X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

13 Jun, 2013
Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

Seorang ibu ditahan kerana didakwa membunuh anaknya dengan menolaknya melalui tingkap dapur. Ikuti kisah sedih ini dan dapatkan panduan mengenal simptom sakit mental serta bagaimana menangani pesakit mental.

Ibu ditahan kerana membunuh anaknya, tanda-tanda dan simptom sakit mental

Ibu ditahan kerana membunuh anaknya

Tanda-tanda dan simptom sakit mental

The Straits Times pada 3 Jun lepas melaporkan seorang kanak-kanak lelaki Gabriel Loh Zhen Jie, ditemui tidak sedarkan diri di kaki bangunan Blok 704, Jalan West Coast, Singapura. Kanak-kanak yang tinggal bersama ibunya, Rabecca Loh Chui Lai, 31 tahun dan neneknya di tingkat lima dilaporkan mati di National University Hospital selepas kurang sejam ditemui polis.

Sebelum kejadian, dia dan ibunya telah kelihatan pada tingkap dapur. Rebecca dilihat menangis di tepi tingkap dan kemudian masuk ke dalam dan kelihatan semula bersama anaknya.

Kini, Rabecca ditahan di bawah pengawasan psikitiari dan akan menghadirkan diri ke mahkamah pada 24 Jun dan bakal menerima hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan.

BERKAIT: Ibu kurung anak sakit mental!

Kisah disebaliknya

Gabriel Loh dilaporkan memasuki sekolah khas manakala ibunya tidak bekerja. Kanak-kanak tersebut juga dilaporkan mempunyai kulit dan mata kekuningan akibat jaundis berikutan pembedahan hati yang gagal.

Rabecca dilaporkan pernah meminta bantuan berkaitan sakit mental yang dihadapinya beberapa tahun lalu. Menurut akhbat Shin Min, beliau sering kelihatan sugul dan bingung setiap kali keluar membeli makan tengahari. Beliau juga sering bertengkar dengan ibunya sehingga polis dipanggil beberapa kali bagi meleraikan pertengkaran.

Keluarga tersebut dikatakan tidak mengikuti aktiviti sosial setempat dan biasanya memencilkan diri.

BERKAIT:Every parent’s worst nightmare

Tanda-tanda dan simptom

Ketidakupayaan mengawal diri bagi pesakit mental adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian. Ini kerana jika tidak diawasi dan tidak diberikan rawatan, perkara yang tidak diingini seperti ini pasti terjadi.

Sebagai langkah awal, perhatikan jika ahli keluarga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom sakit mental seperti senarai di bawah. Jika mereka mempunyai tanda-tanda ini, mereka mungkin perlu bercakap dengan pakar.

Orang dewasa:
• Pemikiran mengelirukan
• Kemurungan berpanjangan
• Merasa gembira dan sedih keterlaluan
• Rasa takut, risau dan cemas berlebihan
• Memencilkan diri secara tiba-tiba
• Perubahan drastik pada tabiat makan dan tidur
• Merasa sangat marah
• Berhalusinasi dan delusi
• Ketidakupayaan menangani aktiviti dan masalah harian
• Berfikir tentang bunuh diri
• Menidakkan masalah yang jelas
• Menghidap beberapa sakit fizikal yang tidak dapat dijelaskan

Kanak-kanak besar dan remaja:
• Tidak upaya menangani masalah dan aktiviti harian
• Perubahan pada tabiat tidur dan/atau makan
• Rungutan berlebihan tentang kesakitan pada badan
• Keengganan mematuhi peraturan, ponteng, mencuri dan/atau melakukan vandalisma
• Amat takut meningkat berat badan
• Mood negatif berpanjangan bersama kurang selera makan dan memikirkan tentang kematian
• Sering marah-marah

Kanak-kanak kecil:
• Perubahan prestasi di sekolah
• Markah rendah walaupun berusaha keras
• Tidak dapat menumpukan perhatian atau mengingat sesuatu
• Rasa takut dan cemas berlebihan
• Terlalu aktif
• Mimpi ngeri berpanjangan
• Tidak patuh dan agresif secara konsisten
• Sering meragam

Menangani pesakit mental

Fahami tabii pesakit
Paling utama, anda harus tahu tabii pesakit dan harus sentiasa sedar yang mereka tidak dapat bertindak rasional dan normal seperti orang lain. Ini memudahkan anda untuk bertindak balas atau tidak terhadap perbuatan mereka. Bincang dan bertanya soalan kepada pakar tentang perkara ini dan tunjukkan sokongan kepada mereka.

Rangkaian sokongan
Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan. Jika tidak dapat membincangkannya dengan mereka, dapatkan sokongan melalui kumpulan sokongan lain. Biasanya perkongsian dengan mereka yang mempunyai pengalaman serupa sangat membantu.

Mendapatkan nasihat kaunseling
Terapi sangat berguna kepada pesakit dan juga ahli keluarga. Pakar dapat memberikan cadangan bagaimana menjalani kehidupan bersama pesakit bagi memahami pesakit dengan lebih baik.

Ambil ‘time out’
Jika anda menjaga pesakit mental, luangkan masa untuk diri sendiri. Jauhkan diri seketika bagi mengelakkan rasa kecewa dan marah. Dengan meluangkan masa untuk diri sendiri, anda dapat mengekalkan perspektif yang betul dan akan dapat bersabar serta bersimpati dengan lebih baik. Sihat tubuh dan pemikiran dapat membantu anda membantu orang lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk risalah yang disediakan oleh National Alliance of Mental Illness ini.

Rujukan:

Woman charged with son’s murder at West Coast
Mum arrested for son’s death remanded for psychiatric observation
Mental illness in the family: recognizing warning signs and how to cope
Warning signs of mental illness
Mental illness Brochure

Anda berpengalaman berhadapan dengan pesakit mental? Kongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂

Stories Rakan Kongsi
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu ditahan kerana membunuh anaknya
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham