Setiap anak yang dilahirkan pastinya mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi mana-mana ibu, pastinya anda menginginkan mereka menjadi anak yang menyenangkan dan suka membantu orang lain.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kawan anak suka membantu beg sekolah undang rasa sebak
- Saiz tubuh anak kecil tidak kuat angkat beg
- Isu beg sekolah jadi perdebatan ramai pihak
Sememangnya proses membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi cabaran zaman kini memerlukan ibu ayah lebih bertegas dalam membentuk keperibadian mereka sejak dari kecil.
Kawan anak suka membantu angkat beg sekolah undang rasa sebak ibunya
Seorang pengguna TikTok, @wanie811 telah memuat naik momen yang mengharukan apabila kawan anaknya setiap hari membantu mengangkat beg sekolah sewaktu mereka menuruni tangga.
Difahamkan kawan anaknya dikenali sebagai Rayyan begitu ringan tulang dan bertimbang rasa apabila dia sama-sama membawa beg turun meskipun sendiri turut memikul beg di bahunya.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian pengguna lain. Rata-ratanya memuji tindakan sifat Rayyan yang suka membantu rakannya menurunkan beg tersebut.
Bukan itu sahaja mereka turut berasa kagum dengan hasil didikan ibu dan ayah kanak-kanak tersebut sehingga berjaya membentuk keperibadian baik. Pengguna TikTok juga meninggalkan komen seperti:
Semoga kedua-duanya berjaya dalam pelajaran dan hidup. Jadi anak yang soleh ya adik-adik. Ini semua akan jadi kenangan
Mesti ibu ayah awak bangga sayang. Sejuk perut ibu yang mengandungkan awak.
Terbaik Rayyan, hebat didikan ibu ayahnya!
Kat tangan dia pun penuh, tapi tetap nak tolong bawa beg sama-sama. Hebat didikan mak ayah awak dik.
Saiz tubuh anak yang kecil tidak kuat untuk mengangkat beg sekolah
Ibu kepada anak yang dibantu menjelaskan bahawa sebelum ini dia telah membelikan beg sandang untuk anaknya. Walau bagaimanapun dia hampir sahaja terjatuh ke belakang kerana tidak kuat mengangkat buku yang dibawa.
Dalam ruangan komen juga ada meninggalkan pandangan tentang situasi yang agak ralat sehingga murid terpaksa memikul beg sekolah dengan buku banyak.
Ia boleh menjejaskan kesihatan anak-anak dan berharap supaya ada penyelesaian terbaik untuk masalah ini pada masa akan datang.
Isu beg berat menjadi perdebatan ramai pihak
Isu beg berat nampaknya terus jadi perdebatan antara sekolah, guru, murid dan ibu bapa.
Sekolah telah diarahkan serah buku teks kepada murid. Guru dan murid perlu guna buku teks sebagai rujukan utama di kelas tapi ia membebankan murid sehingga menjadi berat dan kesihatan terjejas.
Ibu bapa pula ambil berat kebajikan anak masing-masing serta risaukan kesan buruk kepada kesihatan anak akibat membawa beg berat ke sekolah.
Dan penggunaan buku teks digital masih belum menyeluruh kerana fasiliti sekolah yang tidak mencukupi.
Antara saranan mengatasi isu beg sekolah adalah menyediakan locker/ almari simpanan buku teks di dalam kelas, menyediakan jadual waktu buku teks, mengurangkan kandungan topik buku teks dan sebagainya.
Memandangkan buku teks masih lagi sebuah rujukan penting kepada guru dan murid di sekolah serta ibu bapa ajar mengajar anak-anak di rumah, mungkin boleh dipertimbangkan buku teks sedia ada dicetak dan diterbitkan dalam beberapa siri atau bahagian.
Misalnya jika buku teks Matematik Tahun 1 mempunyai 9 topik utama, cetakan dan terbitan menggunakan nisbah 3:3:3 boleh digunapakai agar murid hanya membawa buku teks bagi topik tertentu mengikut silibus yang digunakan oleh guru.
Buku teks yang belum masuk topiknya disimpan di rumah sehingga diberitahu guru untuk dibawa ke sekolah. Mungkin cadangan ini boleh dipertimbangkan.
Keperluan menyediakan loker di sekolah membantu ringankan beban beg sekolah
Perkongsian puan Ailisa Azmi mengenai loker di sebuah sekolah memperoleh pujian ramai ibu ayah.
Kalau semua sekolah buat locker, bagus kan? Ini sekolah saya. Setiap kelas ada locker yang mencukupi untuk murid sesi pagi dan petang. Locker ini adalah ‘Projek Wakaf Locker PIBG’
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 setahun bagi setiap murid. Ia lebih kepada memastikan murid lebih bertanggungjawab dalam menjaga loker dan kunci elok-elok.
Sekiranya hilang, murid kena buat bayaran ganti rugi. Mereka akan dapat satu kunci dan guru kelas akan simpan kunci spare setiap loker (yang dilabelkan dengan nombor loker).
Semua murid boleh simpan buku teks di dalam loker. Menjelang hujung tahun, murid akan pulangkan kunci loker dan mengosongkan barang mereka agar murid tahun hadapan dapat gunakannya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang
Baca juga: Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain- Ini Tips Ajar Anak Bantu Orang Susah Sejak Kecil
Baca juga: Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri