Suami Menangis Minta Tolong & Rela Cagar Telefon Kerana Tiada Duit Urus Jenazah Isteri

Suami Menangis Minta Tolong & Rela Cagar Telefon Kerana Tiada Duit Urus Jenazah Isteri

Ajal maut segalanya di tangan Yang Maha Berkuasa. Kisah suami menangis teresak-esak meminta tolong untuk urusan pengebumian isterinya ini mengundang sebak!

Amat jarang lelaki atau suami menangis di khalayak ramai kecuali keadaannya begitu terdesak. Siapa sangka kisah ini telah menyentuh hati ramai petugas di hospital.

''Hidup di dunia adalah sementara dan akhirat selama-lamanya,'' itulah ungkapan peringatan buat seluruh manusia bahawa bila-bila masa sahaja kita akan dijemput Ilahi.

Kisah suami menangis teresak-esak minta pertolongan

suami menangis isteri meninggal credit to sources

Menerusi perkongsian di Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), mereka menerima satu kes kematian seorang warga Indonesia yang sudah dua hari meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor.

Menurut SPJM, suami kepada jenazah berkenaan telah meminta pertolongan kerana berdepan jalan buntu memandangkan kos pengurusan jenazah yang tinggi.

Tambahan pula, lelaki itu baru sahaja menghabiskan simpanannya bagi tujuan menyelesaikan kesemua bil hospital yang mencecah ribuan ringgit. 

Skuad kami telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan kepada waris bagi urusan dokumentasi di Kedutaan Indonesia. Proses mandi dan kafan jenazah di hospital sehinggalah ia selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Manakala segala perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan kos pengebumian jenazah di kubur juga telah ditanggung sepenuhnya oleh SPJM.

''Ambillah telefon saya ini sebagai cagaran kerana saya sudah tidak ada duit lagi untuk membayar kos pengurusan jenazah isteri.'' kata suami arwah.

lelaki menangis credit to sources

Selesai jenazah disemadikan, lalu secara tiba-tiba dia menghulurkan telefon miliknya kepada skuad SPJM sebagai menggantikan kos pengurusan jenazah yang tidak mampu dibayar olehnya sendiri.

Skuad kami menolaknya, namun suami arwah teringin juga membayar kos pengurusan jenazah isterinya sehingga sanggup meminjam wang daripada rakan-rakannya yang lain.

Inilah bukti kesetiaan dan kasih sayang sejati seorang suami terhadap isterinya. Sanggup mengorbankan apa sahaja demi teman hidup yang dikasihi.

Sejak awal lagi ketika dia menghubungi kami, jelas terdengar suami menangis teresak-esak untuk memohon pertolongan agar memudahkan proses pengebumian isterinya.

Semoga Allah S.W.T merahmati pengorbanan suaminya ini dan semoga Alhmarhumah Melly Syahputri Aritonang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. Amin.

Persediaan sebelum tibanya saat kematian

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗوَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥

Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali. (Al Anbiya': 35)

Kematian tidak mengenal usia, tidak memilih siapa kita dan menghitung dimanakah anda berada, sekalipun berada di dalam benteng yang kukuh dan selamat.

suami menangis tiada duit

Justeru disebabkan itulah anda dinasihatkan untuk sentiasa menunaikan amal ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai kewajipan dan bersungguh-sungguh menjauhi segala laranganNya.

Terdapat beberapa persediaan yang perlu dilaksanakan bagi membantu anda semasa berada di alam barzakh:

#1. Utamakan fardhu ain

Fardhu ain meliputi amalan seperti solat, berpuasa, zakat dan juga fardhu kifayah yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan Rasulullah S.A.W.

Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah yang bermaksud:

''Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisab oleh seseorang pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya diterima, sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah dia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain.'' (Hadis riwayat Tirmizi)

#2. Menjauhkan diri daripada perbuatan yang merosakkan amal ibadah

Imam Abu Laits berkata: ''Jauhilah diri daripada arak kerana ia mengandungi banyak keburukan iaitu orang yang minum arak akan menjadi seperti gila. Allah S.W.T akan menutup pintu langit kepada orang yang meminum arak dan amalan serta doanya tidak diterima selama 40 hari. Orang yang minum arak akan dijauhi daripada rahmat Allah dan dibenci para malaikat.''

Manakala, bagi seseorang yang mempercayai bomoh, solatnya juga tidak diterima selama 40 hari

''Barang siapa yang mendatangi tukang tilik (bomoh) dan ditanya mengenai sesuatu, solatnya tidak diterima 40 hari.'' Hadis riwayat Muslim.

#3. Mendidik anak menjadi soleh dan solehah

Ibu ayah hendaklah mendidik anak-anak dengan melakukan amalan terpuji, berusaha meninggalkan dosa-dosa kecil dan besar. Tidak meninggalkan amalan wajib, menjalin silaturrahim dengan ahli keluarga dan mengajar mereka menghormati kedua ibu bapa. Hal yang paling penting adalah menutup aurat. 

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah- SPJ Malaysia, Abu Basyer

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner