Tergamak sungguh suami kejam ini belasah isteri depan anak sendiri!

Satu video tentang suami pukul isteri dengan kejam telah menimbulkan kemarahan pengguna media sosial. Lebih-lebih lagi ia dilakukan depan anak mereka!

Kita sering mendengar kisah tentang penderaan fizikal atau gambar suami pukul isteri. Tapi, melihat video penderaan fizikal ini lebih menyedihkan – lebih-lebih lagi bila ia melibatkan anak!

Ini apa yang dapat dilihat dari sebuah video yang dimuatnaik dari Vietnam ini dan ia cukup untuk buat kita menangis dan tanya KENAPA SAMPAI BEGITU SEKALI?

Apa yang ibu ini lakukan hingga dia berhak diperlakukan seperti ini?

Video mengejutkan tentang suami pukul isteri depan anak

Video yang menunjukkan seorang suami memukul isterinya dengan kejam ini telah tersebar dengan meluas di internet. Netizen meluahkan rasa ngeri dan tak percaya perkara kejam ini boleh berlaku.

Video ini pada awalnya dikongsi dalam Facebook group.

Dalam video ini, seorang lelaki telah menumbuk isterinya beberapa kali sehingga isterinya jatuh ke atas lantai. Tapi, ini tak cukup untuk menghentikannya.

Dia kemudiannya telah memijak belakang kaki dan dada wanita malang ini serta menendang perut dengan kuat beberapa kali. Wanita ini mengerekot di atas tanah menahan sakit dari penyeksaan ini.

Selepas memukul wanita ini, lelaki tersebut dilihat memberikan amaran. Seorang budak kemudian dilihat berlari.

Lelaki ini tak menghiraukan wanita yang sedang menangis kesakitan di atas lantai dan terus menuju ke pintu keluar sambil mendukung seorang bayi.

Bayi ini dikatakan anak mereka dan kemungkinan besar anak ini melihat kekejaman yang dilakukan pada ibunya.

Video ini boleh dilihat di sini. Amaran: Video ini mengandungi paparan yang agak mengerikan – budi bicara anda diperlukan.

Suami pukul isteri: Perbuatan ini salah!

Video ini telah menyebabkan perdebatan antara pengguna media sosial. Kebanyakanya mengatakan yang lelaki ini ganas dan tak ada rasa simpati.

Buat masa ini tak anda maklumat lanjut tentang video ini.

Tapi apa yang jelas. Walau apa pun alasannya, tak ada sebab keganasan fizikal yang kita lihat dalam video ini boleh dilakukan pada mana-mana wanita.

Walaupun jika wanita ini curang atau melakukan sesuatu yang membuatkan lelaki ini marah sekalipun, memukul isteri di depan anak bukan cara untuk menyelesaikan masalah.

Bayangkan trauma yang akan dilalui oleh kanak-kanak tersebut melihat ibunya dipukul dengan kejam seperti ini.

Ia memalukan. Mengejutkan. Kami harap wanita ini dapat lari dari lelaki tersebut dan lelaki ini dapat ditangkap atas perbuatannya itu!

Suami pukul isteri: Nasihat dari wanita yang terselamat dari hubungan toksik

Seorang wanita (yang dirahsiakan namanya) pernah terlibat dalam perhubungan toksik dengan pasangannya.

Dia telah merasai segala bentuk penyeksaan dan ini adalah nasihatnya wanita yang berada dalam situasinya ini agar:

  • Jangan berdiam diri.
  • Jangan terima apa yang anda tahu salah.
  • Percayakan naluri anda.
  • Percayakan rakan anda kerana mereka boleh lihat apa yang anda tak nampak.
  • Keluar dari hubungan toksik secepat mungkin.
  • Kenali kelemahan anda dan dapatkan bantuan.
  • Akhir sekali, berdoa dan minta bantuan dari Allah. Dia maha mendengar dan akan beri anda petunjuk dan bantuan.

Suami pukul isteri: Apa perlu anda buat jika anda adalah mangsa?

1.  Minta bantuan secapat mungkin

Nombor di bawah adalah tempat yang baik untuk anda minta nasihat dan bantuan:

  • Kecemasan – 999
  • WAO (Women’s Aid Organization) – WAO Hotline: 03 7956 3488, WhatsApp/SMS TINA: 018 988 8058

2.  Berjumpa doktor

  • Terus berjumpa doktor jika anda mengalami kecederaan yang serius.
  • Terus terang dengan doktor dan jangan sorokkan sebab sebenar tentang kecederaan anda.
  • Undang-undang pastikan laporan perubatan adalah peribadi.
  • Laporan doktor dapat bantu anda untuk mendapat perlindungan peribadi.
  • Simpan resit perubatan sebagai bukti.

3. Buat laporan polis

  • Membuat laporan polis adalah bermanfaat walaupun anda tak mahu ambil tindakan undang-undang.
  • Buat salinan lapiran polis untuk kegunaan masa hadapan.
  • Perhatikan jika ada bukti yang boleh menunjukkan yang anda mengalami penderaan fizikal mahupun emosi.

4. Cari kaunselor 

  • Jika anda perlukan seseorang untuk bercakap, cari kaunselor yang boleh berikan anda panduan yang lebih baik.

5. Tinggal di rumah perlindungan

  • Jika anda tak ada tempat atau cara lain untuk keluar atau lari dari hubungan toksik, tinggal di rumah perlindungan untuk keselamatan anda.

Semoga penderaan domestik dapat dibendung dan semua mangsa lebih berani untuk keluar dan mencari perlindungan.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjema dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Kisah Benar: Pahit Manis Bekas Isteri Artis Hadapi Penderaan Fizikal

Penulis

Nadia Ghafar