Pemberian Vitamin K Pada Bayi Baru Lahir, Mengapa Ia Penting?

Suntikan vitamin K untuk bayi baru lahir amat penting untuk tumbesarannya, namun tahukah anda mengapa mereka memerlukannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa bayi baru lahir perlu diberikan suntikan Vitamin K? Vitamin K diberikan pada bayi baru lahir untuk mencegah bayi anda daripada mengalami masalah pendarahan yang boleh mengancam nyawa bayi.

Bayi baru lahir perlu diberikan suntikan Vitamin K kerana bayi baru lahir tidak boleh membuat Vitamin K sendiri. Selain itu, susu ibu tidak mengandungi Vitamin K yang mencukupi untuk keperluan bayi.

Bagaimanakah suntikan vitamin k untuk bayi baru lahir diberikan?

Vitamin K diberikan secara suntikan pada otot. Hanya satu dos diperlukan.

Siapa yang perlu menerima suntikan Vitamin K?

Suntikan Vitamin K boleh diberikan kepada semua bayi yang baru lahir termasuk bayi pramatang.

Apakah tanda-tanda kekurangan Vitamin K pada bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pendarahan tidak berhenti pada tali pusat, hidung, telinga, gusi, pundi kencing & dubur
  • Lebam tanpa sebab
  • Najis kehitaman
  • Muntah darah
  • Pendarahan tidak berhenti pada bekas ambil darah
  • Pendarahan otak – bayi tidak aktif, kejang, pucat, ubun-ubun menonjol, berubah perangai

Jika terjadi tanda-tanda di atas, segera bawa anak anda ke fasiliti kesihatan terdekat.

Di manakah saya boleh mendapatkan suntikan Vitamin K untuk bayi saya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Klinik kesihatan terdekat
  • Hospital kerajaan
  • Klinik swasta
  • Hospital swasta
  • Bidan bertauliah

Setakat ini, tiada kajian yang membuktikan risiko kesan sampingan serius berpunca dari suntikan vitamin K.

Sayangi bayi anda. Buat pilihan bijak. Berikan imunisasi dan suntikan Vitamin K.

Artikel ini ditulis oleh Dr La Reina Sangaran, Pakar Pediatrik di Hospital Duchess of Kent in Sandakan, Sabah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah, Sudah Ada Pilihan Doktor Pediatrik Untuk Anak? Buat Temujanji Dengan 5 Pakar Kanak-Kanak Pilihan Kami Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan