Suami saya adalah seorang penagih seks dan saya baru sahaja ketahuinya!

Suami saya adalah seorang penagih seks dan saya baru sahaja ketahuinya!

Ketagihan seksnya (secara terus-terang) seperti bermain ping-pong emosi. Dan saya berasa seperti ingin melepaskan raket ping-pong tersebut ke bawah sekarang!

Ketagihan seks: Suatu paksaan yang menyakitkan pasangan dengan cara yang tiada ketagihan lain mampu buat.

Ini adalah suatu kisah pengakuan yang menyedihkan – bagaimana hidup seorang wanita Singapura berubah sepenuhnya apabila mengetahui yang suami selama 2 tahun itu ketagih…seks.

Ketagihan seksnya (secara terus-terang) seperti bermain ping-pong emosi.”

Eunice (bukan nama sebenar), seorang eksekutif sumber manusia yang berumur 37 tahun dan isteri kedua kepada Daryl yang berusia 38 tahun, berkongsi ceritanya dengan kami bagaimana rasanya hidup bersama dengan seorang lelaki yang sangat gilakan seks.

Saya bertemu Daryl di dalam satu majlis syarikat. Dia seorang jurutera di syarikat sama tempat saya bekerja, yang bermakna bahawa saya sudah tahu tentang perceraiannya baru-baru ini.

Tetapi itu tidak menghalang saya daripada tertarik kepadanya, dan kemudian menerima ajakan temujanji kami yang pertama. Satu perkara membawa kepada perkara yang lain dan kami berkahwin setahun kemudian.

Saya tidak pernah tahu mengapa perkahwinan pertamanya gagal. Dia bukan seorang yang banyak bercakap dan jarang berkongsi perasaan atau perkara tentang masa lampaunya.

Saya juga bukan seorang yang suka mengungkit hal yang tidak selesa untuk diperkatakan, dan sejujurnya, semua berjalan lancar sehingga membuatkan saya berasa ianya tidak penting pada waktu tersebut.

Ia hanyalah selepas satu tahun perkahwinan yang sesuatu mula berasa pelik..di dalam kamar.

Hubungan seks adalah kerap, tetapi terasa sangat mekanikal dan keintiman itu sesuatu yang sangat tidak dirasai.

Daryl selalu mengajak saya untuk menonton porno bersamanya, dan saya menonton beberapa kali bersama dia, dan kemudiannya sedar yang pergerakan dan posisi yang kami lakukan adalah satu peniruan terhadap apa yang kami baru tonton.

Saya tidak dapat mengelak daripada berasa yang dia membayangkan yang dia sedang melakukan hubungan intim bersama pelakon porno tersebut.

Peningkatan secara tiba-tiba di dalam intensiti dan pergerakan bertenaga di atas katil (tidak lupakan juga dengusan yang kuat) yang merupakan sangat luar biasa, hanya membuatkan saya terfikir yang dia bukanlah melakukan hubungan seks bersama saya.

Ia juga membuatkan saya bertambah risau apabila Daryl marah kepada saya dan kadang kala berkelakuan agresif, menyatakan bahawa saya tidak memberikannya seks yang mencukupi.

Dia akan membuat perangai dan pergaduhan kami akan berakhir dengan dia keluar dari rumah, hanya pulang pada keesokan harinya. Dia tidak menjawab panggilan saya dan mengabaikan semua mesej saya.

Tugasan kerja ke Thailand bermula pada waktu itu, dan sangat kerap sehingga dua kali sebulan.

Di dalam fikiran saya, saya tahu apa yang bermain di kepala saya apabila saya membayangkan dia berada selama bermalam-malam di satu tempat yang dikenali dengan seks terbuka.

Tetapi saya tahu yang suami saya tidak akan sesekali membayar untuk seks. Oh, salahnya saya!

Daryl kemudian mengaku kepada saya yang dia ada pergi ke kelab bogel apabila dia ‘bekerja’ di Bangkok.

Dia dengan angkuhnya berkata yang ada satu masa di mana dia cuba untuk mencium salah satu wanita di kelab tersebut.

Ini membuatkan saya hilang kawalan. Dan berhak untuk hilang kawalan.

Saya mengamuk dan mendapatkan nasihat daripada kenalan kami.

Pada waktu inilah rakan rapatnya memberitahu saya sebab kegagalan perkahwinan pertamanya – bekas isterinya menjumpai emel yang membongkar rahsia bahawa suaminya telah berlaku curang kepadanya.

Saya berasa bodoh kerana mengambil masa yang lama untuk mengetahui hal sebenar dan juga kerana berasa ianya tidak penting untuk menyiasat kegagalan perkahwinannya.

Adakah saya tidak cukup baginya? Adalah kami tidak sesuai berhubungan intim bersama? Saya berasa sangat terluka.

Sudah tentu, saya mulakan langkah FBI saya dan melakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikir untuk lakukan – saya melihat telefonnya.

Saya sangat terkejut, saya menjumpai mesej berbaur lucah kepada beberapa wanita yang dia temui secara rawak sewaktu keluar malam.

Mereka saling berfantasi tentang melakukan hubungan seks di taman dan merancang pertemuan sulit mereka yang seterusnya.

Dalam satu daripada mesej berkenaan, seorang wanita telah mengatakan yang saya seorang isteri yang tidak layak buatnya.

Suami saya tidak langsung menyangkalnya. Sebaliknya, dia terus bercakap tentang susuk buah dada wanita tersebut, dan bagaimana dia sangat ingin menyentuhnya.

Bayangkan betapa sakit hati saya ketika itu.

Ia juga membuatkan saya terfikir tentang apa yang dia pernah beritahu kepada saya – “Kadangkala” katanya, “seks hanyalah seks.”

Ini, saya rasa, boleh diterjemahkan sebagai rasionalisasi berguna daripada seseorang yang pernah melakukannya banyak kali bersama wanita lain.

Adakah saya terlalu bodoh dan buta di dalam cintanya? Bagaimana saya boleh terlepas petandanya?

Daryl, selepas konfrontasi petang itu mengaku yang dia ketagih seks. Saya merasakan ia mengarut pada mulanya…ketagih seks?

Adakah ini hanya cara untuk keluar dari masalahnya? Adakah ini jawapan yang diberi oleh seseorang yang curang kepada pasangannya?

Saya kini lebih bersedia untuk meninggalkan dia berbanding sebelum ini, tetapi saya masih menyintainya.

Walaupun terdapat kelemahan ini, walaupun adanya halangan utama ini di dalam perkahwinan kami.

Saya tidak tahu jika saya boleh memaafkannya kerana menipu saya…tetapi dia memberikan alasan ia adalah ‘masalah perubatan.’

Ya, masalah ini bermula sebelum dia berjumpa saya, tetapi ia meninggalkan kesan kepada saya.

Saya sekarang telah meletakannya di dalam kategori ‘ketagih’ tetapi bagaimana saya meletakkan dia bersama semua cerita lain yang saya telah dengar daripada penagih seks lain?

Memikirkannya sahaja membuatkan hati saya remuk dan badan saya menggeletar.

Pemikiran tidak elok bermain di fikiran saya sepanjang hari. Adakah terdapatnya harapan bagi penagih seks?

Adakah ini semua penipuan atau permainan manipulasi semata? Kepercayaan adalah satu masalah sekarang buat kami – bagaimana kita tahu yang ianya tidak akan berlaku lagi?

Adakah seks itu satu masalah kesihatan atau hanya alasan semata untuk menjadi seorang yang jahat? Saya letih dengan permainanan ‘ping-pong’ ini, dan ingin meletakkan raket saya sekarang juga.

(Kisah seperti mana diceritakan kepada Pavin Chopra)

Apakah tanda-tanda bahawa suami anda mungkin seorang penagih seks? Tekan seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut!

Ketagihan seks adalah satu keadaan yang ditunjukkan oleh penglibatan atau kegiatan desakan nafsu yang kuat di dalam aktiviti seks, walaupun terdapat akibat negatif.

Di dalam kebanyakan kes, penagih seks enggan untuk menerima yang mereka ketagih, selalunya membawa kepada tingkah laku paksaan yang boleh merosakkan perhubungan yang mereka ada dengan orang yang mereka sayangi.

Paling teruk, penagih seks juga boleh berlaku curang.

Tanda-tanda yang suami anda seorang penagih seks:

  • Minat tidak sihat terhadap pornografi (selalunya dilakukan secara rahsia)
  • Ramai penagih seks akan melancap walaupun selepas seks
  • Mereka sangat yakin secara seksual, dan kadangkala agak agresif
  • Dia akan menjadi semakin perahsia tentang telefonnya dan mungkin menyelinap keluar malam untuk pertemuan seks rahsia
  • Dia akan menjadi sangat pemarah dan tegang jika anda mengelak daripada seks apabila dia memerlukannya

Jika anda kenal sesiapa yang mempunyai ketagihan sebegini, klik di sini untuk mendapatkan bantuan.

Pernahkah anda mengalami atau kenal situasi yang sama? Kongsikan bersama kami – kami inginkan mendengar daripada anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

Artikel(Cerita)
app info
get app banner