X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

4 min bacaan
9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Ada sesetengah perkara jijik yang anak kita selalu buat, hingga kita tak tahu nak marah ke tak. Lucu sangat! Apa pengalaman paling jijik yang ibu bapa pernah alami?

Benda jijik yang anak selalu buat

Kanak-kanak suka sangat dengan benda-benda jijik, kadang-kadang sehingga ibu bapa pun geram.

Saya pasti setiap ibu bapa amat sayang anak-anak mereka, tapi kadang-kadang, apa yang anak kita selalu buat memang sukar nak dipercayai.

Walaupun kita ingat mereka telah mengotorkan rumah sehingga ke tahap gaban, mereka masih mempunyai kreativiti dan inovasi untuk melakukan sesuatu yang lebih dahsyat!

Cuba tengok kisah ibu kesian ini yang terkejut besar apabila terjumpa laci yang penuh dengan takungan air kencing anaknya selama seminggu!

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Phoebe Bartlett dari Bournemouth, England, mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 3 tahun bernama Freddie.

Gambar Freddie yang sedang menangis sambil duduk bersebelahan laci terbuka yang penuh dengan air kencing di atas, telah viral selepas Bartlett memuat naik ia ke Twitter. 

Bartlett memberitahu Scary Mommy:

“Sudah seminggu ibu saya bau air kencing dalam bilik adik saya tapi beliau tidak dapat mencari punca bau itu.

Mula-mula kami ingat anjing peliharaan kami yang terkencing. Apabila ibu bertanya adik kalau ada air kencing dalam biliknya, adik saya terus membuka laci yang penuh dengan air kencing!”

OMG! Pengsan.

Itu mungkin salah satu perbuatan jijik yang kita tak jangka anak akan buat, tapi mereka suka buat. Di bawah ini kami sediakan satu senarai tentang 9 perkara jijik yang mereka selalu sangat buat.

Anak anda ada buat 9 perbuatan ini? Kongsikan dengan kami!

Antara 9 perbuatan jijik lain yang anak selalu buat

#1 Jilat meja, troli pasar raya, dan semua perabot lain

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Kenapa anak-anak suka sangat menjilat apa sahaja yang dia nampak atau meletakkan semua benda ke dalam mulut mereka?

Tahu tak berapa banyak kuman jijik yang ada pada troli pasar raya?

Lagi dilarang jangan jilat, lagi dia suka jilat!

#2 Lampin kotor? Tak tahu pun!

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Siapa mangsanya kalau mereka mahu bermain dengan lampin kotor itu? Kitalah! 

Kalau kita lambat sikit nak salin lampin mereka yang kotor, mulalah mereka mahu bereksperimen dengan benda itu pula.

Kalau tak korek, mereka hempap muka kita dengan lampin kotor itu. Aduh, pengsan!

#3 Lap tahi hidung pada baju ibu bapa

Tak kisahlah kalau baju itu baju kesayangan ibu atau apa, janji mereka ada tempat untuk lapkan tahi hidung mereka.

Ditambahkan dalam masakan sebagai perisa? Boleh juga.. ish.. jijik betul!

#4 Losyen mentega kacang

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Sumber: Youtube

Entah nak nangis ke nak ketawa.

Kalau anak anda terlalu diam seribu bahasa tu… baik anda pergi jenguk apa mereka buat. Tahu-tahu sudah bermain dengan mentega kacang pula, OMG!!

#5 Korek hidung dan makan tahi hidung sendiri

Sedap sangat ke? Sedap daripada masakan ibu!? Berapa kali kita larang mereka agar jangan korek dan makan taik hidung sendiri.

Tapi, tak pernah nak dengar!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

#6 Garu alat kemaluan di mana saja (tak kira laki ke perempuan!)

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Bayangkan kalau anda sedang memuji pencapaian anak di sekolah dan apabila semua orang berpaling, anak sedang garu kemaluannya dengan sekuat hati!

OMG (manalah nak letak muka).

#8 Lepas tu cium bau jari!

Sudahlah korek di tempat awam, mereka berani pula cium bau jari yang mereka guna untuk aktiviti korek-mengorek itu!

#9 Apa benda dekat lantai? Macam sedap je?

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Sumber: Youtube

Jangan ingat mereka takkan makan.

Jangan sampai macam bayi di atas, labah-labah pun dia makan! Tak caya? Klik sini untuk videonya.

#9 Lepas angin di mana saja

9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

Kalau tiba-tiba ada bau yang tak menyenangkan itu, percayalah… ia mesti anak anda yang sengaja melepaskan anginnya.

Mereka boleh kentut di mana-mana saja, pada bila-bila masa!

Inilah realiti menjadi ibu bapa.

Pengalaman ibu lain macam mana? Kongsi di bahagain komen. Jangan tak kongsi tau. Tugas ibu bapa memang stress, tetapi kadang-kadang ia lucu juga!

Sumber: Scary Mummy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Perkara Setiap Ibu Menyusu Bayi Pasti Pernah Alami. Hmmm #4 Tu..

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!
Kongsikan:
  • Apakah benda jijik di dalam kotak susu anak saya ini??!!

    Apakah benda jijik di dalam kotak susu anak saya ini??!!

  • Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

    Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.