Masih ada lagi di kalangan kita yang membezakan proses melahirkan anak di antara melahirkan secara normal ataupun bersalin caeser. Ramai yang beranggapan ibu-ibu yang melahirkan anak mereka secara Caesarean bukan seorang ibu yang sempurna.
Walau bagaimanapun, tidak kiralah, sama ada bayi dilahirkan secara normal atau Caesarean, proses kelahiran adalah suatu proses pertarungan nyawa untuk si ibu dan juga bayinya.
Dari laman Bright Side, ibu-ibu yang perlu menjalani pembedahan Caesarean memerlukan semangat yang kuat, kekuatan dan keberanian yang amat tinggi. Yang mampu untuk menghadapi ini semua adalah insan yang luar biasa bernama wanita atau ibu.
3 Fakta Tentang Bersalin Caeser Yang Ramai Orang Tak Tahu
Berikut adalah 3 fakta yang anda perlu ketahui tentang ibu yang melahirkan secara Caesarean.
-
Berani menghadapi apa-apa dugaan ketika pembedahan
Ramai ibu yang telah menjalani operasi caesarean sehingga ia dianggap sebagai suatu operasi yang biasa sahaja. Namun, bagi para doktor dan jururawat di hospital, operasi Caesarean dianggap sebagai operasi yang penting dan besar.
Pembedahan Caesarean mempunyai risiko yang tinggi untuk ibu dan juga bayi. Risikonya adalah tinggi sama seperti operasi utama yang lain. Tambahan, ibu akan keseorangan di dalam bilik pembedahan tanpa ditemani suami ketika pembedahan Caesarean dijalankan.
Oleh itu, pembedahan Caesarean boleh dilihat sebagai satu cabaran untuk melawan perasaan takut dan bersendirian melalui naluri keibuan, keinginan yang kuat untuk bertemu dengan anak yang telah dikandung selama 9 bulan dan juga rasa sayang terhadap bayinya.
-
Mereka hanya akan tahu jika semuanya dalam keadaan baik apabila sudah keluar dari bilik pembedahan
Setelah bayi selamat dilahirkan, prosedur pembedahan Caesarean belum tamat lagi. Seperti operasi pembedahan yang lain, doktor perlu tunggu sehingga efek ubat bius hilang untuk mengetahui sama ada operasi itu berhasil atau tidak.
Setiap jam, ibu perlu diperiksa untuk memastikan tiada komplikasi selepas pembedahan.
Ketika proses operasi Caesarean ini, ibu berada dalam keadaan sedar. Walaupun bahagian bawah tubuhnya dibius supaya tidak berasa sakit, namun ibu masih dapat merasakan semua pergerakan yang terjadi ketika doktor membelah perutnya untuk mengeluarkan bayi.
Dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan ibu ketika itu? Sudah tentu ibu berasa tidak selesa dan ada kemungkinan sesetengah ibu akan mengalami trauma kerana pengalaman itu.
Walaupun begitu, ibu-ibu semua menjalani pembedahan itu dengan tabah dan berani kerana mereka tahu hadiah yang mereka akan terima di akhir prosedur itu adalah amat istimewa sekali. Iaitu kehadiran bayi mereka yang comel.
-
Mereka perlu melalui proses pemulihan yang berbeza
Proses pemulihan bagi pembedahan secara Caesarean adalah lebih lama dari proses pemulihan bagi mereka yang bersalin secara normal. Walaupun begitu, setelah bayi dilahirkan, ibu-ibu tidak memikirkan tentang kepayahan yang perlu dilalui semasa proses pemulihan.
Mereka akan melaluinya tanpa mengeluh sambil menjaga bayinya yang baru lahir.
Bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal, beberapa hari pertama bersama bayi adalah memenatkan, namun bagi mereka yang bersalin secara Caesarean, kepenatannya tidak terkata. Mereka perlu menahan sakit akibat dari proses pembedahan yang belum hilang sepenuhnya.
Cabaran ini membuatkan mereka menjadi kuat, dapat mengetepikan rasa sakit kerana mahu memberikan yang terbaik untuk bayi mereka. Hanya ibu-ibu lain yang pernah melalui pembedahan Caesarean sahaja yang dapat memahami perasaannya.
Proses pemulihan selepas pembedahan Caesarean ini juga berbeza dengan proses pemulihan kelahiran normal. Namun, ibu Caesarean menghadapinya dengan senyuman dan kasih sayang yang tidak terkata untuk bayi mereka.
Mereka tahu bahawa pengorbanan itu amat berbaloi kerana mereka dapat memeluk dan mencium bayi mereka dan ia membuatkan mereka lupa tentang kesakitan yang dialami mereka.
Kita sepatutnya memberi penghormatan kepada ibu-ibu yang melahirkan secara normal dan juga yang melahirkan secara pembedahan caesarean. Kedua-duanya adalah pahlawan kerana telah bertarung nyawa demi melahirkan anak-anak mereka. Cabaran dan dugaan yang dilalui adalah sama-sama berat dan tidak perlu untuk diberat sebelahkan.
Ibu-ibu semua patut diberi penghormatan kerana pekerjaan seorang ibu adalah suatu pekerjaan untuk seumur hidup. Sama-sama berharga dan nilainya tidak kira sama ada mereka melahirkan secara normal ataupun Caesarean.
Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Indonesia.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!