Anak Picky Eater? 8 Susu Untuk Tambah Selera Makan Ini Terbaik Untuk Si Manja Anda Yang Sedang Membesar
Pentingnya ibu ayah tahu tanda awal picky eater, pemilihan susu, senarai susu tambah selera makan, dan tips untuk atasi anak susah makan.
Apabila anak mulai makan, pasti ibu ayah mula rasa teruja untuk beri si manja cuba pelbagai makanan, sampaikan si ibu sanggup menyediakan pelbagai makanan yang dimasak sendiri untuk menjamin kesihatan anak. Namun apabila si manja mula bertindak memilih makanan, pastinya parents mulai risau dan mula mencari jalan penyelesaian, termasuklah mendapatkan susu untuk tambah selera makan!
Isi Kandungan
Ciri-ciri Anak Picky Eater Yang Perlukan Susu Tambah Selera Makan
Cerewet makan ditakrifkan sebagai keengganan untuk mencuba makanan baru sama sekali, di samping mempunyai pilihan makanan yang kuat dan menghindari beberapa makanan biasa. Walaupun corak makan yang cerewet mungkin sukar dilihat pada mulanya, namun ada beberapa ciri-ciri yang boleh diperhatikan seperti:
- tidak makan pada waktu
- gemar bermain dengan makanan
- memilih makanan
- tidak suka sayur dan buah-buahan
- makan dalam kuantiti yang sedikit
- tidak berminat untuk mencuba makanan baru.
Memilih Susu Tambah Selera Makan Yang Sesuai Untuk Si Anak Cerewet Makan
Mujurlah dengan teknologi terkini, terdapat beberapa variasi susu tambah selera makan dengan formulasi khas untuk membantu masalah picky eater. Anak seharusnya mendapat khasiat yang cukup bagi usia mereka melalui pemakanan, dan susu formula yang sesuai dapat membantu si manja mendapat nutrien yang sepatutnya, malah ada yang dapat membuatkan anak lebih berselera!
Sebelum membeli susu untuk tambah selera makan anak, pastikan ada beberapa perkara berikut:
- Mengandungi nutrien yang penting dan seimbang untuk perkembangan anak yang tidak mengamalkan pemakanan berkhasiat.
- Membantu anak berselera makan.
8 Susu Tambah Selera Makan Yang Terbaik Untuk Si Manja Picky Eater
Di pasaran Malaysia, terdapat 8 jenama susu formula khusus untuk si manja yang cerewet makan. Mari kami bantu anda untuk memilih yang bersesuaian untuk anak anda, semoga ikhtiar ini berkesan bagi mengembalikan selera anak.
ASCENDA Milk Formula Powder
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Menyokong Perkembangan Kanak-Kanak
Ascenda yang dahulunya S-26 PE Gold sesuai untuk digantikan dengan apa jua susu rumusan untuk kanak-kanak membesar atau susu lembu yang diminum oleh si manja.
Sebaik sahaja anak tidak lagi cerewet makan, anda boleh bertukar kepada S-26 Progress Gold and S-26 Promise Gold untuk melengkapkan dietnya yang sihat.
S-26 PE Gold juga mengandungi vitamin C, D, E, Asid Folik, Zat Besi, Kalsium dan Zink, yang sering kekurangan di dalam diet pemakanan harian si comel yang cerewet makan
Apa yang kami suka :
- Biofactors System – satu pendekatan saintifik dalam menyeimbangkan kombinasi dan kuantiti nutrien penting yang menyokong lima aspek perkembangan si comel. Perkembangan Mata, Minda, Tumbesaran, Pembelajaran dan Perkembangan Fizikal
- Penambahan DHA, AA, Lutein, Taurine dan Choline menjadikan anak kuat dan melindungi mata.
- Mengandungi Oligofruktosa, serat makanan larut
- Dirumus dengan nutrien yang sama seperti yang terdapat dalam diet seimbang seperti protein, tenusu bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan hidangan harian yang lain.
Pediasure Complete
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Perisa Kegemaran Kanak-Kanak
Susu ini telah dipercayai oleh para ibu di seluruh dunia apabila berkaitan anak yang cerewet tentang pemakanan. Pediasure diformulasikan secara saintifik untuk menyediakan 100 peratus atau lebih keperluan protein, 25 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan otak dan pembesaran anak.
Ia bukan sahaja bagus untuk menambah berat anak malah meningkatkan ketinggian agar seiring dengan usia anak.
Apa yang kami suka :
- Mengandungi FOS, probiotik dan minyak MCT (Medium chain triglicerides).
- Mengandungi kultur hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus, yang merupakan bakteria baik yang membantu memperbaiki sistem usus.
- Taurine, Choline dan Omega 3 & 6 yang menyokong perkembangan minda.
- Perasa vanila dan coklat
- Bebas laktosa dan gluten.
Karihome Step 3 Goat’s Milk Growing Up Formula
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Jenis Susu Kambing
Karihome merupakan susu kambing formula dari New Zealand yang berkualiti tinggi ekoran penghasilannya melalui prosedur yang ketat bermula daripada pengumpulan susu di ladang hingga ke pembuatan akhir iaitu pembungkusan produk.
Susu Karihome juga dihasilkan di ladang sendiri di New Zealand dengan sistem ragut bebas yang unik. Hal itu membolehkan susu yang dihasilkan kambing kaya dengan kandungan bioaktiviti semula jadi seperti asid linoleik konjugat, kasein fosfopeptida, asid sialik dan nukleotida.
Membantu dalam menyediakan khasiat yang mencukupi kepada anak-anak muda yang cerewet makan, susu formula tumbesaran oleh Karihome ini dirumus untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak muda dalam lingkungan umur satu hingga tiga tahun.
Direka khusus untuk memenuhi permintaan pemakanan yang lebih baik untuk kanak-kanak kecil dan kanak-kanak yang sedang membesar, susu formula ini tidak mempunyai perisa atau pewarna tiruan.
Tambahan lagi, anak pasti sukakannya kerana susu ini tidak berbau hamis dan memberi kanak-kanak rasa yang mereka gemari di samping nutrisi yang mereka perlukan.
Apa yang kami suka :
- Baik untuk perkembangan otak dan kesihatan mata.
- Mudah dihadam, mengurangkan potensi muntah dan refluks untuk memastikan nutrien disimpan dan diserap.
- Mengambil tiga cawan susu Karihome Step 3 Growing Up akan membekalkan anak anda dengan 13 vitamin dan 12 mineral.
Dumex Dugro Sure
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Harga Berpatutan
Susu Dugro Sure di keluarkan khas untuk membantu anak-anak kita yang culas makan ini mencapai tumbesaran yang sepatutnya sesuai unuk anak berusia 1 hingga 6 tahun.
Susu tepung ini mirip dengan susu Pediasure Complete tetapi pada harga lebih murah. Jadi sekiranya anda sedang mencari jenama susu formula untuk menaikkan berat badan bayi, bolehlah cuba salah satu daripada 2 jenama yang kami sebutkan tadi.
Apa yang kami suka :
- Diformulasikan dengan nutrien tumbesaran tinggi (Protein, Kalsium, Vitamin D, dan Zink).
- Tahap serat dan DHA yang lebih tinggi bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak yang optimum.
- Tanpa sukrosa bagi membantu mengurangkan risiko yang menyebabkan kerosakan gigi.
Puremil Full Cream Milk Powder
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Jenama Lokal
Sudah berada di pasaran sejak tahun 2017, ia dihasilkan oleh kilang bertaraf Good Manufacturing Practise (GMP) di Perak. Susu penuh krim ini berupaya meningkatkan selera makan anak.
Mempunyai kandungan DHA+EPA dan Omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata serta tinggi kandungan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D.
Susu ini juga dihasilkan tanpa gula tambahan mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak dan membuatkan anak-anak lebih kenyang dan kurang minum susu dan kembali berselera untuk makan.
Apa yang suka :
- Menjimatkan kos membeli susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).
- Mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam.
- Memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh anak berusia 1-3 tahun seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.
- Sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu.
Similac Intelli-Pro Step 3
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Untuk Perkembangan Otak
Similac Intelli-Pro Step 3 adalah pilihan terbaik untuk ibu bapa yang mementingkan perkembangan optimal anak-anak mereka. Produk ini dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, menyediakan nutrisi lengkap yang mereka perlukan untuk tumbesaran dan perkembangan minda yang cemerlang.
Dengan Intelli-Pro, yang menggabungkan prebiotik dan probiotik, sistem pencernaan anak anda akan berfungsi dengan lebih baik, menjadikan mereka lebih sihat dan bertenaga.
Apa yang suka :
- Diperkaya dengan DHA, lutein, dan vitamin E, nutrien penting untuk perkembangan otak.
- Pembelian secara bundle lebih jimat.
- Rasa yang lazat dan disukai oleh kanak-kanak.
- Bebas daripada pemanis tiruan jadi anak tidak akan bertambah picky eater.
Metabolic Junior
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Berkualiti Tinggi
Metabolic Junior adalah pilihan ideal untuk ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat nutrisi yang lengkap dan seimbang dari usia 1 hingga 10 tahun, bagi mencapai pertumbuhan optimal.
Ia diperbuat daripada serbuk susu kambing secara semula jadi kaya dengan kasein A2, bukan kasein A1 yang bermasalah dari susu lembu. Jadi, sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak yang alergi terhadap susu lembu.
Apa yang suka :
- Nutrisi dari sumber semula jadi yang berkualiti tinggi.
- Mudah dibancuh, risiko perut kembung rendah.
- Diperkaya dengan DHA, ARA, lutein, minyak borage, prebiotik, dan probiotik.
- Bebas Gluten & A1 Beta-Casein mengurangkan risiko dermatitis atopik
Ostricare Step 3
Susu Tambah Selera Makan Terbaik Susu Premium
Antara susu tambah selera makan anak yang menjadi pilihan ibu ayah adalah Ostricare jenama susu formula premium dari Perancis yang dirumus khas untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan si manja.
Ia memastikan anak anda mendapat nutrisi terbaik dari Perancis agar dapat membantu mereka membesar dengan sihat dan cerdas.
Apa yang suka :
- Menyokong perkembangan mental dan fizikal.
- Kandungan FOS & GOS meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan kesihatan usus,
- Tiada sukrosa tambahan.
- Mengandungi Nukleotida yang penting untuk sistem imun yang kuat.
Perbandingan Harga Susu Tambah Selera Makan
Jenama | Harga | Berat (kg) |
S-26 PE Gold For The Picky Eater | RM139.99 | 1.6kg |
Pediasure Complete | RM75.00 | 600g |
Karihome Step 3 Goat’s Milk Growing Up Formula | RM1134.90 | 900 gram |
Dumex Dugro Sure | RM60.90 | 1.2 kilogram |
Puremil Full Cream Milk Powder | RM45.00 | 500 gram |
Similac Intelli-Pro Step 3 | RM108.90 | 1.8kg |
Metabolic Junior | RM106.00 | 700g |
Ostricare Step 3 | RM87.50 | 900g |
Cara Atasi Anak Susah Makan Selain Susu Tambah Selera Makan
Jika anda antara ibu yang berdepan situasi anak susah makan, selain memberi susu tambah selera makan, terdapat cara lain untuk memujuk anak makan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut. Selamat mencuba!
- Hias makanan – Untuk mengatasi anak susah makan, cuba ambil pendekatan yang berlainan dari yang biasa. Cuba hiaskan makanan. Kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka teddy bear atau sebarang karakter kartun yang diminatinya, anak pasti suka.
- Variasikan makanan berkhasiat – Kalau anak anda sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar atau keju cair. Contohnya, brokoli yang bersalut keju cair. Pasti anak- anak anda akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. Kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah.
- Makan bersama-sama dengan anak – Kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayur? Anda sendiri perlu tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda. Pastikan anda makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda juga terikut-ikut cara anda.
- Jangan paksa anak – Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut. Bertolerasi adalah cara yang terbaik
- Kurangkan gangguan – Cuba jadikan makanan sebagai fokus pada waktu hidangan. Tutup sebarang gajet, siaran televisyen, dan jauhkan permainan ketika makan.
- Tekstur berbeza – Kanak-kanak juga mempunyai keinginan yang berbeza. Ada yang sukakan makanan basah dan ada yang gemarkan finger food. Pastikan anda hindari makanan yang tidak sihat ketika memberikannya makan. Tawarkan pilihan sihat dan bantu kembangkan selera mereka dengan cara yang baik.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Susu Formula Terbaik Untuk Anak Langkah 3
Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja
Baca juga: Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat