Menjadi ibu lepas bersalin memang banyak cabarannya antaranya termasuklah susah tidur malam. Ia membuatkan ibu menjadi tidak bermaya pada siangnya.
Jadi mengapakah perkara ini berlaku? Adakah ia perkara biasa yang berlaku kepada ibu lepas bersalin atau hanya sesetengah ibu saja yang mengalaminya.
Kadangkala disebabkan badan terlalu penat, ibu menjadi tidak boleh tidur, malah terlalu susah tidur malam. Ini dipanggil postpartum imsomnia yang mana ia tidka boleh dibiarkan kerana boleh memudaratkan kesihatan ibu.
Susah tidur malam lepas bersalin? Ini cara anda tanganinya
Secara mudahnya insomnia atau kesukaran tidur ini akan berlaku dengan kerap pada tahap ketiga kehamilan. Namun, ia boleh berlanjutan sehinggalah si ibu selesai bersalin.
Sememangnya situasi ini adalah kelaziman yang melibatkan kaum ibu baharu. Mereka tidak mahir dalam menguruskan cahaya mata pertama dan masa menguruskan bayi akan jadi lebih panjang dan tempoh yang rumit.
Bila jadi terlalu penat, natijahnya mereka tidak boleh tidur kerana badan langsung tidak berehat.
Tekanan-tekanan yang berlaku selepas proses kehamilan akan menyababkan gangguan tidur termasuklah insomnia. Jadi, aspek tekanan adalah satu perkara yang mesti diberi perhatian oleh para suami. Jangan tambahkan tekanan isteri pula!
Sebab susah tidur malam selepas bersalin
Selepas besalin dan semasa hamil, tubuh badan wanita mengalami perubahan fizikal dan hormon. Perubahan-perubahan ini memberi kesan kepada psikologi seseorang iaitu kesukaran untuk tidur, kepala akan selalu berfikir yang bukan-bukan termasuklah mimpi buruk.
Kesan yang terjadi melalui aspek fisiologi pula adalah berpeluh pada waktu malam dan badan terasa panas.
Bergantung kepada sebab, insomnia selepas bersalin akan bertahan selama beberapa bulan selepas bersalin, dan dialami oleh 15 peratus ibu baru.
Sebab biasa insomnia ini termasuklah:
- Perubahan hormon dipercayai menjadi salah satu punca insomnia
- Perubahan hormon estrogen dan hormon lain semasa hamil dan selepas bersalin
- Tekanan, suhu panas dan kebimbangan boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur
Kesan susah tidur malam selepas bersalin
Seperti keadaan lain, insomnia juga perlu diberi perhatian untuk mengurangkan impak bahaya berkenaannya.
Kesan biasa imsomnia adalah:
- Menyebabkan sakit jantung dan diabetes
- Kesukaran tidur menyebabkan peningkatan berat badan yang mengakibatkan obesiti
- Gangguan tidur dan insomnia dikaitkan dengan peningkatan tekanan, deraan dan keadaan psikiatrik lain
- Insomnia memberi impak negatif pada emosi wanita, psikologi dan fizikal. Ia akan membuatkan kita berasa tidak tenang, letih dan sebagainya
- Kesan kepada kualiti penjagaan si manja
Tips tangani masalah susah tidur malam selepas bersalin
Sebenarnya tidaklah sukar untuk menangani insomnia. Asalkan setiap ibu dapat kekal tenang dan cuba mendapatkan kualiti tidur yang sempurna.
Kami kongsikan beberapa teknik untuk memudahkan ibu tidur malam selepas ini:
#1. Cuba berendam dalam tub mandi untuk melegakan otot dan sendi-sendi yang penat bekerja
Jika anda terlalu penat bekerja dan uruskan anak, cuba berendam dalam tub mandi. Jika tiada tab mandi cuba mandi dengan air suam atau air yang sedirkit panas bagi melegakan otot anda yang tegang.
Mandi air suam dikatakan dapat melegakan tekanan yang dialami oleh seseornag jadi mungkin anda boleh cuba cara ini bagi memastikan anda dapat tidur dan rehat yang berkualiti.
#2. Senaman selama 10 minit
Ia boleh membantu menenangkan tubuh badan dan membantu untuk mendapatkan tidur dengan baik. Jika anda masih dalam pantang, tidak perlu senaman berat.
Cukup sekadara anda regangkan badan untuk membetulkan urat-urat yang mungkin tegang dan buat anda penat. Lakukan ini dengan kekerapan yang konsisten bagi memastikan badan anda terbiasa.
#3. Tidur ketika bayi tidur
Ini memang biasa dipraktikkan oleh ramai ibu. Ini juga petua yang dikongsikan oleh ramai wanita lain terutama ketika dalam tempoh berpantang.
Tidur apabila bayi sedang tidur boleh memastikan kita mendapat tidur yang cukup. Mungkin bayi tidur petang, anda pun kena dapatkan tidur pada waktu petang.
Jadi jangan scroll handphone dan sebagainya, tidur saja bila bayi anda tidur. Jika anda susah tidur malam, boleh cuba cara ini ya ibu. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak, momkidszone
Baca juga: Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur