Kejam! Suami Tetak Isteri Yang Tengah Hamil 8 Bulan Sampai Maut - Apa Sebabnya?

Pertengkaran mulut menyebabkan kes tragik ini berakhir dengan suami bunuh isteri yang sedang hamil. Awasi pertengkaran yang berlaku dengan pasangan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertengkaran dalam rumah tangga adalah satu benda normal. Tapi kalau anda suami isteri tidak bijak mengendali pertengkaran itu, ia mungkin akan berakhir dengan buruk.

Contohnya seperti pasangan mungkin akan mencederakan anda, hingga membawa maut! Ambil pengajaran dari kisah suami bunuh anak yang baru terjadi baru-baru ini.

Suami bunuh isteri yang tengah hamil, apa sebabnya?

Kejadian ini berlaku di Bengkulu, Indonesia. Romi Sepriawan (30) sanggup membunuh isterinya, Erni Susanti (29) yang tengah sarat hamil!

Peristiwa tragik ini terjadi di rumah mereka sendiri di Kota Bengkulu pada waktu siang. Menurut laporan, pertengkaran mulut adalah punca kejadian. AKP Indramawan Kusuma Trisna menjelaskan, 

“Motifnya adalah kerana cemburu. Pelaku curiga isterinya mungkin curang. Jadi, dia minta untuk periksa telefon bimbit mangsa. Akan tetapi, mangsa tidak bagi,” 

Perbuatan mangsa itu telah mencetuskan amarah Romi. Lalu, dia ke rumah jirannya untuk meminjam parang, dengan alasan ia untuk memotong kelapa.

suami bunuh isteri

Sekembalinya ke rumah, Romi menghampiri isterinya yang sedang berehat di katil. Tanpa berfikir panjang, Romi terus menetak isterinya di leher.

Mangsa tersungkur di atas katil dengan darah yang banyak. Tak berhenti hingga di situ sahaja, Romi juga memotong perut isterinya itu untuk mengeluarkan bayi! Menurut polis, Romi mengatakan tindakannya itu untuk “menyelamatkan” bayinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami bunuh isteri dengan kejam angkara cemburu

“Selepas selesai menetak isterinya, Romi membelah perut mangsa sampailah bayinya terkeluar!”

Ketika dijumpai, mayat Erni telah membusuk, malah bahagian perutnya juga dalam keadaan yang menggerunkan. Nasib baiklah, bayi yang ditarik keluar itu berjaya diselamatkan! Tak lama selepas dijumpai, Romi ditahan. 

Suami bunuh isteri kerana cemburu, wajarkah?

Ramai orang anggap, cemburu “tanda sayang”. Akan tetapi, api cemburu yang berlebihan dan tidak terkawal juga boleh menghancurkan hubungan!

Ada banyak kes menunjukkan cemburu jadi punca pembunuhan suami isteri, malah penderaan dalam rumah tangga.

Malah menurut A.M Pines dan C.F. Bowes dalam buku mereka yang bertajuk “Romantic Jealousy: How to Recognize Where Jealousy Comes From and How to Cope With It“, kebanyakan pasangan suami isteri ke terapi perkahwinan kerana kes cemburu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini beberapa faktor kenapa rasa cemburu wujud dalam sesebuah perkahwinan:

  • Jangkaan yang tak realistik tentang kehidupan berumah tangga
  • Harapan yang berlebihan pada pasangan/hubungan
  • Rasa ingin “memiliki” pasangan yang tidak sihat
  • Pernah disakiti dulu
  • Rendah keyakinan diri
  • Tidak dapat menerima diri sendiri
  • Takut ditinggalkan, kehilangan, atau dikhianati
  • Posesif berlebihan
  • Keinginan untuk “mengawal” yang sangat kuat

Bagaimana ingin kendali cemburu pasangan?

Memang tak salah kalau pasangan nak cemburu sedikit, tapi janganlah sampai keterlaluan. Kalau berlebihan, pasti anda sendiri pun tidak selesa, kan?

Ini antara cara bagaimana anda boleh kendali cemburu pasangan yang terlampau membara:

#1 Bincang tentang ketakutan pasangan

Rasa takut adalah satu alasan lumrah kenapa pasangan cemburu mahupun curiga. Jika anda merasakan cemburu pasangan makin menjadi-jadi, cuba duduk berbincang dengannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan cuba untuk mengurangkan, atau menghilangkan terus api cemburu pasangan itu. Tapi, bincangkan ia dengan cara tidak meremeh dan mengejek pasangan. Pastikan mereka tahu yang ketakutan mereka itu normal. 

#2 Tetapkan batas untuk anda juga

Sebelum anda “menuntut” pasangan untuk mempercayai anda, apa kata anda menetapkan batas terhadap diri anda dulu? 

Contohnya cuba fikir, adakah pasangan cemburu kerana anda ada banyak kawan berlainan jantina? Jadi, cuba tetapkan had yang wajar dalam hal ini. 

#3 Berikan perhatian dan kasih sayang

Apabila cemburu membara, pasti mereka akan cuba mencerobohi privasi anda. Nak check telefon bimbit, nak tengok media sosial, semuanya dibuat gara-gara cemburu. 

Tapi jangan buat pasangan rasa mereka seperti “orang gila”. Tenangkan diri anda. Cari cara untuk bercakap dengan pasangan secara lembut. Jangan lupa untuk meyakinkan pasangan juga yang anda tidak menyembunyikan apa-apa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-bunuh-diri-dengan-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris