Suntikan Heparin Selepas Bersalin Amat Penting Buat Ibu, Elak Berlakunya Pembekuan Darah

Suntikan heparin selepas bersalin amat penting bagi para ibu bagi mengelakkan berlakunya pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan maut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai di antara ibu-ibu yang masih tidak mengetahui akan kepentingan suntikan heparin selepas bersalin. Disebabkan itulah ada yang dibekalkan dengan suntikan ini, mereka tidak berani cucuk kerana takut jarum dan alasan tengah berpantang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Mengapa suntikan Heparin selepas bersalin penting untuk kesihatan
  • Faktor risiko pembentukan DVT
  • Suntikan Heparin selamat untuk ibu-ibu

Kebiasaannya, ibu yang bersalin secara pembedahan diberikan suntikan ini. Ia dikenali sebagai suntikan pencair darah. Ada yang perlu mengambilnya untuk tempoh seminggu, dan ada sesetengah kes perlu ambil sehingga 40 hari mengikut tahap kesihatan masing-masing.

Mengapa suntikan Heparin selepas bersalin penting untuk kesihatan

Suntikan Heparin selepas bersalin adalah termasuk dalam beberapa perkara yang harus dilakukan oleh ibu-ibu seperti yang dijelaskan oleh doktor sebelum anda discharge dari wad bersalin ataupun sepanjang proses antenatal check up.

Mengapa perlu suntikan Heparin ini? Suntikan ini sebenarnya membantu mengurangkan risiko berlakunya pembekuan darah (proses dipanggil Thrombosis) yang boleh menyebabkan ibu-ibu mengalami pembekuan darah.

Ianya boleh berlaku di saluran darah venous (dipanggil Deep Vein Thrombosis, DVT). Saluran darah venous inilah yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru.

Sebab itulah, perlunya suntikan Heparin kerana Heparin adalah ubat yang dipanggil Anti-Coagulant iaitu anti Pembekuan darah. Kehadiran DVT boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran darah di jantung atau paru-paru kerana darah beku itu berisiko teralih mengikut aliran darah. Ini sangat bahaya, ibu-ibu semua dan boleh membawa maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan ibu semua, risiko DVT tetap wujud walaupun sebelum bersalin. Apa yang penting, adalah ibu-ibu perlu menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala dan dengar nasihat doktor. Sekiranya anda mempunyai risiko DVT, anda akan disuntik dengan suntikan Heparin walaupun sewaktu mengandung.

Faktor risiko pembentukan DVT

Mari kita lihat dengan lebih lanjut ibu-ibu yang berpotensi mendapat risiko pembentukan DVT.

  1. Berumur 35 tahun
  2. Pernah mempunyai sejarah mengandung atau telah bersalin 3 kali ke atas
  3. Mempunyai sejarah DVT sebelum ini
  4. Sejarah keluarga terdekat (mak, ayah, adik beradik) yang mempunyai DVT
  5. Mempunyai masalah kesihatan tertentu, seperti penyakit jantung, penyakit arthritis, dan penyakit berkaitan paru paru.
  6. Berat berlebihan seperti obesiti, dengan BMI tinggi sehingga 30
  7. Merokok
  8. Multiple pregnancy (kembar)
  9. Tumpah darah masa bersalin
  10. Perlu terima darah gantian lepas bersalin (blood transfusion).
  11. Kelahiran yang lama (lebih dari 24 jam)
  12. Kelahiran secara pembedahan, Caesarean

Suntikan Heparin selamat untuk ibu-ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikan Heparin ini juga selamat diambil semasa menyusukan bayi. Jangan dengar berita-berita palsu yang boleh menakutkan anda. Di Malaysia sendiri, ia dibekalkan oleh KKM, lengkap dengan jarum dan alcohol swab. Biasanya ibu perlu disuntik untuk tempoh seminggu bergantung kepada kesihatan masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan selepas bersalin, sila merujuk doktor. Jangan mengelak daripada mengambil ubat yang telah dibekalkan hanya kerana takut dengan bayi menerima kesannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor sendiri bukan saja-saja bekalkan ubat sekiranya tiada sebab sehingga boleh memudaratkan bayi dan ibu. Buat anda yang baru melahirkan anak, pastikan mengambil suntikan Heparin ini ya. Jangan risau, ia adalah selamat demi kesihatan jangka panjang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman