Menjijikkan, Bapa Kandung Terlanjur Dengan Anak Perempuan, Kes Suka Sama Suka & Mahu Berkahwin

Kes sumbang mahram semakin kronik, kali ini bapa kandung terlanjur dengan anak perempuan. Isterinya pula rela diceraikan untuk si suami kahwin dengan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes sumbang mahram bukanlah perkara baru, namun cukup menyedihkan apabila ia kerap pula berlaku di kalangan umat Islam. 

Nak dijadikan PKP sebagai punca, tidak adil untuk dikatakan begitu. Salah silapnya sentiasa kepada pelakunya sendiri. 

Persoalannya bagaimana? Adakah kerana ibu bapa tidak mendidik anak dengan betul? Atau ibu bapa sendiri yang tiada pegangan agama?

Kisah seorang bapa kandung terlanjur dengan anak perempuan sendiri ini dikongsikan oleh Peguan Syarie sendiri. Ekoran aduan kes oleh Jabatan Pendaftaran Negara, kerana mereka ingin mendaftarkan bayi luar nikah tersebut. 

Sumbang mahram, kes suka sama suka

Foto: Mynewshub

Arkib PKP 1.0

Bapa kandung terlanjur hingga mengandungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada Peguam.

(Bapa dan Ibu berusia 40an,anak perempuan berusia 20an).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kandung kata takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah. Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dunia makin membimbangkan.
Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Siapa yang bersalah?

Bayangkan,
Pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa? Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Bermaksud : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi : 46)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Sumbang mahram.
Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021.❤️

Apakah maksud sumbang mahram?

Foto: Astro Awani

Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh:
Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.

Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Siapakah yang berisiko tinggi?

Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram.

Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?

Sekiranya anda adalah mangsa, percayalah ini bukan salah anda. Walau bagaimanapun sumbang mahram adalah satu jenayah yang boleh dihukum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, kakak, ibu.
Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan.

Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.
Diri anda adalah tanggungjawab anda.

Apakah yang akan terjadi kepada saya apabila perkara sebenar ini diketahui?

Anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. Anda tidak keseorangan, bantuan sentiasa ada disisi anda.

Berkongsilah masalah anda dengan orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kawan, guru dan kaunselor.

Jika anda tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan dari tempat lain seperti berjumpa dengan doktor anda.

Untuk keselamatan anda, anda akan dirujuk kepada :

  • Doktor
  • Polis
  • Pekerja sosial
  • Kaunselor
  • Rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu

Apakah yang terjadi kepada pesalahlaku?

Foto: Malaysia Dateline

Hukuman : Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol.

Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala “statutory rape” ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.

Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?

Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :

  • Hilang kepercayaan pada orang lain
  • Takutkan hubungan intim
  • Murung
  • Rasa ingin bunuh diri
  • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Rasa bersalah dan marah
  • Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah pemakanan
  • Masalah personaliti

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Peguam Syarie, Wali Azri & Associates

Kredit foto: Google Images

Baca juga: Isteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan ‘Benih’ Adik Ipar