Si Suami Sangat Ceria & Romantik, Ini Rupanya Karakter Suami Jika Dia Anak Bongsu

Jangan tak tahu, anak bongsu pun boleh tahan romantik. Ini 7 karakter jika anda berkahwin dengan suami anak bongsu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada segelintir wanita bimbang berjodohan dengan lelaki anak bongsu. Betulkah? Mana tidak, kadangkala penceritaan drama televisyen sudah seringkali memaparkan watak suami anak terakhir ini yang hanya mendengar kata-kata ibunya.

Ibarat patuh sahaja apa saranan dan nasihat ibu, tanpa memikirkan hati si isteri. Sudahnya rumah tangga selalu sangat bergaduh siang hingga ke malam, akhirnya merajuk dengan suami kerana terlalu memendam rasa hati.

Tapi itu hanyalah penceritaan drama dipaparkan jam 7 malam di televisyen semata-mata. Tetapi betulkah ada dalam kalangan lelaki anak bongsu mempunyai karakter tersebut? Mungkin ada tetapi hanyalah kebetulan semata-mata.

Mari kita lihat bagaimana perangai suami anak bongsu ini. Mungkin satu daripada karakter ini terdapat dalam diri suami anda.

7 karakter suami anak bongsu

1# Suka mencabar diri mencuba sesuatu yang baharu

Anak lelaki bongsu seorang yang suka meneroka perkara baharu atau tempat-tempat baharu. Mereka ini suka mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini.

Sebagai isteri, mungkin anda boleh berikan sokongan dan galakan kepada suami yang mempunyai sikap sedemikian. Selagi mana sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak mendatangkan masalah keharmonian rumah tangga atau kemudaratan.

Contohnya, suami anda mahu mencuba hobi baharu yang tidak pernah dilakukannya seperti mendaki gunung. Apa kata anda cuba beri galakan atau sertai sekali aktiviti bersama-sama. Boleh mengeratkan hubungan suami isteri dengan hobi baharu.

2# Mudah bergaul dengan orang

Disebabkan anak bongsu ini membesar di kelilingi kakak atau abang di dalam keluarga, mereka pandai membawa diri sewaktu di luar dan mudah bergaul dengan orang lain.

Jadi mudah bagi isteri apabila suami pandai bergaul dan bawa diri. Senang ‘masuk’ dengan keluarga perempuan dan begitu juga keluarga belah suami. Bak kata orang, kalau berkahwin, bukan hanya berkahwin dengan pasangan. Tetapi kita ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan.

3# Bersikap matang dan pandai berdikari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu kita sangka anak bongsu terlalu manja dan perangai macam budak-budak sepanjang masa. Namun hakikatnya mereka pandai berdikari, tahu buat kerja sendiri di rumah seperti memasak dan mengemas.

Malah anak bongsu juga pandai berdikari. Hal ini mungkin memandangkan dia seorang sahaja bongsu di rumah manakala, kakak dan abang sudah besar. Ada yang masuk asrama, jadi tinggallah dia seorang diri bersama ibu ayah.

Dari situ terdidik karakter mereka boleh berdikari selain seorang yang matang.

4# Seorang yang optimis

Mereka mempunyai pemikiran yang lebih positif serta bersemangat. Mungkin sifat tersebut dipengaruhi oleh cara didikan dan dibesarkan kerana mendapat sepenuh perhatian daripada keluarga.

5# Hormat orang tua

 

Apabila dibesarkan sebagai anak bongsu, mereka ini bukan sahaja dididik oleh ibu bapa malah, kakak dan abang juga sering kali mengingatkan dan memberi nasihat kepada mereka supaya menghormati orang lain terutama yang lebih tua.

Apabila berjumpa dengan orang tua, mereka akan mudah disenangi. Beruntung isteri apabila dikurniakan suami yang sangat menghormati orang tua. Harmoni rumah tangga dapat suami bersikap sedemikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6# Romantik

Sifat manja dan kadang-kadang seperti kanak-kanak membuatkan mereka lebih bersifat romantik. Bertambah untung nampaknya mereka bersuamikan anak bongsu. Namun bukanlah bermaksud lelaki anak sulung atau tengah tidak romantik.

Pengertian romantik ini berbeza bagi setiap wanita. Ada suami yang bersama-sama jaga anak pun dah rasa itu pun romantik. Kesimpulannya, setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7# Ceria dan happy go lucky

Lelaki anak bongsu ini seorang yang cerita dan suka ketawa. Ada masalah atau tidak, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa happy.

Kalau isteri sedang bersedih dan dapat pula suami berperangai ceria sepanjang masa, terasa hilang sekejap masalah dihadapi.

Haaa.. adakah tekaan kami tepat? Jika ya, jangan lupa untuk tag suami masing-masing dan tinggalkan komen!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hanya Suami Sahaja Yang Bekerja, Lelaki Dedah Rumah Tangga Tidak Mewah Tapi Bahagia

Baca juga: ''Saya & Suami Tak Mahu Anak Ramai,'' Bayi Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital

Baca juga: Ibu Menyusu Badan Sentiasa Perlukan Support Suami, Mereka Kena Happy & Dihargai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan