TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

4 min bacaan
Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

Punca hidung berdarah boleh disebabkan oleh banyak perkara. Meskipun agak menakutkan, tetapi sebenarnya ia masalah biasa dihadapi kebanyakan anak kecil

Tidak hanya terjadi kepada orang dewasa, kanak-kanak juga sering kali mengalaminya. Tahukah ibu bapa punca hidung berdarah dalam kalangan anak kecil adalah disebabkan oleh tabiat suka mengorek hidung? 

Rembesan hidung kanak-kanak yang terdedah kepada udara kering akan kering menjadi keras, dan membentuk kerak. Kerak ini tidak selesa, dan kanak-kanak akan cuba untuk mengeluarkannya dengan mengorek hidung dengan menggunakan jari mereka. Tabiat ini boleh menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung sehingga luka dan pendarahan berlaku.

Punca hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak

anak hidung berdarah

foto: shutterstock

Ibu ayah biasanya akan selalu panik dan risau apabila mendapati hidung anak kecil mengeluarkan darah dengan begitu banyak.

Menurut Pakar Perunding Resdung Sinus Telinga Tekak dan Leher, Dr Nik Hisyam, lapisan hidung anak kecil adalah sangat nipis berbanding dengan orang dewasa.

Kadang-kadang punca hidung berdarah boleh terjadi ketika si manja sedang tidur. Apabila bangun pagi, sudah penuh darah di atas cadar dan katil. Ada juga kes terjadi selepas anak bermain di luar rumah atau semasa menonton televisyen.

Tambah Dr Nik Hisyam, apabila kanak-kanak mengalami alahan atau alergi, ia menyebabkan radang pada lapisan hidung dan saluran darah utama di bahagian depan hidung yang dikenali sebagai Little’s Area mengembang serta senang tercedera.

Keadaan boleh menjadi teruk apabila si manja anda menggosok atau menonyoh hidung kerana tersumbat mahupun gatal. Salur darah ini akan pecah dan darah mengalir keluar dengan agak banyak.

hidung anak berdarah

credit to sources

Punca hidung berdarah yang lain

Tetapi bukan itu sahaja punca kanak kanak hidung berdarah. Terdapat sebab-sebab lain juga mengapa ini boleh berlaku:

  • Trauma – hidung yang terhantuk pada sesuatu yang keras ataupun selepas ditumbuk, akan cedera dan menyebabkan pendarahan. Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.
  • Jangkitan sinus, alahan, atau demam selesema yang teruk – hidung yang tersumbat teruk atau terdapat apa-apa yang merengsakan hidung juga boleh mengakibatkan kanak kanak hidung berdarah. Terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Udara kering – rembesan hidung akan menjadi kering sehingga menyebabkan anak suka korek hidung.
  • Jangkitan bakteria atau impetigo – lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria. 
  • Masalah pembekuan darah – Jangan bimbang, keadaan ini jarang berlaku, kecuali didiagnosis oleh doktor.

Cara untuk merawat kanak kanak hidung berdarah

  1. Galakkan anak menghembus hidung dengan perlahan, untuk mengeluarkan ketul-ketulan darah beku.
  2. Kemudian, dudukkan anak dengan keadaan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut dan bukan batang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit.
  3. Galakkan anak untuk bernafas melalui mulutnya.
  4. Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini dapat menolong untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
  5. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening, nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang tidak terkawal dan berterusan.

Langkah untuk mengelakkan masalah hidung berdarah berulang

petua hidung berdarah

credit to sources

  • Rawat masalah alahan atau alergi si manja dengan segera. Ibu ayah boleh berjumpa doktor pakar ENT untuk khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian
  • Jangan biarkan anak kecil anda tidur dengan suhu penghawa dingin terlalu sejuk dan kering
  • Sekiranya mampu, sediakan home air purifier dan air humidfier untuk melembapkan bilik
  • Elakkan si manja bermain di luar rumah ketika cuaca terlalu panas
  • Potong kuku jari anak secara rutin. Jangan biarkan ia terlalu panjang kerana anak-anak memiliki kecenderungaan mengorek hidung sehingga menyebabkan berlakunya luka
  • Sapukan pelembap seperti gel vaseline di bahagian hadapan hidung anak sebelum dan selepas tidur

Jika anda mendapati darah yang keluar tidak berhenti setelah melakukan beberapa langkah mengawal pendarahan, kami menasihatkan ibu ayah untuk segera membawanya ke hospital.

Pakar ENT juga boleh merawat dengan cara ubatan ataupun cauterisation iaitu menggunakan ubat serta teknik teknik bagi hentikan pendarahan hidung jika perlu.

Sumber: Ask Dr Sears, NHS, NH ENT Specialist

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham