''Tiap Kali Pam Penuh 1 Jag,'' Ibu Ini Akui Oversupply Buat Diri Terseksa & Kerap Bengkak Susu

Susu badan banyak membuatkan ramai ibu berasa senang kerana dapat memenuhi keperluan bayi. Namun jika oversupply, ia boleh menganggu kesihatan diri anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Ketika inilah kebanyakan ibu perlu berdepan pelbagai pengalaman baharu termasuklah ilmu penyusuan. Susu badan banyak dapat memenuhi keperluan harian si manja.

Ramai ibu akan meluahkan rasa bersyukur jika dapat menyusu badan dengan baik. Walau bagaimanapun ada juga yang berdepan sengsara apabila pengeluaran susu terlebih banyak sehingga tempat simpanan menjadi penuh.

Pengalaman susu badan banyak sehingga tidak terminum oleh anak

Menurut perkongsian pengalaman oleh seorang ahli kumpulan di Facebook, Man Bam, proses penyusuan tidaklah semudah yang disangka dan dianggap satu jihat bagi mereka bergelar ibu.

Menyusukan bayi adalah satu jihad bagi wanita bergelar seorang ibu. Nampak mudah, tapi besar. Siapa pengalaman macam saya? Susu terlampau banyak. 

Sampai setiap 1 jam mesti kena pam. Stok susu sampai penuh satu peti sejuk. Guna botol kecil pun tidak cukup sehingga setiap kali pam terpaksa guna jug air.

Dia menceritakan pengalaman tersebut dengan memuat naik beberapa gambar hasil susu badan yang dipam, telah mendapat perhatian dalam kalangan ahli kumpulan yang lain. 

Difahamkan wanita ini diberikan rezeki meriah susu badan sejak dari melahirkan anak pertama lagi. Apabila dikurniakan anak kedua, situasinya sama.

Nikmat dari Allah. Tapi jika sehingga memudaratkan diri, tak sanggup berdepan demam dan bengkak susu. Sampai terpaksa ambil pil untuk keringkan susu badan. 

Tak sangka bersalin sehingga anak kedua pun akan berdepan pengalaman yang sama seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu badan banyak buat ibu sengsara demam dan bengkak susu

Dia turut menceritakan jika anak lambat menyusu atau pam, payudaranya menjadi bengkak dan tubuh badan seolah-olah berasa demam.

”Bila orang tahu saya mengambil pil keringkan susu, rata-ratanya akan cakap rugi sebab tidak semua ibu dimurahkan rezeki sebegini. Memang lah rasa rugi, tapi diri saya yang menanggung rasa sakit.”

”Sampaikan boleh buat saya demam kalau payudara bengkak.” katanya.

Memandangkan dia bukan seorang suri rumah dan bekerja, apabila berada di pejabat terpaksa ulang alik pam di surau setiap jam. Jika kebetulan pada waktu tersebut tengah banyak kerja yang perlu disiapkan, memang habis basah baju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekap dengan kain pun masih tidak dapat menampung kerana susu tidak berhenti keluar dan menitik-nitik. 

”Bila lambat pam memang akan jadi sakit dan bengkak. Keadaan ini hari-hari sayan lalui, sampailah terpaksa berbincang dengan doktor dan ambil alternatif makan pil untuk keringkan susu badan.”

”Memang rasa rugi, tapi ini adalah untuk kesihatan diri saya juga.” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpaksa korbankan waktu tidur hanya untuk pam susu

Selain bangun untuk menyusu anak pada waktu malam, dia juga terpaksa tidur-tidur ayam sebab perlu pam.

Jika lambat, baju akan basah dan susu tidak henti menitik. Masa dalam pantang, nak berurut pun susah.

Tiap kali urut, air susu akan keluar. Sapu tangan jangan cakaplah berapa banyak dan guna. Setiap kali basah saya tekap. Rasa buntu sehingga tidak tahu nak buat macam mana lagi.

Perut bayi masih kecil. Bukannya minum banyak sangat. Tapi susu badan saya setiap satu jam akan dapat satu jag.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Itupun saya sudah usaha elak dari mengambil makanan yang boleh membuatkan susu badan jadi banyak seperti tak makan sayur bayam dan makanan lain lagi.”

Bukan itu sahaja, wanita ini turut berkongsi bahawa bukan dia seorang sahaja menghadapi situasi sebegini. Adik-beradik yang lain pun sama sehingga membuatkan mereka takut untuk bersalin lagi.

Bukan tidak mahu anak, tetapi risau jadi macam ni.

”Adik saya sampai tahap perlu menjalani pembedahan payudara untuk buang susu basi disebabkan oleh lambat pam.” 

”Kadang kalau rasa sakit sangat, saya terpaksa perah menggunakan tangan. Itupun susu boleh keluar laju macam air paip. Apapun saya sentiasa bersyukur kerana tidak semua diberikan rezeki susu banyak.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai juga bertanya dan minta petua, tapi dia mengatakan bahawa semuanya rezeki datang dari Allah S.W.T.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Badan Terlalu Banyak: Kelebihan Atau Kekurangan Untuk Ibu Dan Anak?