Tambah Susu Badan Dengan Galactagogues, Susu 3 Kali Ganda Lebih MERIAH!

Betul ke makan supplement untuk banyakkan susu badan itu bagus? Artikel ini menerangkan lebih lanjut manfaat serta kelebihan makan supplement

Salah satu sebab umum mengapa wanita berhenti menyusu badan adalah kerana bekalan susu mereka semakin merosot. Oleh sebab itu, ramai ibu yang makan supplement untuk banyakkan susu badan.

Namun begitu, supplement yang dimaksudkan bukanlah produk yang dijual di pasaraya tapi ia dipanggil galactagogues iaitu makanan, herba dan ubat-ubatan yang dapat membantu meningkatkan bekalan susu ibu.

Bekalan susu yang rendah boleh disebabkan banyak faktor. Rehat yang mencukupi, pemakanan dan kerap menyusu boleh membantu meningkatkan kembali bekalan susu.

Jika anda tidak amalkan pemakanan dan diet yang sihat, ia akan menjejaskan bekalan susu dan seterusnya anda terpaksa bagi anak minum susu formula.

Supplement untuk banyakkan susu badan : Apa itu galactagogues?

Galactagogues adalah kandungan yang terdapat dalam makanan, herba atau ubat-ubatan yang dapat membantu meningkatkan bekalan susu ibu.

Ia berfungsi untuk wanita yang mempunyai tahap prolaktin rendah dan harus digunakan dengan berhati-hati. 

Anda perlu berunding dengan doktor sebelum mengambil sebarang supplement. Walau apapun, minum banyak air bagi membantu pengeluaran susu ibu.

Supplement untuk banyakkan susu badan : Ubat-ubatan

Terdapat beberapa ubat-ubatan yang berfungsi bagi meningkatkan tahap prolaktin atau hormon penghasilan susu ibu.

1. Domperidone (motilium)

Domperidone adalah ubat yang digunakan bagi merawat gastrointestinal disorders atau gangguan masalah usus.

Malah beberapa kajian saintifik menunjukkan ia berfungi dengan baik untuk meningkatkan bekalan susu badan.

Walau bagaimanapun, penyelidikan mengatakan domperidone mempunyai kesan sampingan dan tidak disyorkan pada mana-mana wanita yang ada masalah jantung.

Malah ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan perubatan dan harus mendapatkan nasihat pakar mengenai sebarang ubat yang ingin diambil bagi mempertingkatkan bekalan susu ibu.

2. Metoclopramide (Maxolon)

Tidak seperti Domperidone, ubat ini akan memberi kesan sampingan pada sistem saraf pusat dan menyebabkan kegelisahan, mengantuk, keletihan dan kemurungan.

Supplement untuk banyakkan susu badan : Herba dan makanan

1. Fenugreek

Bijirin fenugreek telah lama digunakan sejak bertahun-tahun lama dahulu.

Namun baru-baru ini, ia menjadi sangat popular bagi meningkatkan bekalan susu badan. Ia juga telah digunakan bertahun-tahun dalam masakan India dan Cina. 

2. Oat organik

Oat organik juga merupakan bahan yang boleh mempertingkatkan susu ibu. Bahkan, ia diperkaya dengan protein beta-glucen yang didapati boleh meningkatkan hormon prolaktin.

Oat juga mengandungi saponin yang bantu merangsang imun badan dan antibiotik yang bagus untuk tubuh. Kandungan precursor dalam oat juga boleh merangsang hormone pituitary bagi menggalakkan laktasi.

3. Quinoa Organik supplement untuk banyakkan susu ibu

Quinoa organik adalah bijirin protein yang sangat lengkap dan mengandungi lapan asid amino yang penting.

Bukan hanya itu saja, quinoa organik juga diperkaya dengan vitamin E, selenium, kalium, magnesium, zink, folat dan riboflavin.

Seperti oat, quinoa juga mengandungi saponin yang digunakan oleh tubuh sebagai precursor bagi penghasilan hormone pituitary yang merangsang laktasi.

4. Bijan

Bijan mengandungi mineral penting seperti mangan, tembaga, besi, fosforus, kalsium dan zink (yang menggalakkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis di kemudian hari).

Secara tak langsung, ia juga menggalakkan susu ibu. 

5. Adas manis atau fennel

Adas manis atau fennel ini merupakan ramuan herba yang berasal dari Mediterranean. Ia terkenal bagi merawat kolik. Adas juga kaya dengan vitamin C, kalium, mangan, tembaga, fosforus dan folat.

Ia juga merupakan sumber serat yang hebat bagi menyokong ibu menyusu.

6. Kurma  

Kurma adalah salah satu galactagogues yang rendah lemak dan kaya dengan protein serta gula.

Difahamkan, 100 gram kurma dapat memberikan lebih dari 300 kcal protein dan mengandungi lebih 10 mineral penting seperti selenium, zink, copper, kalium dan magnesium.

Kurma juga mengandungi vitamin B kompleks, vitamin C, antioksida dan serat yang tinggi. Hampir semua wanita mengakui makan kurma dapat meningkatkan kuantiti susu badan.

7. Daun jintan atau coleus amboinicus

Daun jintan dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit seperti kesakitan dada, asthma, epilepsi, ruam dan insomnia.

Malah ia juga disarankan bagi ibu menyusu untuk mempertingkatkan bekalan susu badan. 

Kebanyakkan produk yang dikomersilkan mengandungi kapsul yang digabungkan bersama funegreek dengan pelbagai ubat herba yang lain. 

Sumber: Lactation Lab , Kidspot

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Minum Susu Ibu: Bagaimana Nak Tahu Bayi Dapat Susu yang Cukup

Baca juga: 5 gambar susu ibu berdarah - bukti keperitan yang dialami oleh ibu menyusu

Baca juga: Susu Ibu Bagus Untuk Nutrisi Anak & Mampu Merawat Kulit Kering?