"Maaf....Tak Dapat Membesarkan Muhammad Arif", Tinggalkan Bayi Dengan Nota Di Depan Pintu Pagar Surau

Bayi yang ditinggalkan di hadapan pintu pagar surau dilihat lengkap berbaju dengan sekeping nota permohonan maaf

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa kita untuk menilai, apatah lagi untuk menghukum. Kes pembuangan bayi masih lagi berlaku walaupun sudah memasuki tahun 2023. Terbaharu, bayi yang ditemui dalam kotak di hadapan pintu pagar surau lengkap berbaju dan berselimut serta barangan asas lain seperti tisu basah dan bekalan susu.

Menerusi perkongsian di Tiktok, @boboy9077, lebih menyayat hati apabila mendapati sekeping nota permohonan maaf yang dipercayai milik penjaganya disertakan untuk sesiapa yang menjumpai anaknya.

Ditinggalkan di surau bersama nota mohon maaf

Bayi yang ditinggalkan dalam keadaan cukup sifat dan sihat itu ditinggalkan bersama sekeping nota yang bertulis,

“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi.

Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia. Kami sangat-sangat berterima kasih”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa simpati terhadap bayi, ibu ayah mungkin ada sebab yang tersendiri

Perkongsian tersebut meraih 3.7 juta tontonan, 177.4k tanda suka dan 11k komen dari warganet.

Rata-ratanya meninggalkan komen menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga ini. Bukan sahaja kepada bayi, malah kedua ibu bapanya yang turut terkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komen pengguna Tiktok, Zaidy8284, “Foto baby dan sekeping surat sebagai tanda bukti ….bila besar nanti cari ayah ibu ya, sayang.”

“Mak ayah dia tak buang tapi mungkin diorang nak makan pun tak lepas, so untuk masa depan anak tu diorang terpaksa buat macam tu bagi orang lain bela”, komen Roziah Abd Razak. 

“Kita tak tahu apa lagi yang dialami oleh mak ayah bayi ini, tapi dari apa yang saya tengok baby tu dalam keadaan bersih, siap susu lagi, punca utama faktor ekonomi“. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!

Baca juga: Anjing Liar Temui Bayi Baru Lahir Dibuang Dalam Semak, Apa Yang Haiwan Itu Buat Amat Mengejutkan!

Baca juga: Tinggal bersama mayat bayi selama seminggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah