X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product GuideSign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Advertise With Us

Tinggal bersama mayat bayi selama seminggu

17 Jun, 2013
Tinggal bersama mayat bayi selama seminggu

Seorang lelaki tidak menyangka bau busuk yang dihidu selama seminggu adalah dari mayat bayi yang hampir reput di dapur rumahnya. Ikuti berita ini dan perbincangan isu pembuangan bayi dalam artikel kali ini.

Isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di Malaysia!

isu pembuangan bayi

Seorang lelaki tinggal bersama mayat bayi selama seminggu

 

Isu Pembuangan Bayi: Bayi Disangka Anak Patung

“Mama! Ada anak patung kat sini!” Laili memanggil Alisa.

“Biarlah. Adik kan dah banyak bear kat rumah” ujar Alisa acuh tak acuh.

“Ma! Cepatlah Ma. Anak patung ni bergerak Ma!” Gesa Laili lagi.

“Ishhh budak ni … biar jelah.” Alisa mula mendekat.

“Ya Allah! Laili! Ni bukan anak patung sayang oiii! Ni anak orang!”

Isu Pembuangan Bayi: Tinggal bersama mayat bayi selama seminggu

Sejak kes pertama buang bayi dilaporkan di awal 90-an, suasana Malaysia terus-menerus digegarkan dengan kes-kes pembuangan bayi.

Terbaru, pada 13 Jun lalu, seorang lelaki di Jalan Lintang Madrasah, Jelutong di Pulau Pinang terkejut apabila mendapati bau busuk yang dihidunya selama seminggu di rumah adalah bau mayat bayi lelaki yang hampir reput. Mayat bayi tersebut dibalut dengan beg plastik hitam dan diletakkan dalam tong sampah di dapur.

Isu Pembuangan Bayi: Siapa pemilik bayi?

Beliau melaporkan kepada polis bahawa rumah tersebut disewa bersama tiga yang lain termasuk dua orang wanita dalam linkungan 20-an dan bau busuk tersebut hanya dihidu sejak 4 Jun yang lalu. Dua wanita yang menyewa bersamanya juga telah meninggalkan rumah tersebut pada tarikh yang sama.

Supt Ismail Toh Paduka Idris memberitahu pihak polis kini sedang cuba menjejaki dua wanita tersebut. Keadaan bayi mengesahkan yang dia telah meninggal melebihi seminggu dan sebab kematian tidak dapat dipastikan.

BERKAIT: Diana Danielle bersalin sebelum tempoh?

Di sudut undang-undang

Kes pembuangan bayi tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 31(1) Akta 611 yang memperuntukkan seseorang boleh disabitkan kesalahan jika didapati mengabaikan kanak-kanak termasuk dibuang sehingga menyebabkan kecederaan. Jika didapati bersalah, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sayangnya kes pembuangan bayi semakin meningkat. Pada tahun 2011, disebabkan ia juga mengakibatkan kematian, maka ia mula disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan hukuman lebih berat.

Di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kes ini membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun yang sama membawa hukuman tidak melebihi 20 tahun penjara.

Jangan dibuang bayi itu

Walaupun agak dikesalkan, namun perkara telahpun berlaku. Bagi ibu-ibu yang hamil tanpa rela, usahlah dibuang bayi yang tidak berdosa. Sebaliknya, pertimbangkanlah alternatif lain yang tidak memudaratkan, terutama kepada bayi. Sekurang-kurangnya, bayi yang tidak berdosa dapat diselamatkan daripada mati akibat tidak mendapat perhatian perubatan atau diserang binatang liar.

Antara yang boleh dipertimbangkan ialah Baby Hatch di OrphanCare, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dan Raudhatus Sakinah.

BERKAIT: Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

Baby Hatch di OrphanCare

Walaupun dikecam hebat ketika penubuhannya pada Julai 2010, Baby Hatch merupakan alternatif terbaik bagi menangani kes pembuangan bayi yang tidak bersalah. Namun, sehingga akhir tahun 2012, hanya 4 bayi ‘dibuang’ di sana.

Di OrphanCare, bayi ditinggalkan dalam ruang berhawa dingin atau ‘baby hatch’ dan jika siibu mengisi borang kebenaran, laporan polis tidak diperlukan dan bayi akan terus diproses ke dalam sistem pengambilan anak angkat sedia ada di OrphanCare.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

Walaupun rumah kebajikan ini tidak ditubuhkan untuk tujuan ini, namun ia sanggup mengambil tanggungjawab dalam menangani masalah buang bayi. Lebih baik lagi, mereka melahirkan rasa perihatin terhadap remaja yang terlibat dengan kehamilan sebelum nikah.

Tidak hanya membantu sibayi, YKSNS sudi menerima remaja hamil dan membantu mereka melahirkan bayi serta menjaga dan mengurus bayi selepas dilahirkan. Mereka juga akan mendidik dan membantu remaja menghadapi situasi itu tanpa prejudis.

Raudhatus Sakinah

Menumpu kepada masalah sosial remaja, Raudhatus Sakinah juga boleh dipertimbangkan. Mereka memfokus kepada membantu remaja untuk memperbiki diri selepas terjerumus dalam masalah sosial termasuk kehamilan sebelum nikah.

Merawat keadaan

Jika pembuangan bayi dianggap sebagai epidemik, rumah kebajikan dan Baby Hatch pula sebagai rawatan, terlebih baik jika dapat mencegah kehamilan yang tidak diingini. Namun, dalam situasi sekarang, mereka yang telahpun terlibat perlu mendapat sokongan dan bantuan agar mampu bertindak rasional. Tidaklah bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa keadaan hanya kerana siibu merasa takut dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Partner Stories
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

BERKAIT: Bagaimana saya tahu bila sudah tiba waktu bersalin?

 

Rujukan:

Man lives with a dead baby in kitchen for a week
Statistik pembuangan bayi
Baby Hatch: Only 4 babies ‘dumped’ in 3 years
Baby Hatch @ OrphanCare
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Raudhatus Sakinah

Anda punyai komen dan cadangan menangani isu pembuangan bayi? Kongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂

 

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

Siti Manisah Ngalim

  • Home
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Tinggal bersama mayat bayi selama seminggu
Share:
  • "Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

    "Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

  • Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah - Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!

    Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah - Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Partner Stories

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • "Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

    "Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

  • Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah - Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!

    Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah - Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Partner Stories

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Pregnancy
    • Labour & Delivery
    • Marriage, Relationship & Sex
  • Baby
    • Baby Names
    • Ages & Stages
    • Parenting Tips
    • Breastfeeding & Nutrition
  • Health
    • Fitness
    • Allergy & Syndrome
    • Illness
    • Healthy Meal Tips
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Lifestyle
    • Home
    • Money
    • Holiday
    • Contests & Promotions
  • More
    • TAP Community
    • Advertise With Us
    • Contact Us
    • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.