Bantu Tingkatkan Imuniti Anak Dengan Pemilihan Susu Terbaik Buat Si Manja

Bagi ibu-ibu yang memberikan susu formula untuk anak, anda perlu tahu beberapa tips pemberian susu agar anak tidak mudah jatuh sakit. Ini caranya..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memilih susu formula untuk anak, pastinya kita inginkan hanya yang terbaik. Susu formula yang lengkap dengan nutrisi penting bagi memastikan perkembangan fizikal dan mental anak dapat berkembang dengan baik.

Walaupun susu formula tidak dapat mengganti susu ibu, namun pastikan anda menggunakan susu yang bersesuaian sahaja dengan anak. Ya, tidak semua susu sama! Ada sesetengah anak mempunyai perut lebih sensitif, jadi mereka sukar untuk mencerna susu setelah diminum. Oleh sebab itu, susu berasakan soya lebih sesuai dengan mereka.

Ada pelbagai jenis susu formula di pasaran namun sebelum anda membeli susu mana yang sesuai dengan anda, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Antaranya termasuk:

  1. Jenis susu formula 
  2. Harga
  3. Mudah untuk didapati
  4. Khasiat yang ditawarkan

Selain itu, ada beberapa tips juga yang ibu perlu pertimbangkan sekiranya anda mengambil keputusan untuk memberikan anak susu formula. 

Tips Pemberian Susu Formula

Kredit: Freepik

1# Susu perlu dibancuh dengan betul

Sebenarnya, ramai ibu masih lagi salah membancuh susu dengan betul. Anda harus membaca label dan arahan dengan teliti. Sekiranya anda tersalah langkah, anda mungkin akan membancuh susu yang terlalu pekat atau terlalu cair. Langkah ini penting kerana susu yang salah dibancuh tidak dapat membekalkan nutrisi yang sempurna buat anak anda. Ingat ya ibu!

2# Kacau susu, bukan goncang

Sebenarnya, anda lebih digalakkan untuk mengacau susu dengan sudu. Ini kerana mengoncang akan menyebabkan udara berlebihan hadir dalam botol. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan perut anak akan diisi dengan angin yang lebih banyak. Sekiranya anak tidak disendawa dengan betul, dia akan menjadi lebih meragam.

3# Simpan susu dalam bekas kedap udara

Bagi ibu-ibu yang lebih gemar membeli susu dalam bekas refill, pastikan anda penyimpan susu dalam bekas kedap udara. Malah, anda juga perlu menyimpan susu di tempat yang kering dan tidak panas kerana kelembapan dan suhu yang tinggi boleh menyebabkan kualiti susu tepung tersebut rosak. Sebelum mengisi susu dalam bekas, pastikan anda bilas bekas tersebut terlebih dahulu dan lap dengan kering bagi mengelakkan pencemaran silang (cross contamination). Jangan lupa untuk tukar scoop susu sekerap yang mungkin juga!

4# Botol perlu bersih dan disterilkan

Sebenarnya, lebih digalakkan untuk anda membasuh botol susu anak dengan menggunakan produk pencuci botol khas berbanding pencuci botol biasa kerana ia dapat membuang kerak susu serta mengurangkan bau dengan lebih baik. Basuh botol dan puting dengan air panas dan pastikan anda mencuci setiap permukaan dengan betul bagi menghilangkan saki-baki yang mungkin terlekat pada botol. Selepas membasuh, digalakkan untuk mensterilkan setiap botol dan puting bagi mengurangkan bakteria.

5# Periksa tarikh luput susu

Ketika membeli susu formula untuk anak, pastikan anda memeriksa tarikh luput susu terlebih dahulu. Malah anda juga perlu pastikan susu tersebut dibeli daripada pembekal yang sah. Ini kerana susu tiruan amat membahayakan buat anak yang mana ia boleh membuatkan anak muntah, lesu, dan timbul bintik-bintik kemerah-merahan. Lakukan research anda dan pastikan anda dapat bezakan mana yang asli dan mana yang tiruan.

Susu Rumusan Enfagrow A+ MindPro Baru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbekalkan kepakaran menjangkau lebih 100 tahun dalam nutrisi kanak-kanak, Enfagrow A+ terus merevolusikan tawaran produk mereka dengan memperkenalkan susu rumusan Enfagrow A+ MindPro baharu, satu-satunya jenama dengan kandungan Membran Globul Lemak Susu (Milk Fat Globule Membrane, MFGM) & kandungan DHA* tertinggi.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil didapati memberi kesan perlindungan menentang jangkitan gastrousus, mengurangkan 35% bilangan hari deman. Digabungkan dengan DHA, MFGM bertindak secara bersama untuk memberi dwimanfaat dalam membantu menyokong perhubungan sel-sel otak otak kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pembinaan imuniti bermula dengan pemakanan yang betul. Lebih 70 hingga 80 peratus sel-sel imun didapati di dalam sistem penghadaman badan dan pemakanan dengan nutrien yang sesuai boleh membantu mengawal atur fungsi imun, mengurangkan risiko jangkitan dan meningkatkan tindak balas keradangan apabila badan kita diserang oleh patogen atau virus,” kata Dr. Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Ara Damansara.

“Dalam erti kata yang mudah, kurang hari sakit bermakna anak-anak sihat, cergas dan cerdas, dengan lebih banyak masa pembelajaran dan lebih banyak sambungan sel-sel otak untuk menyokong proses pembelajaran mereka. Selain pemakanan, ibu bapa boleh terus membimbing anak-anak mereka untuk menyemaikan tabiat gaya hidup sihat seperti rehat secukupnya, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga kebersihan untuk membina sistem imun yang kuat,” tambah Dr Rakhee.

Enfagrow A+ MindPro kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya besar utama, kedai ubat Cina, gedung produk bayi dan kedai dalam talian rasmi Enfagrow A+ termasuk Lazada. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke www.enfagrow.com.my/ dan Enfagrow Facebook.

Rujukan:

*Dibandingkan dengan jenama-jenama utama susu rumusan untuk kanak-kanak di pasaran pada Ogos 2020. Enfagrow A+ membekalkan 120mg DHA dalam 3 hidangan sehari. Untuk Langkah 3 dan Langkah 4 sahaja.

  1. Kuratko CN, et al. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients. 2013;5(7):2777–28103
  2. University of Virginia. STUDY: IMMUNE SYSTEM HAS DRAMATIC IMPACT ON CHILDREN’S BRAIN DEVELOPMENT. (news.virginia.edu/content/study-immune-system-has-dramatic-impactchildren-s-brain-development)
  3. Vighi G, Marcucci G, SensiL et al. Allergy and the gastrointestinal system. Clin Exp Immunol 2008; 153:3-6.
  4. McKenzie C, Tan J, Macia L et al. The nutrition gut microbiome physiology axis and allergic diseases. Immunol Rev 2017, 278:277-295.
  5. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioural regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752. (www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via%3Dihub)
  6. Connye N. Kuratko, Erin Cernkovich Barrett, Edward B. Nelson, and Salem Norman, Jr. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients, 5(7): 2777–2810 (2013).
  7. Hussain, G., Wang, J., Rasul, A. et al. Role of cholesterol and sphingolipids in brain development and neurological diseases. Lipids Health Dis 18, 26 (2019).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis Hanini