Terdapat banyak perkara yang harus dipertimbangkan setiap pasangan terutama apabila suami meminta isteri berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Suami membuat keputusan tersebut apabila kesukaran mencari pengasuh anak dengan lambakan kontroversi yang tidak sihat yang sering kali dikaitkan dengan taska dan pengasuh bayi.
Namun, cabaran paling besar apabila menjadi suri rumah tangga adalah menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar saban hari.
Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.
5 cabaran menjadi suri rumah tangga sepenuh masa
#1. Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat
Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari manakala tugas kerja mengambil masa kira-kira 40 jam seminggu sahaja.
Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.
#2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis
Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Tanggapan itu memang salah dan tak betul!
Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami, tukang paip, tukang kayu dan banyak lagi.
Semua itu memang suri rumah perlu hadap seorang diri setiap hari!
#3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa
Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.
#4. Mengurangkan kehidupan sosial
Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda.
Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.
#5. Sukar menyesuaikan diri apabila kembali bekerja
Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga.
Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.
Kelebihan menjadi ibu bapa yang tinggal di rumah dan tidak bekerja
- Belajar berpuas hati dengan kehidupan dan kesenangan yang diberikan terutama apabila banyak masa boleh dihabiskan bersama keluarga dan anak-anak.
- Boleh mengurangkan perbelanjaan keluarga sekaligus dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik.
- Dapat memberikan perhatian penuh pada anak-anak terutama apabila jadual sekolah mereka yang sangat padat dengan kerja sekolah, tuisyen, kelas mengaji dan lain-lain.
- Apabila waktu lapang anda juga boleh membuat aktiviti yang menyeronokkan seperti bersukan, menonton wayang, membeli belah, berurut badan dan sebagainya.
- Boleh mengajar anak untuk membantu buat kerja-kerja rumah sebagai latihan dalam kehidupan sebenar.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Sirap Limau
Sumber: Penulis asal Yddette Civ Alonzo-Cruz dan mendapat keizinan dari theAsianparent Filipina untuk diterjemah.
Baca juga