X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Dengan Jualan Susu Formula Murah Di Pasaran, Takut Susu Tiruan!

5 Feb, 2021
Hati-Hati Dengan Jualan Susu Formula Murah Di Pasaran, Takut Susu Tiruan!

Ada beberapa cara untuk anda mengesan susu bayi tiruan yang ada dijual di pasaran. Jika tersalah minum, ia boleh menyebabkan keracunan dan alahan pada bayi.

Memang ramai orang yang mengambil peluang untuk membuat keuntungan lagi-lagi disaat-saat sukar ini. Jadi ibu ayah semua jangan terpedaya sekiranya susu formula anak dijual murah di pasaran. Bimbang ia kemungkinan besar adalah susu tiruan!

Seorang ibu, Seila Nawi, ada berkongsi pengalaman buruk yang menimpa bayinya. Mikael (1 tahun) muntah-muntah setelah meminum susu tiruan yang dibeli Seila di sebuah kedai.

Selain muntah-muntah, muka Mikael juga dipenuhi bintik kemerahan. Kejadian ini berlaku pada bulan Oktober 2017, namun ketika itu penyebabnya masih tidak diketahui.

Bimbang kejadian yang sama akan berlaku waktu ini, kerana di musim orang ramai hilang mata pencarian dan ibu ayah pula terkesan untuk beri anak-anak makan dan minum. 

Kes anak minum susu tiruan

Seila menulis kisahnya dalam sebuah posting Facebook:

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih. Ini bukan silap syarikat susu jenama X, saya faham.

Saya telah melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap:

  1. Syarikat susu berkenaan dan pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu
  2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Oktober 2017, anak saya, Mikael, keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Dia dimasukkan ke dalam wad lebih 2 minggu.

Puncanya masih tidak diketahui sehinggalah keluar berita tentang susu tiruan semalam.

Mikael mula muntah-muntah sehingga 9 kali sehari!

susu tiruan - fb

Kenapa sampai 9 kali, saya biarkan sajakah? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.

Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab saya mahu update suami saya yang jauh dari kami.

Tengahari itu, muka dan badan Mikael mula kemerah-merahan dan panas. Setiap kali keluar merah-merah itu, saya mandikan dia; demamnya on dan off.

Menjelang jam 3pm, Mikael sudah lembik, terbaring, susu pun dia tidak mahu minum. Jadi, saya tidak berfikir panjang, saya terus bergegas ke hospital terdekat.

Curiga ingatkan alergi makanan, bukan kerana susu tiruan

Saya langsung tidak menyangka yang ia disebabkan susu. Doktor ada interview saya, dia hanya bertanyakan apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael.

Atau, jika Mikael ada termakan apa-apa saja dari persekitaran dalam rumah (disebabkan dia sudah mula merangkak ke sana sini, puas saya berfikir, saya tiada jawapannya).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad disebabkan dehidrasi dan untuk pemeriksaan lanjut. Masuk ke wad, sudah diberi drip, Mikael langsung tidak mahu susu atau makan.

Selepas itu, Mikael mula cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu.

Sangat busuk sehinggakan nurse tidak dapat menahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada hari itu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk ujian alahan, result semuanya OK untuk Mikael, tiada apa-apa alergik.

Setiap najis telah diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan untuk puncanya.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam. Malah, merah-merah di seluruh muka dan badannya itu, sekejap ada sekejap hilang.

Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dengan prosedur antibiotik.

Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ini untuk memasukkan bermacam-macam ubat pada Mikael yang masih bayi.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tidak bagi Mikael sebarang solid food (iyalah, doktor sangka ia mungkin alergik dari makanan tambahan) TETAPI Mikael still minum susu formula jenama X. 

Yalah, siapa sangka ada susu bayi tiruan? Lagipun Mikael bukan baru minum susu itu, dia sudah memakannya beberapa bulan sebelum itu.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Selepas 2 minggu lebih, sebab dan puncanya masih tidak diketahui, Mikael sudah nampak sedikit aktif, saya minta untuk keluar dari wad.

Balik rumah, sudah ada perubahan pada Mikael, jauh lebih baik (sebab susu formulanya pun sudah dibeli pek baru (beli dari kedai lain).

Susu yang dibeli sebelum itu sudah pun habis; HABIS saya bagi dia minum.

Nasihat untuk para ibu tentang susu tiruan

Ibu-ibu yang masih mahu teruskan anak mereka dengan susu formula, anda boleh membelinya dari AEON & TESCO dulu.

Elakkan daripada membeli daripada kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka isytiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya sudah tukarkan Mikael dengan susu lain selepas pengalaman pahit ini.

Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda seperti saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawa anak anda ke hospital.

Ibu ayah, bagaimana nak mengesan susu tiruan?

susu bayi tiruan enfalac

Selepas isu susu bayi tiruan mula tular di Malaysia, syarikat pengeluar susu terbabit ada mengeluarkan kenyataan rasmi di akaun FBnya.

Syarikat itu berusaha untuk memastikan yang para pengguna tidak terus tertipu dengan produk susu bayi tiruan yang ada dijual di pasaran semasa.

Dalam kenyataannya itu, syarikat pengeluar susu terbabit telah menerangkan cara untuk membezakan antara susu asli keluarannya dengan susu bayi tiruan.

  1. Bungkusan susu keluaran syarikatnya adalah sedikit kembang, dan bukannya penyek seperti yang ada pada bungkusan susu tiruan.
  2. Bungkusan asli tersebut juga tidak mempunyai lipatan tajam yang jelas di kedua-dua hujung bahagian bungkusan seperti mana yang ada pada bungkusan tiruan.

Selain daripada petunjuk khas tentang bungkusan susu tiruan, ada beberapa cara tambahan lain untuk anda mengesan susu bayi tiruan:

  1. Jika anda sudah biasa membeli susu bayi sesuatu jenama dan anda perasan bungkusan baru mempunyai warna tepung susu yang berbeza
  2. Jika anda perasan bau tidak enak yang keluar dari tepung susu yang anda baru beli
  3. Gunakan aplikasi MyFitnessPal untuk menyemak kod bar pada produk bagi memastikan keasliannya.

susu tiruan

Jika sudah terbeli susu tiruan, apa nak buat?

Menurut syarikat susu berkenaan, anda boleh menghubungi care line mereka di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad, 9am-9pm) untuk membuat laporan dan menggantikan produk baru.

Secara amnya, produk susu di pasaran masih lagi selamat. Cuma kita sebagai ibu ayah, dan pengguna, perlu lebih berwaspada.

Selagi kita membelinya di pasaraya besar seperti Tesco, AEON dan Mydin, ia selamat.

Cumanya, berhati-hati jika anda membeli produk susu bayi yang dijual di kedai ubat atau kedai serbaneka, lagi-lagi jika terdapat sebarang penawaran harga yang amat murah.

Sumber: Norseila Nawi FB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Susu Formula Tahap 3 Terbaik Untuk Anak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Hati-Hati Dengan Jualan Susu Formula Murah Di Pasaran, Takut Susu Tiruan!
Kongsikan:
  • Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas

    Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas

    Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.