Sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang dilanjutkan sehingga 28 April ini, hanya seorang ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah.
Dalam situasi yang agak mencabar ini, orang ramai perlulah bijak dalam berbelanja di pasaraya. Justeru, inilah masanya untuk anda menyusun strategi mengenai keperluan dapur anda.
Meskipun bagi segelintir ibu ayah, anda pastinya akan memilih barangan kesukaan anak-anak kerana ia adalah suatu kepuasan. Namun, hal yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan makanan kaya dengan pelbagai manfaat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh agar terhindar daripada serangan penyakit.
Jadi, untuk memastikan anda dan ahli keluarga kekal sihat sepanjang hari adalah melalui pengambilan makanan yang seimbang dan kaya nutrisi seperti bijirin penuh, bekalan sumber protein yang lengkap serta 28 jenis vitamin dan mineral bagi meningkatkan metabolisma dan sistem imunisasi serta bebas dari sebarang bahan tambahan berbahaya.
Diet pemakanan terbaik untuk setiap keluarga
Tidak dinafikan bahawa tabiat pemakanan yang baik sejak kecil mampu menyokong perkembangan fizikal dan mental agar menjadi seseorang yang hebat.
#1. Ibu hamil
Gaya pemakananan yang seimbang amat penting terutamanya jika anda sedang hamil. Hal ini kerana makanan berkhasiat mampu membekalkan sumber nutrisi optimum untuk perkembangan janin. Jadi untuk ibu yang sedang mengandung, anda perlu memastikan jumlah makanan yang diambil mengandungi nutrisi ini:
- Serat makanan: Memberikan rasa kenyang, melancarkan penghadaman dan mencegah sembelit serta membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi.
- Protein: Memberikan kesan positif kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu tisu payu dara dan rahim anda berkembang semasa kehamilan dan berperanan meningkatkan bekalan darah.
- Kalsium: Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
- Zat besi: Memastikan jumlah sel darah merah mencukupi agar oksigen dapat dibekalkan kepada bayi dengan optimum.
- Vitamin A: Anda memerlukan vitamin ini untuk kulit, penglihatan dan pertumbuhan tulang yang sihat.
- Vitamin C: Menggalakkan gusi, gigi, dan tulang yang sihat serta membantu badan menyerap zat besi.
- Vitamin D: Membantu badan menyerap kalsium untuk membantu membina tulang dan gigi bayi.
- Vitamin B6: Mengekalkan jumlah sel darah merah serta menyokong perkembangan otak yang sihat.
- Vitamin B12: Membantu membentuk sel darah merah dan mengekalkan sistem saraf anda.
- Folat (Asid Folik): Ia penting dalam penghasilan darah dan protein serta mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang).
Senarai barangan yang perlu anda dapatkan: Ubi keledek, daging tanpa lemak, susu, keju, yogurt, brokoli, tomato, buah sitrus, ikan salmon, pisang dan bijirin wholegrain |
#2. Ibu menyusu
Sebenarnya, anda tidak memerlukan diet penyusuan khas semasa menyusu, tetapi apa yang anda perlu adalah pemakanan seimbang. Para ibu perlu mengambil lebih banyak buah dan sayur-sayuran, biji-bijian seperti gandum, beras perang, bijirin, roti berlabel bijirin penuh (wholegrain), gandum penuh (wholemeal), atau gandum utuh (wholewheat)
Kumpulan makanan ini sangat berkhasiat seperti kentang, pasta dan bebola gandum yang juga tinggi kanji dan membekalkan sumber tenaga penting.
Anda juga memerlukan protein tanpa lemak dari sumber yang baik termasuklah ayam, telur, kacang pis, kacang soya, bijirin penuh, lentil, ikan dan daging lembu tanpa lemak. Manakala, lemak yang sihat terdapat dalam minyak zaitun, kekacang, bijian kecil (seed), avokado dan ikan berminyak seperti salmon atau makarel. Selain itu, pengambilan halia juga digalakkan bagi melancarkan pengeluaran susu, membuang angin serta memanaskan badan.
Ikan berminyak baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan janin, tetapi pengambilannya disarankan 2 hidangan sahaja dalam seminggu kerana ia mungkin mengandungi bahan pencemaran.
Senarai barangan yang perlu anda dapatkan: oat, yogurt, bijirin penuh, ayam, telur, ikan, halia, minyak zaitun, ikan salmon, kekacang dan lentil. |
#3. Anak-anak
Sebilangan besar ibu ayah tahu bahawa anak-anak memerlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Tetapi mengetahui jenis nutrisi dan jumlah yang diperlukan mereka dengan tepat bukanlah sesuatu perkara mudah.
Oleh itu, si manja perlu mengambil makanan mengikut empat kumpulan asas pemakanan setiap hari. Pemakanan yang sihat mampu meningkatkan sistem imunisasi anak-anak.
- Karbohidrat dan lemak memberikan tenaga untuk perkembangan dan aktiviti fizikal anak-anak. Ada kalanya kanak-kanak mengalami tempoh perkembangan yang cepat. Pada waktu ini, selera makan mereka akan meningkat dan keinginan untuk menikmati makanan menjadi lebih kerap. Namun, apabila perkembangan mereka berkurangan, ia akan menjejaskan selera makan dan anak-anak akan makan lebih sedikit. Mereka mungkin tertarik untuk menikmati makanan ringan.
- Protein membina, mengekalkan dan memperbaiki tisu badan. Ia sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Pengambilan protein juga berupaya tingkatkan sistem imunisasi mereka. Ibu ayah perlu menggalakkan si manja untuk makan dua hingga tiga hidangan daging, ikan, ayam atau makanan lain yang kaya protein setiap hari. Susu dan produk tenusu juga adalah sumber protein yang baik untuk anak-anak.
- Kalsium yang diperoleh dari susu, produk tenusu dan sayur-sayuran hijau sememangnya membekalkan nutrisi yang mencukupi dalam diet anak-anak. Kalsium sangat penting dalam membina tulang dan gigi yang kuat. Masalah tulang rapuh akan berlaku sekiranya bekalan kalsium tidak diambil secukupnya ketika zaman kanak-kanak.
- Zat besi adalah komponen darah yang membawa oksigen. Kanak-kanak memerlukan zat besi untuk meningkatkan jumlah darah untuk mempercepatkan tempoh tumbesaran.
Majoriti kanak-kanak memerlukan Vitamin A dan C yang optimum dalam pemakanan seharian. Sekiranya anak-anak tidak makan buah dan sayur-sayuran mencukupi, mereka berisiko kekurangan bekalan vitamin A dan C.
Senarai barangan yang perlu anda dapatkan: tauhu, ikan, telur, tomato, buah sitrus, ubi kentang, kacang pis, kacang soya, ubi keledek ungu, susu, roti, bijirin penuh, yogurt, beri biru |
#4. Orang tua
Pemakanan berkhasiat menjadi elemen penting ketika anda mengalami peningkatan usia. Hal ini kerana proses penuaan sering dikaitkan dengan pelbagai perubahan, termasuk kekurangan nutrien, penurunan kualiti hidup dan tahap kesihatan kian merosot, kehilangan jisim otot, dan rendah daya tahan badan.
Namun begitu, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mencegah masalah dan perubahan akibat pertambahan usia. Contohnya, amalkan tabiat pemakanan kaya pelbagai nutrisi dan mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan.
Walaupun golongan ini memerlukan sedikit kalori, namun mereka memerlukan tahap nutrisi yang sama banyak atau mungkin lebih banyak berbanding orang muda. Nutrisi adalah perkara sangat penting di usia tua iaitu meliputi protein, vitamin D, kalsium dan vitamin B12.
Pengambilan protein juga amat penting bagi warga tua. Ini kerana protein membantu:
- Membina semula dan mengekalkan jisim otot.
- Memberikan daya kekuatan serta tenaga.
- Membantu meningkatkan daya tahan serta imunisasi badan.
Senarai barangan yang perlu anda dapatkan: Buah, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak, ayam, ikan, kacang tanah, bijian kecil (seeds), kacang pis. |
Protein adalah kunci kesihatan semua orang
Tidak dinafikan, kadangkala memasak makanan kaya dengan nutrisi sedikit mencabar, sebab itulah cara yang lebih mudah untuk mendapatkan bekalan khasiat harian adalah melalui makanan tambahan.
Pilihan yang mudah dan jimat masa serta mengurangkan kadar kekerapan keluar membeli makanan semasa PKP untuk semua orang adalah dengan GoodMorning Pea Protein. Ia adalah serbuk minuman dengan pemakanan lengkap berasaskan tumbuhan, diperbuat daripada 18 jenis bijirin penuh yang tinggi dengan serat pemakanan serta diperkaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia juga sesuai untuk golongan vegetarian.
GoodMorning Pea Protein berasaskan tumbuhan, bebas dari gluten, laktosa dan kolesterol. Sumber protein ini berasal dari kacang pis (pea) yang lengkap proteinnya dengan asid amino perlu dan tidak perlu yang berkualiti tinggi.
Antara manfaatnya ialah:
- Sihat dan semulajadi: Mudah serta efektif, hanya perlu 1 minit untuk disediakan bagi memastikan keluarga mendapat sumber protein yang diperlukan tanpa pengambilan lemak dan kolesterol berlebihan. Nutrisi lengkap untuk kanak-kanak di atas satu tahun, wanita hamil, ibu menyusu dan warga emas.
- Mengandungi 18 jenis bijirin penuh yang membekalkan tenaga serta 28 jenis vitamin dan mineral yang meningkatkan metabolisma, imunisasi dan mengurangkan risiko kekurangan nutrisi.
- Sesuai juga untuk mereka yang mementingkan bentuk tubuh badan agar kelihatan langsing, penghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi, masalah gout, individu yang sentiasa lesu tidak bermaya dan mudah jatuh sakit.
- Mengekalkan berat badan ideal: GoodMorning Pea Protein meningkatkan rasa kenyang dan membantu ibu ayah mengawal selera makan. Pengambilan protein yang tinggi turut mampu membantu mengurangkan lemak dalam badan.
- Mengurangkan risiko kehilangan jisim otot dan mudah jatuh bagi orang tua.
Jenama ini boleh didapati di seluruh cawangan farmasi termasuklah Caring Pharmacy dan kedai perubatan Cina. Untuk pembelian secara online, anda boleh terus melayari laman web rasmi di goodmorning.com.my/goodmorning-app
Jangan lupa untuk memuat naik perkongsian gambar mahupun maklum balas di media sosial dengan meletakkan #GoodMorning18Grains #GoodMorningGlobal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga
3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit