“Tak Nak I Dapat Isteri Rosak”, Suami Marah Isteri Bersalin Czer Siap Ugut Kahwin Lain

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suami marah isteri bersalin czer seolah-olah pengorbanannya tidak dihargai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hancur luluh hati seorang wanita, apatah lagi apabila suami marah isteri bersalin czer (caesarean) seolah-olah memandang rendah terhadap pengorbanannya yang sudah melahirkan zuriat yang dikandung selama sembilan bulan. 

Bersalin secara pembedahan atau caesarean bukannya pilihan, sebaliknya satu keperluan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Baru Bersalin Kena Maki Dengan Suami Sebab ‘Emergency Czer’

Lebih pedih lagi, bukan sahaja suami marah isteri bersalin czer tetapi tergamak pula mengugut mahu berkahwin lain kerana merasakan badan isterinya sudah ‘rosak’ kesan pembedahan. Sungguh tak berhati perut langsung!

Menerusi satu hantaran di laman Tiktok, pemilik akaun @flowertersakiti meluahkan rasa kecewa dengan berkongsi beberapa tangkap layar perbualan di Whatsapp milik dia dan suaminya.

“Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu.  Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?”

Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.

“Semua ini dah berlalu namun masih sakit,” tulisnya di kapsyen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lagi menyakitkan hati, si suami langsung tidak menemaninya di dalam wad bersalin bahkan turut meminta isterinya agar tidak menghubunginya lagi.

“Tak nak I dapat isteri rosak. Umur macam ni nak operate buat apanya….

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baik I kahwin dengan orang lain je, yang elok sihat lagi” tulis suami dengan dingin, seolah-olah tiada secebis belas kasihan buat isteri yang baru sahaja melalui kesakitan dan perjuangan melahirkan zuriat mereka.

Sudahlah rasa sakit bersalin masih belum hilang, hati isteri yang sudah pun remuk kini bagai dirobek tanpa belas oleh kata-kata suami yang tak berperikemanusiaan itu.

Walaupun dilayan sebegitu rupa, rata-rata warganet turut memuji tindakan wanita tersebut yang tetap tenang dan berlemah lembut dalam membalas mesej WhatsApp bersama dengan pasangannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Fakta Bersalin Caeser Yang Ramai Tak Tahu, Ia Bukan “Jalan Pintas” Nak Bersalin!

Baca juga: Suami Isteri Tidak Boleh Bergaduh Lebih Dari Sehari, Jika Berpanjangan Itu Ego Namanya!

Baca juga: Isteri Selalu Marah Anak Sebenarnya Dia Geram Dengan Suami Dalam Diam!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah