Sayu Aidilfitri Tanpa Suami Tercinta, Wanita Hamil Anak Kedua Pasrah Ketentuan Ilahi

Tidak siapa pun sanggup berdepan dengan berita suami meninggal dunia. Bagi wanita yang sedang hamil ini, sekelip mata dia hilang tempat untuk bergantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita suami meninggal dunia pastinya memberikan kedukaan buat isteri dan anak-anak. Mana tidaknya, anda mungkin akan kehilangan tempat untuk berkongsi perasaan dan juga ketua bagi sesebuah keluarga.

Namun cepat atau lambat, kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku. Dalam Islam juga ada mengajarkan bahawa setiap kematian tidak boleh diratapi dan pemergian insan dalam keluarga menjadi tanda bahawa Allah lebih sayangkan mereka berbanding manusia biasa.

Suami meninggal dunia sebelum raya

Meskipun tahun ini Aidilfitri sedikit terbatas ekoran pandemik Covid-19, namun bagi seluruh umat Islam, perayaan ini tetap akan disambut dengan penuh meriah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Namun, tidak bagi wanita ini apabila suami meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Isteri mangsa, Nurhidayah Andak menerima berita yang cukup menyedihkan apabila pasangannya disahkan maut kerana kemalangan tragis beberapa hari sebelum hari raya pertama.

Lebih mendukacitakan, dirinya kini sedang hamil 5 bulan anak kedua mereka. Suaminya, Aizuddin Zainal merupakan seorang kerani di pejabat pos Gelang Patah dikatakan sangat teruja menantikan kelahiran cahaya mata mereka.

”Dia begitu gembira sebaik sahaja mengetahui saya disahkan hamil. Bayi pula sentiasa sihat dan aktif. Namun, sedihnya dia tidak dapat melihat atau mendukung anak kami buat selama-lamanya,” luahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, anak pertama pasangan ini sudah menjangkau usia dua tahun. Ketika kejadian, Aizuddin dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan terlibat dalam kemalangan pada 21 Mei yang lalu.

”Saya dimaklumkan mengenai khabar menyedihkan ini melalui jiran tetangga pada pagi berkenaan. Walaupun sambutan hari raya tanpa adanya suami, saya pasrah dan perlu lebih bersedia untuk kelahiran anak kedua kami,” ujarnya.

Mendapat perhatian dari ahli parlimen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nurhidayah yang pernah bekerja sebagai pembantu ahli farmasi selama 12 tahun mengatakan suami adalah satu-satunya pencari nafkah buat keluarganya setelah dia membuat keputusan berhenti bekerja.

Nasib dia dan anak-anak terbela apabila Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng datang mengunjunginya selepas tragedi menyayat hati terbabit.

Pihaknya akan membantu keluarga kecil ini bagi mendapatkan sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

”Pusat khidmat parlimen Tanjung Piai akan menolong keluarga dengan memberikan bantuan sebanyak RM200 setiap bulan. Kami berharap agar Nurhidayah dan keluarganya akan sentiasa kuat bagi mengharungi detik kesukaran ini,” ujarnya.

Wee juga menyerahkan keperluan makanan asas kepada keluarga semasa lawatannya ke rumah mereka di Parit Semerah, Pontian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara berdepan dengan kehilangan pasangan secara tiba-tiba

Kesedihan pasti akan dirasai bagi setiap individu yang kehilangan insan tercinta. Namun, hati memerlukan tempoh masa tertentu untuk menerima takdir dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Antara yang anda boleh lakukan ialah:

#1. Elakkan membuat keputusan besar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keputusan kecil atau besar perlu ditunda buat sementara waktu setelah anda merasai kehilangan pasangan tersayang. Kesedihan yang ekstrem akan menyebabkan diri sukar berfikir secara rasional dan kelam-kabut.

Sebagai contoh, anda ingin menjual kenderaan atau aset kepada ahli keluarga terdekat. Keputusan ini sebenarnya tidak boleh dilakukan secara mudah kerana ia mungkin menyebabkan anda dilanda kesukaran untuk bergerak pada kemudian hari.

#2. Isi masa dengan aktiviti berfaedah

Salah satu terbaik untuk meredakan gejala depresi adalah dengan mengelakkan diri dari bersendirian di rumah. Bangkit untuk keluar melakukan pelbagai aktiviti yang anda gemari seperti berkebun, beriadah atau hiking.

Bukanlah perkara yang aneh bagi insan sedang berduka untuk mengakui bahawa anda sedang ‘merawat hati’ yang sedih bagi mendapatkan kembali semangat meneruskan hidup bersama anak-anak.

#3. Biarkan air mata jatuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kebanyakan orang akan rasa sakit dan memerlukan waktu yang lama untuk membiasakan diri. Sekiranya anda berasa rindu, sedih ataupun menderita selepas baru sahaja kehilangan pasangan, lepaskannya sahaja dan usah memendam.

Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan sokongan dari orang terdekat seperti ahli keluarga atau rakan-rakan agar tidak berasa terlalu sunyi.

Meskipun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk membiasakan diri tanpa ketua atau suri dalam keluarga, anda perlu sedar bahawa sesukar mana perjalanan, ia perlu diteruskan dengan usaha terbaik.

Sumber: AsiaOne, Lifestyle Bisnis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Nekad Langgar, Tetak Abang & Kakak Ipar