Suami tidur sering menjadi satu permasalahan apabila sesetengah kaum Adam ini tidur mati dan amat sukar untuk dikejutkan. Apatah lagi jika mereka tertidur selepas waktu Asar, memang sampai ke Maghrib baru bangkit jawabnya.
Bagi sesetengah orang, jika anak-anak atau isteri belum sampai di rumah, mereka tidak akan dapat tidur lena. Namun dengan jadual harian yang begitu padat, sesiapa sahaja akan terlajak tidur secara tidak sengaja.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Suami tidur sampai terlupa nak jemput isteri dan anak-anak
- Isteri minta tolong jiran kejutkan suami.
Suami tidur sampai terlupa nak jemput isteri dan anak-anak
Kejadian berkenaan telah berlaku apabila seorang wanita menerusi satu video telah merakam momen ketika dia tersangkut di tempat kerja gara-gara suami terlupa untuk menjemputnya.
Menceritakan lanjut, si isteri telah mencuba untuk menghubungi suami bermula jam 4:30 petang, namun tiada jawapan dan telefon juga tidak diangkat.
Oleh itu, si isteri membuat keputusan menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah sudah hampir waktu Maghrib.
Paling parah, si isteri cuba untuk membuka pintu tapi dikunci dari dalam oleh suaminya. Sudahlah waktu dah masuk senja, anak-anak di Taska belum dijemput dan masih berada bersama pengasuh.
Dekat setengah jam ketuk pintu rumah, masih belum juga dibuka kerana si suami tidur di bilik tingkat atas.
Minta tolong jiran untuk panjat bahagian atas dan kejut suami
Akhir sekali, si isteri membuat keputusan meminta tolong jiran berbangsa India untuk panjat di bahagian atas dan cuba mengetuk tingkap bilik tersebut.
Agak-agak, apalah nasib si suami selepas pintu dibuka, kan? Bukan apa, kasihan anak-anak yang masih ‘tersangkut’ di Taska belum diambil.
Menjengah ke ruangan komen, perkara yang sama turut dialami oleh kaum isteri lain dan ada juga memberikan pandangan bahawa suami juga perlu mainkan peranan dalam menguruskan rumah tangga.
”Pernah dah jadi kt saya, xboleh nk kata apa, akhirnya beli keta, urus je diri kita sendiri termasuk anak2, kekadang benda ni bgus gak tetjadi ada hikmahnya dan dapat sedikit sebanyak menyedarkan pasangan kita”
Jenis x reti tanggungjawab ni. Kita kalu ada rasa tanggungjawab nk urus keluarga, mmg x lena tidur selagi x siap semua kerja. Sampai maghrib tidur lagi. Elok berenti la jadi manusia.
”Nie bukan tayang, cuba pandang positif peringatan pada kita semua dlm hal2 mcm nie.. kena 2 masing2 ada kunci.. masing2 ada kenderaan sendiri, tel jgn tutup suara.. payah semuanya”
”Sy suami isteri drive sendiri pergi kerja, set kunci masing-masing ada…klu suami sorang nak bt semua..mmg x terkejar dan penat.. anak 5 orang, masih bersekolah, bongsu 5 tahun”
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat pasangan suami isteri. Jika tidak sempat ambil anak di sekolah atau taska, maklumkan lebih awal dan minta bantuan orang terdekat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!
Baca juga: Mula-Mula Tidur Sekejap, Sekarang Setiap Malam Suami Tidur Terus Atas Sofa, Ini Cara Pancing Suami!
Baca juga: Isteri Jangan Larang Kalau Suami Tidur Awal, Sperma Lebih Sihat Jika Suami Tidur Jam 10.30 Malam!