Perkara Penting Mengenai Susu Formula Kanak-Kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Ibu ayah, adakah anda sedang mencari susu formula kanak-kanak yang sesuai buat si kecil? Mari ikuti pendapat pakar tentang hal menyediakan susu penuh khasiat buat anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak anda sudah mencapai usia yang sesuai untuk mengambil susu formula, antara persoalan yang mula bermain di fikiran adalah – jenis susu formula apakah yang sesuai diberikan pada anak kecil anda?

Sebagai ibu ayah, kita selalu tercari-cari susu formula yang terbaik untuk anak-anak kita, terutamanya apabila ia melibatkan keperluan nutrisi dan perkembangan mereka.

Tindakan memberi susu bayi atau susu formula yang tidak sesuai untuk anak mungkin boleh menjejaskan kesihatannya dan membuatkan si kecil berasa tidak seronok untuk minum susu dan mengurangkan seleranya. 

Susu Formula Yang Sesuai Untuk Anak

Kami ada menemubual Dr. Tan Zhen Han, pakar pediatrik dari Klinik SBCC Bayi dan Kanak-Kanak dari Bukit Panjang Plaza, Singapura.

Kami ingin memahami dengan lebih mendalam tentang pengambilan susu dan keperluan nutrisi anak kecil.

Mari tonton video di bawah untuk mengetahui antara faktor yang perlu anda pertimbangkan ketika memilih susu formula terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Susu Formula & Susu Lain

#1. Susu Formula Vs. Susu Segar

Menurut Dr. Tan, ibu bapa boleh memberi anak mereka yang berusia 1 tahun susu lembu atau susu formula bayi, di samping makanan pejal. Ia membantu membekalkan tenaga buat bayi anda.

Kanak-kanak yang sedang membesar di bawah usia 2 tahun memerlukan khasiat lemak yang sihat, di mana ia penting untuk tumbesarannya secara keseluruhan.

Jadi, mulakan pemberian susu penuh lemak kepada anak anda yang berumur 1 tahun jika dia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • mempunyai berat yang sihat
  • tiada sejarah obesiti, kolesterol tinggi atau lemah jantung dalam keluarga

Susu rendah lemak pula disarankan pada kanak-kanak:

  • yang ada berat badan berlebihan atau mempunyai risiko untuk ada berat badan berlebihan
  • ada sejarah obesiti, tekanan darah tinggi atau lemah jantung dalam keluarga

Susu formula adalah pilihan yang baik dan seimbang untuk kanak-kanak yang:

  • cerewet dalam hal pemakanan
  • anak kecil yang masih mencuba makanan pejal

Ia dipenuhi dengan tenaga dan mempunyai vitamin, zat besi dan asid lemak penting yang menggalakkan perkembangan dan tumbesaran anak anda.

#2. Apakah saranan julat pengambilan susu untuk kanak-kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab susu merupakan sumber kalsium yang utama, Badan Promosi Kesihatan Singapura menyarankan pengambilan harian:

  • 750ml susu untuk kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun
  • 500ml susu untuk kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun

Tetapi, anda tidak digalakkan untuk menjadikan susu sebagai sumber makanan utama untuk kanak-kanak yang lebih besar.

Untuk memberikan anak anda nutrisi terbaik yang mereka perlukan, susu sepatutnya menjadi sampingan kepada diet seimbang yang meliputi bijirin, sayuran, buah-buahan dan protein.

Pengambilan susu secara berlebihan sepatutnya ditegah kerana ia akan menggantikan selera makan anak anda yang sepatutnya mengambil makanan penuh dan berkhasiat.

#3. Kerisauan tentang pergerakan usus

Walaupun kanak-kanak yang mengambil susu formula sering ada najis yang keras, ia tidak bermakna mereka mengalami sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faktor lain yang memainkan peranan adalah:

  • kekerapan pergerakan usus
  • kepekatan dan rupa fizikal najis

Disebabkan oleh bahannya, susu dengan tambahan prebiotik menggalakkan penghadaman yang sihat dan boleh membawa kepada najis yang lebih lembut dan meningkatkan kekerapan si kecil membuang air besar.

#4. Pilihan 

  • Susu formula berasaskan susu lembu atau kambing

Kebanyakkan susu formula untuk bayi adalah berasaskan susu lembu, selalunya diperkaya untuk memberi nutrisi yang seimbang.

Ini menjadikannya mudah untuk dihadam dan memberikan manfaat khasiat yang tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mineral seperti zat besi dan kalsium adalah antara khasiat yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi.

Susu formula berasaskan kambing juga ada di pasaran tetapi bayi yang mempunyai alahan pada susu lembu patut mengelak dari mengambilnya kerana ia mempunyai protein susu yang sama.

  • Berasaskan soya

Susu berasaskan soya adalah bebas daripada protein dan laktosa susu lembu.

Doktor anda mungkin menyarankan susu jenis ini jika anda seorang vegan, atau anak anda alah pada susu berasaskan susu lembu.

  • Formula khas

Jenis ini direka untuk kanak-kanak yang memerlukan keperluan formula yang khas, contohnya seperti bayi yang mempunyai berat kelahiran yang kurang.

Tanda Anak Tak Sesuai Dengan Susu Formula

#1. Bayi anda cirit birit atau sembelit 

Antara tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda ialah najis terlalu cair atau berlakunya sembelit di mana najis bayi anda disertai dengan darah. Jaga-jaga ya! Bayi mungkin berisiko mengalami masalah usus dan akan gagal untuk mencapai berat badan yang optimal bagi tumbesaran jika ia kerap berlaku.

#2. Sakit atau kembung perut

Kembung perut atau kolik antara tanda susu formula tersebut tidak sesuai untuk bayi anda. Bayi anda akan menangis tanpa henti menandakan dia berada dalam keadaan tidak selesa malah kesakitan. 

#3. Mempunyai masalah pernafasan

Bayi anda mungkin akan mengalami masalah pernafasan sekiranya berlaku alahan terhadap susu berasaskan formula.

Gangguan sistem pernafasan terhadap bayi akan menyebabkan terhasilnya lendir yang berlebihan sehingga nafas bayi berbunyi berdehit (wheezing) seolah-olah bayi mengalami penyakit asma atau lelah.

#4. Bintik merah pada badan

Jangan keliru bintik merah akibat alergi susu dengan bintik merah kerana peluh. Ia berbeza ya! Kadangkala bintik merah ini boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit bayi.

#5. Muntah

Jangan paksa bayi anda untuk minum secara berterusan semata-mata untuk membiasakannya dengan rasa susu formula tersebut.

Ia boleh membuatkan bayi anda muntah dan muntah ini berlaku disebabkan oleh rasa tidak selesa dan sesak pada kerongkongnya.

Ibu perlu tahu, saluran pernafasan akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap bahan kimia tertentu yang terdapat dalam susu formula sehingga menyebabkan bayi sukar menelan susu, muntah atau menangis ketika meminumnya.

Bilakah Waktu Sesuai?

Ibu boleh memberikan susu formula kepada bayi jika tidak lagi dapat memberikan susu badan semasa fasa penyusuan bayi bagi 6 bulan pertama.

Ingat, susu ibu atau susu formula bayi harus menjadi minuman pertama bayi semasa tahun pertama kehidupan mereka. Susu segar atau UHT dan alternatif lain tidak boleh diberikan sehinggalah si manja berusia 1 tahun ya!

Kandungan Susu Formula yang Perlu Ada untuk Pertumbuhan Sihat

#1. Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)

Susu formula terbaik untuk bayi perlulah mengandungi nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid -ARA). Nutrien ini penting bagi perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan membantu memberikan penglihatan yang baik. Biasanya susu formula dengan kandungan DHA dan ARA yang tinggi lebih mahal. Jadi sebagai alternatif, anda boleh memberikan anak anda makanan yang kaya dengan khasiat DHA dan ARA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambila nutrien ini.

#2. Prebiotik dan probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Manakala, prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut. Nutrien ini penting bagi menghasilkan persekitaran usus yang sihat, selain membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan pada bayi.

Semoga bermanfaat!

What to Expect. (June 1, 2021). What Type of Milk Should My Baby Drink? www.whattoexpect.com/first-year/baby-feeding/types-of-milk-for-baby

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Singapura.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bayi Muntah Susu Buatkan Ramai Ibu Risau, Ini 10 Sebab Kenapa Bayi Selalu Muntah Susu

Baca juga: Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

Baca juga: 7 Susu Formula Hypoallergenic Malaysia Untuk Bayi Yang Alergi

Penulis

Noor