Orang kata, kalau dah jumpa dengan lelaki yang panas baran, sebaiknya jangan dibiarkan sampai kahwin, betul ke? Tetapi kalau sudah jodoh dengan suami pemarah, pastinya ada sebab lain yang membuatkan anda memilih si dia, kan?
Kadang kala penatlah menghadap lelaki yang kurang bersabar ni. Semua perkara kita buat salah, semua perkara anak buat pun dia salahkan kita. Perasaan si isteri pula terpula tiada yang orang jaga. Sabar ya para isteri.
Kami faham situasi ini bukan situasi impian mana-mana wanita sekalipun. Kita hanya inginkan kebahagiaan, yang indah-indah sahaja. Namun dunia ini tidak sempurna. Ada masanya kita terpaksa berhadapan dengan kesusahan walaupun ia di luar tangan kita.
Jika anda terlibat dalam situasi suami pemarah, pertama kali ingat, jika dia mula naik tangan pada kamu, cukup-cukuplah bersabar. Bawa ke mahkamah dan pihak berkuasa. Tiada siapa pun ada hak untuk memukul pasangan ataupun anak.
Suami Pemarah, Bagaimana Isteri Menghadapinya?
Jika suami anda seorang yang panas baran, atau mungkin anda sendiri suami tersebut, ada baiknya anda atau pasangan mempunyai sikap yang bertentangan agar tiada perbalahan terjadi. Kadangkala, isteri sendiri yang mencetuskan kemarahan suami, selain daripada faktor lain.
Kami bertanyakan soalan berkenaan respon isteri di poll aplikasi theAsianparent, dan menerima maklum balas sebanyak 1589 undian dari para isteri.
Berdasarkan undian, sebanyak 33% para isteri akan memujuk suami yang sedang marah dengan ayat manis, 20% akan memasak makanan kegemaran suami bagi meredakan kemarahannya manakala 13% lagi akan menggoda suami bagi menukar perhatiannya!
Jadi bagaimana pula dengan 34% lagi? Ha, berikut merupakan beberapa komen balas yang terdapat di poll ini.
#1 Diamkan Diri Sehingga Kemarahan Reda
#2 Segera Minta Maaf
#3 Bincang Tentang Perasaannya
Kenapa Suami Selalu Marah Kepada Isteri?
Terdapat banyak sebab mengapa suami memperlakukan anda dengan buruk dan marah dengan anda tanpa sebab.
Selalunya, ia disebabkan oleh sikap lelaki yang gemar menyimpan perasaan, dan akan meletus apabila kemarahannya tidak dapat ditahan lagi.
Namun ada juga yang memang bersikap panas baran, menyebabkan isteri sering dimarahi tanpa sebab yang sepatutnya. Ini selalunya berkaitan dengan isu mental dan fizikal yang tidak ditangani sementara faktor lain adalah alam sekitar.
- Testosteron rendah. Kajian menunjukkan lelaki yang ada tahap testosteron yang rendah lebih mudah marah dan terdedah kepada perubahan mood. Faktor alam sekitar seperti diet dan kualiti tidur juga boleh memberi kesan kepada tahap testosteron. Ramai lelaki menderita testosteron rendah, dan biasanya tidak didiagnosis.
- Serotonin rendah. Salah satu neurotransmiter utama dalam otak kita, serotonin, memainkan peranan dalam kesihatan emosi dan mental. Sekiranya jumlahnya terlalu kecil, kita mudah sakit hati dan menjadi marah. Sama seperti testosteron, tabiat makan dan tidur boleh memainkan peranan yang besar dalam menentukan tahap serotonin.
- Tekanan darah tinggi. Cortisol, hormon stres, boleh menyebabkan kerengsaan serta masalah tidur dan kognisi. Jika suami anda mengalami tekanan yang teruk di tempat kerja dan tidak tidur dan makan dengan betul, tahap kortisol yang tinggi dapat menjadikannya seorang yang sangat berbeza.
- Tekanan menjadi ketua keluarga. Dia mungkin merasakan berbanding dengan orang lain, dia tidak mencukupi, dan perasaan ini dapat menampakkan diri dalam ledakan marah.
- Trauma emosi. Suami anda mungkin berurusan dengan beberapa masalah emosi yang tidak dapat diselesaikan.
Bagaimana Berhadapan Dengan Suami Pemarah?
- Jangan tambah kemarahannya. Kemarahan selalunya bersifat sementara. Jadi biarlah dia melepaskan kemarahannya dan dia akan tenang akhirnya.
- Tunggu sehingga dia tenang. Biasanya, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk adrenalin kembali normal.
- Tahu sempadan anda. Pasangan perlu tahu had masing-masing, dan apa yang tidak perlu diperkatakan semasa sedang marah.
- Pilih topik yang bersesuaian dengan keadaan. Jangan cuba menaikkan kemarahan dengan bercakap topik yang menyebabkan lebih banyak perbalahan.
Kredit: Pexels
- Jangan biar pasangan tidak menghormati anda. Jangan biarkan diri didera secara emosi, sebaiknya beritahu bahawa anda tidak bertolak ansur dengan sikap tidak menghormati pasangan.
- Mohon maaf apabila diperlukan. Minta maaf dengan ikhlas. Jika anda menggunakan “tetapi” maka anda menafikan permintaan maaf tersebut.
- Kawal dietnya. Jika dia memakan makanan yang kurang nutrien (goreng, diproses, berlemak, hal-hal manis), maka tidak hairanlah dia sering naik angin!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: pairedlife
Baca juga: Ibu Ayah Yang Panas Baran, Selalu ‘Naik Tangan’ Membentuk Anak Pemarah & Degil