X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Isteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan 'Benih' Adik Ipar Ketika Suami Terkandas Akibat PKP

19 May, 2021
Isteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan 'Benih' Adik Ipar Ketika Suami Terkandas Akibat PKPIsteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan 'Benih' Adik Ipar Ketika Suami Terkandas Akibat PKP

Isteri terlanjur dengan adik iparketika suami tiada di rumah dan terkandas di Perak kerana PKP. Dia telah melahirkan seorang bayi hasil perbuatan tersebut

Zaman kini semakin mencabar, dunia semakin tenat. Ramai pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga berdepan pelbagai ujian sehingga ada kes isteri terlanjur dan sanggup melakukan maksiat sehingga melahirkan anak luar nikah.

Mungkin kisah duduk serumah dengan ipar duai adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat hari ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar berusaha untuk mengurangkan kos sewa rumah.

Kisah isteri terlanjur bersama adik ipar sehingga melahirkan anak luar nikah

isteri terlanjur ketika pkp

credit to sources

Menerusi perkongsian di Facebook oleh seorang peguam, Nur Fatihah Azzahra, dia telah dihubungi oleh seorang lelaki yang meminta penjelasan tentang hukum li’an. Hal ini kerana isterinya baru sahaja bersalin 12 hari.

Dia telah membuat pengakuan bahawa cahaya mata tersebut bukanlah anak kandung mereka berdua, tetapi hasil dari benih adik lelakinya.

Dapat panggilan dari seorang suami bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya). Dia telah mendengar penjelasan dari si adik tentang apa yang berlaku.

Si adik juga mengaku bahawa mereka kerap melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka. Ia adalah kelahiran pertama cahaya mata setelah tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih.

Sepatutnya dalam tempoh ini, pasangan ini sedang seronok layan anak sama-sama.

Ipar duai tinggal sebumbung sehingga isteri terlanjur

Kisahnya mereka adalah ipar duai. Kedua-duanya sudah berumah tangga. Atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat telah tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor.

isteri terlanjur dengan adik ipar

credit to sources

Disebabkan oleh kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun yang lalu, suami telah terkandas di Perak dan tidak boleh merentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras, bertiga.

Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik iparnya sendiri ketika ketiadaan suami dan biras.

Sehinggalah dia mendapat tahu dirinya mengandung. Beriya-riya dia meminta suami rentas negeri untuk cover line dosa yang telah dibuat.

Bayi ikut raut muka dan sifat adik ipar

Setelah bayi yang dikandung ini lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak ikut muka adik ipar. Dia tidak sanggup untuk menipu suami serta menyesal dengan dosa tersebut. 

Akhirnya dia telah membuat pengakuan bahawa anak yang baru lahir itu bukanlah benih hasil perkahwinan dengan suami. 

Separuh gila suami apabila mendapat tahu mengenai berita malang tersebut Dia berada di Perak ketika itu buntu, hendak membuat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui.

Kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti. Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju bahawa bukan anak benih darinya sendiri?

isteri curang dengan suami

gambar sekadar hiasan. Kredit: sumber

Saya jelas Li’an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan sehingga sejurus dia dilahirkan. Kena rujuk pada Hakim, saya tiada kuasa.

Cuma saya ada bertanya, ”Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”

Dia sudah menangis di hujung talian.

”Bagi saya itu anak saya, Puan.”

Sabda Nabi S.A.W:

Isteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan Benih Adik Ipar Ketika Suami Terkandas Akibat PKP

Maksudnya: ”Janganlah kamu memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Ansar: ”Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan ipar?” Baginda berkata: ”Ipar adalah kematian.”– Hadis riawayat Bukhari dan Muslim

Stories Rakan Kongsi
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

”Kematian” menurut Imam al-Thobari adalah merujuk kepada sesuatu yang buruk dan tidak disukai, yang mana mereka menyamakan sifat itu dengan kedua-duanya seorang lelaki dengan isteri saudaranya sendiri. (Kitab Fathul Bari)

Wanita, isteri, jagalah maruah dan harga diri sendiri. Kita adalah golongan yang paling ramai akan mengikut Dajjal. Perbanyakkan mendalami ilmu agama dan hindari daripada terus berada dalam kelalaian.

Sumber: Nur Fatihah Azzahra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anak Terlanjur Dengan Kekasih, Ibu Pula Ugut Gugurkan Kandungan Jika Ingin Berkahwin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Mengaku Terlanjur & Melahirkan 'Benih' Adik Ipar Ketika Suami Terkandas Akibat PKP
Kongsikan:
  • Terlanjur Dengan Ipar Sendiri, Pasangan Curang Ini Nekad Buang Bayi Hasil Hubungan Haram

    Terlanjur Dengan Ipar Sendiri, Pasangan Curang Ini Nekad Buang Bayi Hasil Hubungan Haram

  • "Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu..." - Kisah Suami Curang Ini Benar-Benar Membuka Mata

    "Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu..." - Kisah Suami Curang Ini Benar-Benar Membuka Mata

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Terlanjur Dengan Ipar Sendiri, Pasangan Curang Ini Nekad Buang Bayi Hasil Hubungan Haram

    Terlanjur Dengan Ipar Sendiri, Pasangan Curang Ini Nekad Buang Bayi Hasil Hubungan Haram

  • "Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu..." - Kisah Suami Curang Ini Benar-Benar Membuka Mata

    "Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu..." - Kisah Suami Curang Ini Benar-Benar Membuka Mata

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.