Ada beberapa surah di dalam Al-Quran wajib dihafal untuk menjadi pedoman dan petunjuk bagi semua makhluk yang ada di alam semesta ini.
Setiap langkah dan perbuatan manusia semua diatur di dalamnya kerana Al-Quran menjadi hidayah bagi orang-orang yang bertaqwa kerana mampu menggetarkan jiwa dan sentiasa merasa takut kepada Allah.
Malah ada beberapa hadis Nabi memerintahkan untuk membaca ayat tersebut setiap hari dan pada waktu tertentu, berikut antara yang wajib dihafal:
1. Surah Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah merupakan ummu Al-Qur’an atau induk Al-Qur’an. Setiap orang muslim harus menghafalnya kerana Al-Fatihah merupakan bacaan wajib ketika solat.
Terdapat manfaat lain juga apabila Al-Fatihah dibaca secara rutin iaitu baca Al-Fatihah sebelum tidur sebanyak 3 kali dikuti dengan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas maka akan terhindar dari gangguan syaitan.
2. Surah Al-Baqarah: 255 (Ayat Kursi)
Ayat kursi menjadi salah satu ayat yang wajib dihafal. Syaikh As-Said rahimaullah menjelaskan bahawa ayat kursi merupakan ayat yang paling agung, paling utama dan mulia. Hal ini kerana ayat ini menjelaskan perkara agung dan sifat Allah yang mulia.
Penghulu segala ayat al-Quran, ayat Kursi sangat digalakkan untuk dibaca setiap hari dan menghafalnya. Antara kelebihan ayat ini adalah melindungi diri dan rumah daripada gangguan syaitan.
3. Surah Al-Mulk
Surah Al-Mulk memiliki banyak kelebihan jika dihafal malah dianjurkan untuk dibaca sebelum tidur, anjuran ini diriwayatkan dalam sebuah hadits riwayat At Tirmidzi.
Telah menceritakan kepada kami Huraim bin Mis’ar At Tirmidzi telah menceritakan kepada kami Al Fadhl bin Iyadh dari Laits dari Abu Az Zubair dari Jabir bahwa.
“Tidaklah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surat As Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (Surat Al Mulk) ( HR At Tirmidzi)”
Adapun kelebihan lain dari surah Al-Mulk adalah sebagai berikut:
- Diampuni dosanya
- Dihidari dari seksa kubur dan seksa neraka
- Menjauhkan diri dari maksiat
- Menjadikan diri kita sebagai orang yang bertawakkal
4. Surah Al-Kahfi
Antara senarai surah yang boleh diamalkan dan hafal adalah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10. Terdapat hadis yang mengatakan Al-Kahfi digalakkan untuk dibaca pada malam dan siang hari Jumaat.
Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra:
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
5. Surah Al-Ikhlas
Ketika kita membaca Al-Ikhlas bererti kita telah membaca sepertiga dari Al-Qur’an kerana di dalamnya mengandungi kekuasaan dan keesaan Allah SWT.
Imam Bukhori meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah bersabda :
“Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya surah Al-lkhlas itu benar-benar sebanding dengan sepertiga Alquran”.
Manfaat lain dari membaca Al-Ikhlas adalah disayangi allah, jalan masuk ke syurga dan jika dia mengamalkannya dengan ikhlas terhindar daripada kesusahan duniawi, dimudahkan dari gelombang sakaratul maut dan dihindari dari kegelapan kubur.
6. Surah Ar-Rahman
Senarai surah yang digalakkan untuk baca adalah Ar-Rahman. Antara fadhilatnya adalah mendapat rahmat Allah SWT, memperolehi kebaikan dan pahala.
7. Surah Al-Waqiah
Terdiri daripada 96 ayat dan anda dinasihatkan untuk menghafalnya supaya dijauhkan daripada kesusahan, sentiasa murah rezeki, ditunaikan segala hajat dan menjadikan diri sebagai seorang yang bersyukur.
Jangan lupa baca setiap hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas
Baca juga : Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi
Baca juga : Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal