhan ibu hamil!
Kredit gambar: Very Well
Sumber: Dr. Zubaidi dan Medical News Today
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtip-3-dalam-1-dari-jepun-atasi-lemak-perut-sikap-malas-dan-tertekan/
4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat