TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Untuk suami yang tak mahu letak telefon dan bersembang dengan isterinya...

3 min bacaan
Untuk suami yang tak mahu letak telefon dan bersembang dengan isterinya...

Apabila suami asyik dengan handphone, anda sebenarnya tengah terlepas momen indah dan bernilai dengan keluarga. Anda tak mahu buat keluarga tertunggu-tunggu kasih sayang anda...

Apabila suami asyik dengan handphone

Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini. 

Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone. 

Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya!

suami asyik dengan handphone

Apabila suami asyik dengan handphone, dia mungkin akan terlepas momen tertentu

Saya nampak semuanya. Saya bukan nak menghukum anda, wahai suami yang asyik dengan telefon 24 jam. Mungkin anda sedang membalas mesej dari tempat kerja. 

Atau mungkin anda sibuk dengan game Clash of Clans dan level yang anda kena unlock. Walau apapun alasan anda, saya takkan menghukum. Tapi saya sebenarnya sedih dengan anda.

Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya? 

Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja?

suami asyik dengan handphone

Kredit: Odyssey

Suami asyik main handphone tertinggal momen indah yang patut dihargai

Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas. 

Saya tak kenal anda, tapi saya nampak yang hubungan antara anda dan telefon itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri. 

Ketahuilah… anak dan isteri anda hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Mereka mahu anda letak sekejap telefon itu. Jangan jadi suami yang asyik main handphone sekejap. Satu minit saja.

Pandanglah mereka. Peluk mereka. Cakap dan bersembanglah dengan mereka. Senyum dan ukir tawa di bibir mereka. 

suami asyik dengan handphone

Apabila isteri anda minta sedikit me-time, itu bukan tanda mereka mahu merungut kepenatan dan ingin meninggalkan anda. Itu sebenarnya tanda mereka “meminta bantuan”.

Mereka memerlukan anda. 

Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri?

Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati. 

Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula?

Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu menyesal di kemudian hari…

Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu buat keluarga anda ternanti-nanti kasih sayang dan perhatian anda.

Percayalah. Kalau anda buat mereka tertungu-tunggu, anda mungkin akan kerugian besar. 

Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka Bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik.

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri dari alam maya secara sihat. Marilah kita hidup pada “masa sekarang” di mana isteri, anak perempuan dan anak lelaki anda sedang ketawa riang sambil belajar menyanyi setiap hari. 

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-bapa-telefon-punca-anak-mengamuk/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Untuk suami yang tak mahu letak telefon dan bersembang dengan isterinya...
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham