-

Surat terbuka untuk suami: Pentingya mengambil berat akan isteri

Share this article with other mums

Sebenarnya bukan sukar untuk menjaga hati isteri, asalkan jujur dan dengan hati yang ikhlas.

Suami tersayang,

Hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang.

Di mana-mana pasar raya pasti terjumpa dengannya. Kadang-kadang dia tengah bergelut dengan anak-anak sambil membawa barangan runcit.  Ada pula yang sedang cuba bertenang sambil beri makan kepada anak-anaknya bertiga yang sudah lapar - perut sendiri pun sudah tahan lapar.

Dia juga mungkin berada di pejabat, tergopoh-gapah menghabiskan kerja sambil mengintai jam tangannya. Bilalah boleh berhenti kerja seketika untuk mengepam susu bagi anak tersayang yang sedang menunggu di rumah?

Kalau boleh teka, memang betul saya sedang bercakap tentang si isteri. Surat terbuka ini saya tuliskan dengan ikhlas bagi pihak isteri and ibu-ibu sekalian.

Pentingnya mengambil berat akan isteri

shutterstock_99342782

Dialah orang yang menjaga and menguruskan rumah tangga hari demi hari, tanpa memikirkan diri sendiri dan penghargaan. Yang kurang rehat pun dia. Yang rasa bersalah kerana terpaksa berkerja bila anak dijaga orang lain, pun dia juga. Hidupannya sentiasa mengutamakan keperluan orang lain.

Mungkin anda tidak sedar sumbangan si isteri, kerana sendiri pun sibuk mencari duit untuk keluarga. 

Tidak kira sama ada dia surirumah atau berkerja, pernahkah kamu sebagai suami ambil tahu apa yang dilakukan si isteri untuk memastikan segalanya berjalan lancar di rumah? Cuba tanya. Saya pasti kebanyakkan suami jarang mengambil berat tentang hal ini.  Kalau anda tahu dan memahami betapa banyak dia berkorban untuk anak dan keluarga, mungkin anda akan menghargainya lebih. 

Tanpa sokongan dan dorongan positif dari suami, isteri berkemungkinan akan letih dari segi fizikal, mental dan emosi. Hati isteri perlu dijaga juga. Jangan lupa memuji dan hargai usaha dan penat-lelah isteri.

Dia mungkin "Super Mom", tetapi dia pasti penat juga

image credit : chicagonow.com

kredit : chicagonow.com

Sama ada isteri seorang suri rumah, atau seorang ibu yang bekerja, dialah yang biasa menjadi penjaga dan pengurus rumah. Walaupun isteri nampak tenang mengendalikan segalanya, ini tidak bermakna semuanya kerja senang sahaja. Mungkin anda akan berpendapat tahap tekanan menjaga anak adalah jauh kurang, berbanding dengan apa yang dihadapi di tempat kerja.

Ini tidak benar kerana tekanan tetap tekanan walau dalam apa jua bentuk. Tugas mendidik anak sangat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran. Jangan tunggu hingga isteri merajuk, sebelum menghulurkan pertolongan di rumah. menghargai usaha dan penat-lelah isteri

Kerjasama Suami Isteri

Untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia, kerjasama dari suami dan isteri sangat penting, kerana ini bukan tugas seorang sahaja. Sibuk berkerja bukan alasan untuk mengelak dari membuat kerja rumah serta tanggungjawab anda sebagai seorang bapa dan suami kepada isteri.

Luangkan masa untuk dinikmati bersama keluarga sahaja dan amalkan sikap sentiasa sedia membantu dan berkongsi beban. Bukankah ini apa yang anda harus anda lakukan untuk pasangan hidup anda?

Uruskan kerja rumah yang senang seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan, membuang sampah dan mandikan anak, tanpa disuruh.

Jadilah Penghibur dan Pendorong

shutterstock_194111348

Pandanglah muka dan berikan perhatian apabila isteri sedang bercakap. Kadang-kadang dengan berkongsi dan meluahkan perasaan isteri anda boleh mengurangkan bebannya.

Tunjukkanlah anda memang mengambil berat tentang dirinya. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Jadi pendorong yang baik dan jangan dianggap masalah hati dan perasaan isteri perkara remeh-temeh sahaja.

Sebenarnya bukan sukar untuk menjaga hati isteri, asalkan jujur dan dengan hati yang ikhlas.

 

Parenting tips Untuk Ayah