Susu Badan Cair? Ibu Jangan Panik, Ini Yang Anda Perlu Buat

Ada kalanya ibu akan perasan susu badan cair. Jangan panik, ia tetap berkhasiat untuk anak anda. Teruskan saja penyusuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ada ibu-ibu yang menyusu badan pernah mengalami susu badan cair. Mungkin ada yang panik dan risau adakah susu badan itu masih cukup berkhasiat untuk bayi?

Bertenang ibu. Anda perlu tahu bahawasanya susu badan sememangnya wujud dalam keadaan cair dan pekat. Kelikatan susu ini sebenarnya bergantung kepada jenis susu. 

Jadi jika mahu tahu lebih lanjut, ada perlu teruskan pembacaan dan seterusnya akan memahami mengapa susu badan anda kadang kala cair dan kadang kala kelihatan likat.

Susu badan cair masih berkhasiat untuk bayi

Anda perlu tahu, susu badan wujud dalam keadaan cair dan pekat bergantung kepada jenis susu yang keluar. Terdapat dua jenis susu badan iaitu:

1.Foremilk (susu awal)

Ia merupakan susu yang berada di hadapan “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih cair, tinggi kandungan air, tinggi kandungan gula, berwarna kebiruan atau kehijauan (bergantung kepada ibu) serta mengandungi vitamin, protein dan karbohidrat.

2. Hindmilk (susu akhir)

Ia merupakan susu yang berada di belakang “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih pekat serta mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Susu ini sangat penting untuk membuat bayi kenyang dan tumbesaran mereka.

Faktor mempengaruhi susu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ada juga beberapa faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kelikatan susu badan. Berikut merupakan faktor-faktornya:

Perlukan anda risau sekiranya susu badan cair

Jangan risau. Susu badan cair masih tetap mengandungi nutrisi yang diperlukan bayi anda. Masing-masing mempunyai kelebihan nutrisinya yang tersendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu awal mungkin rendah lemak namun tinggi kandungan gula. Susu akhir yang tinggi lemak pula sangat penting untuk tumbesaran anak anda.

Anda boleh perhatian ketika menyusu. Pada permulaan penyusuan susu yang keluar adalah cair. Lama kelamaan ia akan semakin pekat dan seterusnya sedikit pejal. Inilah susu awal dan susu akhir yang mempunyai nutrisi tersendiri. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau akan kelikatan susu badan anda kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada anda dan juga anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

Baca juga: Cara Tradisional Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Buat Para Ibu

Baca juga: Teknik breast compression atau “perah susu” bagi melancarkan susu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar