Seramnya, Wanita Terlalu Minat Hrithik Roshan Ditikam Sampai Mati Kerana Suami Cemburu!

Nak minat seseorang berpada-pada, biarpun selebriti sekalipun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam setiap rumahtangga pastinya ada pasang surutnya bukan?  Biasalah kalau pasangan ada sifat cemburu sebab sayang, yang luar biasa tu kalau si isteri melebihkan orang lain dan termimpi-mimpi sampaikan suami cemburu melampau!

Inilah yang berlaku pada seorang lelaki di India apabila dia bertindak di luar kawalan hanya kerana cemburu. Dia bertindak membunuh isterinya sendiri kerana tidak tahan dengan wanita tersebut terlalu meminati bintang Bollywood kacak Hrithik Roshan sebelum menggantung dirinya sendiri!

Suami Cemburu Bunuh Isteri Yang Obses Dengan Hrithik Roshan

Bagi sesetengah orang, mungkin minat pada selebriti itu merupakan perkara biasa dan tidak perlu pun cemburu. Alasannya, bukan boleh dapat pun kan?

Tetapi suami mana yang boleh bertahan kalau si isteri terlalu takjub sampaikan sepanjang masa asyik mendengar lagu dan menonton filem lakonan hero tersebut. Mangsa yang merupakan seorang penyanyi karaoke lounge memang dikenali dengan minatnya terhadap Hrithik Roshan, namun tanpa diketahui suaminya sangat berang dengan sikapnya!

Gantung Diri Sendiri Selepas Bunuh

sumber: siraplimau

Menurut laporan, pada hari kejadian wanita tersebut singgah di apartment suaminya untuk meluangkan masa bersama sebelum ke tempat kerja. Namun siapa sangka lelaki tersebut ada agendanya tersendiri pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber polis berkata, adik wanita tersebut menerima mesej dari abang iparnya pada jam 7.30 petang mengatakan dia telah membunuh mangsa di samping memberitahu kunci apartmennya berada di bawah pasu.

Mayat wanita yang ditikam itu ditinggalkan dan suami pula menggantung diri berhampiran padang rumahnya. Aduh, tragisnya pengakhiran yang disebabkan suami cemburu ini!

6 Cara Berurusan Dengan Sikap Cemburu

Perasaan cemburu muncul apabila sesetengah orang rasa kurang yakin diri dan risau akan ditolak, tidak disayangi dan bimbang hilang akan orang yang disayangi. Namun apabila rasa cemburu menjadi terlalu ekstrim, ini biasanya berpunca dari perasaan insecure pada seseorang.

Dalam hal ini, perasaan cemburu boleh mengganggu kehidupan malah pada orang lain juga. Jika tidak dibincangkan dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah emosi seperti yang terjadi pada kes pembunuhan di India tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengawal rasa cemburu:

#1 Jangan Bertindak Atas Perasaan

Masalah sebenar bukannya perasaan cemburu namun masalah sebenar bermula apabila anda mula bertindak kerana perasaan tersebut. Ingatlah yang pasangan anda juga seorang manusia yang sedang bergaul dengan sekelilingnya, tetapi ini tidak bermakna yang dia akan curang terhadap anda.

#2 Bertenang 

Apa yang anda perlu lakukan adalah buka hati kepada pasangan anda dan perlu bersedia untuk menerima apa yang berada di luar kawalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat ya, bila berada dalam perhubungan ia bermakna  membuat keputusan untuk mencintai dan pada masa yang sama menerima risiko tanpa sebarang keraguan atau cemburu.

#3 Tunjukkan Cemburu Dengan Lebih Halus

Kalau pasangan buat anda cemburu, nyatakan perasaan dan bercakap dengannya dengan cara yang matang. Anda juga boleh berkomunikasi dengan humor, diplomasi atau secara langsung asalkan saling menghormati.

Sekurang-kurangnya perbualan tersebut tidak ada tekanan yang menyebabkan pergaduhan nanti!

#4 Hargai Diri Sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu sebab utama mengapa orang cemburu adalah mereka mempunyai masalah yakin diri dan rasa insecure. Mereka cenderung untuk berfikir yang mereka tidak cukup baik dan pasangan akan meninggalkan mereka untuk orang lain!

Kalau anda rasa tidak yakin, apa kata tanya sahaja pada pasangan kenapa dia memilih anda? Sekurang-kurangnya ia boleh meredakan rasa rendah diri dan asyik bandingkan dengan orang lain.

#5 Percaya Pada Pasangan

Kunci utama dalam perhubungan adalah percaya pada satu sama lain. Mengawal pasangan sebenarnya bukanlah masalah besar, tetapi cuba mengawal sesuatu yang anda tak patut lakukan seperti siapa dia boleh berkawan, itu adalah masalah sebenarnya.

#6 Percaya Diri Sendiri

Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah mempercayai diri sendiri yang anda akan dapat berhadapan keadaan yang paling sukar termasuk sebarang penolakan. Kawal diri dari melakukan perkara yang negatif dan sedar yang di penghujung hari, tiada siapa yang benar-benar memahami kecuali diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, cemburu mungkin boleh merosakkan dan menjadi racun dalam perhubungan rumahtangga. Namun jika langkah-langkah di atas dipatuhi, pasti ia boleh dikawal dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau/huffpost

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcemburu-tanda-sayang

 

Penulis

Beto Rahman