Risau Bila Melihat Anak Sukar Buang Air Besar? Boleh Cuba Beri Anak Susu Untuk Bayi Sembelit Ini Untuk Atasinya

Kali ini kami kongsikan pilihan susu untuk bayi sembelit yang mungkin boleh bantu ibu ayah di luar sana yang mempunyai anak ada masalah sembelit.

Sembelit adalah masalah yang sering dialami ibu ayah bila anak sudah mula makan makanan pejal. Selain perubahan diet, boleh jadi salah satu punca anak sembelit disebabkan pertukaran susu ibu kepada susu formula. Jadi, penting untuk memilih susu untuk bayi sembelit.

Pentingnya Pemilihan Susu Untuk Bayi Sembelit

Sembelit terjadi apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan sukar membuang najis sehingga terpaksa meneran. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Bagi bayi pula, sudah pasti ia berkaitan dengan perubahan makanan pejal dan susu.

Jadi, pemilihan susu boleh membantu dalam mengatasi masalah anak sembelit. Ini kerana susu adalah keperluan utama untuk bayi di bawah usia dua tahun. Tidak dinafikan susu ibu adalah yang terbaik tetapi jika anak sudah mula berusia setahun, ibu dah boleh tukar kepada susu formula tau!

Disebabkan itu, pemilihan susu formula amat penting bagi memastikan anak kenyang kerana susu tinggi kalori. Kali ini kami kongsikan pilihan susu untuk bayi sembelit yang mungkin boleh membantu ibu ayah di luar sana untuk pencarian susu si manja. Jadi apakah pilihan susu yang sesuai untuk anak anda?

8 Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik

Kami kongsikan 8 pilihan susu untuk bayi sembelit yang boleh membantu ibu ayah mengatasi masalah anak sembelit dengan segera. 

Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik
Novalac Step 1(0-12 months) Infant Formula
Terbaik Untuk Masalah Sembelit
Beli di Shopee
Mamil Step 3
Terbaik Meningkatkan Pergerakan Usus
Beli di Shopee
Frisolac Comfort
Terbaik Untuk Masalah Pencernaan Ringan
Beli di Shopee
Similac total comfort
Terbaik Untuk Melembutkan Najis Bayi
Beli di Shopee
Snow NeoBaby
Terbaik Untuk Sistem Pencernaan Bayi
Beli di Shopee
Enfalac A+ Gentlease
Terbaik Untuk Bayi Perut Sensitif
Beli di Shopee
Nestle Nan Lactose Free
Terbaik Sebagai Pelengkap Nutrisi Bayi
Beli di Shopee
Dutch Baby
Terbaik Harga Murah
Beli di Shopee

Novalac IT

Terbaik Untuk Masalah Sembelit

Susu Novalac IT adalah antara susu yang menjadi pilihan ibu bapa. Ia diformulasikan khas untuk bayi yang mempunyai masalah sembelit dan kembung perut. Ini kerana mengandungi campuran nutrien yang lengkap untuk membantu melancarkan pergerakan makanan melalui usus bayi. Sesuai untuk bayi berusia 0-12 bulan.

Apa yang kami suka?

  •  Mengurangkan sembelit.
  • Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
  • Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
  • Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan di manja.
  • Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.

Dumex Mamil

Terbaik Meningkatkan Pergerakan Usus

 

Dumex Mamil diformulasikan untuk membantu mengekalkan persekitaran usus anak dengan sihat. Ini kerana, susu ini mengandungi prebiotik iaitu sejenis serat makanan yang dapat mengelakkan anak mengalami sembelit berulang kali. Bukan itu sahaja, Dumex Mamil tidak mengandungi sukrosa dan mengandungi tahap DHA yang tinggi. Sesuai diminum untuk anak berusia satu hingga tiga tahun.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi prebiotik yang membantu meningkatkan pergerakan usus.
  • Menyokong lapisan perlindungan usus yang lebih kuat.
  • Menggalakkan najis yang lebih lembut untuk anak anda.
  • Meningkatkan bilangan bakteria baik. 

Frisolac Comfort

Terbaik Untuk Masalah Pencernaan Ringan

Susu baby Frisolac Comfort adalah satu lagi susu rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan ringan seperti muntah, sakit perut dan sembelit. Mengandungi kandungan seperti gam kacang carob, sejenis serat yang memekatkan susu dan melegakan gejala muntah, sembelit dan sakit perut pada bayi. Susu Frisolac Comfort ini boleh digunakan seawal bayi baru lahir.

Apa yang kami suka?

  • Buatan Belanda.
  • Sesuai untuk bayi berusia dari 0 hingga 12 bulan.
  • 0% sukrosa dan perisa tambahan.
  • Susu baby khas dengan NOVAS ini mempunyai tekstur yang halus dan ringan.
  • Menggunakan teknologi LocNutri™ supaya pemakanan terkawal.
  • Kaya dengan DHA, Omega 3, Pro & Pre Biotics, Protein, Vitamin dan banyak lagi.

Similac Total Comfort

Terbaik Untuk Melembutkan Najis Bayi

Walaupun jumlah DHA dalam susu formula adalah penting, penyerapan DHA memainkan peranan yang sama pentingnya. Justeru, susu bayi Similac Total Comfort Plus ini diformulasikan dengan rumusan UVOB untuk menyokong pengekalan DHA maksimum. Kajian mendapati bahawa susu formula tanpa UVOB mempunyai kehilangan DHA dalam najis yang lebih tinggi. Kandungan campuran minyak sayuran unik di dalam susu ini membantu melembutkan najis dan membuatkan si manja tidak lagi sembelit.

Apa yang kami suka?

  • Susu formula bayi yang mudah dihadam dan lembut.
  • Sesuai untuk bayi yang sukar serasi dengan formula berasaskan susu lain.
  • Terbaik untuk mengatasi masalah sensitivit bayi terhadap laktosa.

Snow Neobaby

Terbaik Untuk Sistem Pencernaan Bayi

Susu Snow ini lengkap dengan nutrien yang diperlukan. Susu Neo Baby dari Snow buatan Australia ini mengandungi oligosakarida (Galactosyllactose) yang mempunyai dua fungsi iaitu menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria dalam usus untuk sistem pencernaan yang sihat dan membantu mengurangkan sembelit pada bayi.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk bayi untuk bayi berumur 0-9 bulan.
  • Mengandungi Oligosakarida (Galactosyllactose) 
  • Membantu mengurangkan sembelit pada bayi

Enfalac A+ Gentlease

Terbaik Untuk Bayi Perut Sensitif

Susu Enfalac A+ Gentlease ini membantu melengkapkan nutrien seimbang yang diperlukan untuk kanak-kanak. Ia adalah susu formula bayi dengan protein terhidrolisis separa untuk bayi berusia 0-12 bulan.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi 360º DHA PLUS menyediakan nutrisi seimbang.
  • Menggunakan teknologi PHP (Protein Hydrolyzation Process).
  • Membantu sistem pencernaan dengan baik.
  • Mengurangkan masalah sembelit.

Nestle Nan Lactose Free 

Terbaik Sebagai Pelengkap Nutrisi Bayi

 

Formula NAN® Lactose Free sesuai untuk bayi dirumus khas untuk membantu keperluan nutrisi bayi yang mengalami intoleransi laktosa dan cirit-birit. Ia boleh digunakan dari lahir hingga 36 bulan. Susu NAN diformulasi khas untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap laktosa. Ia mengandungi probiotik Lactobacillus untuk membantu memperbaiki fungsi usus dan mengurangkan risiko sembelit.

Apa yang kami suka?

  • Susu terbaik untuk bayi
  • Sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap laktosa
  • Membantu menambah keperluan nutrisi bayi
  • Mengurangkan risiko sembelit.

Dutch Baby 

Terbaik Harga Murah

Walaupun susu Dutch Baby berharga murah, tidak bermaksud susu ini tidak bagus. Bagi ibu bapa di luar sana ingin mengelakkan anak anda dari mengalami masalah sembelit dengan harga yang lebih murah, kami sarankan menggunakan susu formula ini.
 
Susu Dutch Baby ini mengandungi DHA, Kalsium, Vitamin D, AA dan protein serta terdapat nutrien penting lain yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Apa yang kami suka?

  • Membekalkan khasiat yang diperlukan anak mengikut usia.
  • Harganya berpatutan dan mampu milik.
  • Mudah di dapati di kedai kedai kecil dan pasaraya di seluruh negara. Dari bandar besar hinggalah bandar kecil dan kawasan pedalaman.

Perbandingan Harga Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik Di Pasaran

Jenama Harga (RM) Berat
Novalac RM62.00 800g
Mamil RM34.90 600g
Frisolac Comfort RM51.50 400g
Similac total comfort RM68.99 820g
Snow Neobaby RM92.99 900g
Enfalac A+ Gentlease RM56.60 370g
Nestle Nan Lactose Free  RM22.00 400g
Dutch Baby  RM27.90 850g

Punca Bayi Mengalami Sembelit

Masalah sembelit yang berlaku pada bayi atau kanak-kanak di bawah usia satu tahun boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti;

1. Kesukaran menghadam susu formula

Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit terutamanya bayi yang baru bertukar dari susu ibu kepada susu formula. Jadi ibu ayah perlu ‘bereksperimen’ dalam hal ini dengan mencuba beberapa jenis susu sehingga jumpa susu yang sesuai untuk anak.

2. Sensitif dengan persekitaran baru

Satu lagi punca yang biasanya kanak-kanak terutama sudah dihantar kepada pengasuh atau taska, mereka ada tabiat menahan dari membuang air besar. Ini kerana faktor tidak selesa membuang air besar di tempat baru.

Apabila terlalu kerap menahan, ini menjadikan masalah sembelit boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak.

3. Anak tidak lagi memakai pampers

Bukan itu sahaja, perubahan tabiat anak tidak lagi memakai pampers membuatkan mereka suka menahan najis juga menyumbang kepada masalah sembelit.

Kenali Tanda Anak Sembelit

Bagi ibu ayah yang baru menimang cahaya mata, mungkin anda agak keliru untuk tentukan sama ada bayi sembelit atau sebaliknya. 

Jadi ini antara tanda anak anda mungkin ada sembelit:

  • Reaksi muka sedang meneran – Sekiranya bayi seperti meneran ketika ingin membuang air besar, namun hanya sedikit sahaja najis yang keluar, ini berkemungkinan dia sedang menghadapi masalah sembelit.
  • Perut kembung – Bagi memastikan bayi mengalami masalah sembelit, ibu-ibu dinasihatkan memeriksa keadaan perut bayi. Jika ia kembung dan terasa agak keras, ia petanda anak berdepan dengan masalah sembelit.
  • Kurang buang air besar – Kekerapan membuang air besar oleh bayi selalunya tidak tetap setiap hari. Sekiranya bayi anda sudah beberapa hari tidak buang air besar dan diiringi dengan najis yang keras, dia mungkin sedang mengalami masalah sembelit.
  • Darah pada najis – Jika ibu perasan ada darah pada najis bayi, ini menandakan bahawa bai telah meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis tersebut sehingga telah mencederakan bahagian duburnya.
  • Enggan menyusu atau makan – Bayi anda mungkin berasa cepat kenyang, tidak mahu makan ataupun menyusu disebabkan perut yang sudah penuh.

Bentuk Dan Warna Najis Bayi Sembelit

Bentuk najis anak anda boleh menunjukkan sama ada pergerakan usus dan sistem penghadaman dan pencernaannya sihat atau tidak. Secara umumnya, najis yang normal berwarna coklat, berbentuk lonjong, dan mudah diteran, dengan tekstur yang tidak terlalu lembut atau keras.

Carta najis Bristol menjelaskan bentuk dan tekstur najis yang akan membantu mengenal pasti jika pergerakan usus anak anda normal atau jika anak mengalami sembelit atau cirit-birit.

Warna najis yang luar biasa mungkin menunjukkan masalah kesihatan atau hanyalah kesan daripada makanan tertentu.

  • Coklat/perang ialah warna normal bagi najis. Warna itu terhasil daripada bahan di dalam hempedu iaitu bilirubin, yang terbentuk apabila sel darah merah yang lama terurai.
  • Sedikit warna hijau dalam najis adalah normal. Apabila najis berwarna hijau secara keseluruhannya, ini mungkin bermakna banyak makanan hijau (contohnya, bayam) diambil, atau makanan melalui laluan pencernaan terlalu cepat.
  • Najis berwarna hitam mungkin terjadi akibat pengambilan likuoris, suplemen zat besi, atau ubatan bismut. Jika tidak, ini mungkin tanda terdapatnya pendarahan di bahagian atas salur pencernaan.
  • Najis berwarna putih, kelabu, atau pucat menunjukkan kekurangan hempedu, contohnya kerana pundi hempedu atau salur hempedu tersumbat, atau tiada (selepas pembedahan). Sesetengah ubatan cirit-birit juga menyebabkan najis berwarna putih.
  • Najis berwarna kuning dan berminyak mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Ini mungkin petanda gangguan penyerapan makanan (seperti penyakit coeliac) atau masalah berkaitan penghasilan enzim/hempedu.
  • Najis berwarna merah mungkin petanda berlakunya pendarahan pada bahagian bawah salur pencernaan. Darah merah terang pada najis mungkin disebabkan oleh buasir, kanser di rektum atau ulseratif kolitis. Kes yang kurang serius adalah disebabkan pengambilan makanan berwarna merah, seperti ubi bit, kranberi atau jus tomato.
  • Najis berwarna oren mungkin terhasil daripada makanan berwarna oren yang kaya dengan beta-karotena seperti lobak merah, labu atau ubi keledek manis. Sebab-sebab lain termasuklah salur hempedu tersumbat atau pengambilan ubatan tertentu seperti antasid atau rifampisin (sejenis antibiotik).

Cara Mengatasi Sembelit Anak Selain Susu Untuk Bayi Sembelit

Jika bayi diberikan penyusuan susu badan, diet pemakanan ibu menjadi kunci utama dalam merawat masalah sembelit anak. Walaupun keadaan ini mungkin jarang berlaku, namun bayi mungkin alah terhadap makanan yang ibu makan, kesannya mereka mula mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

Manakala bagi bayi yang diberikan susu formula pula, kaedah rawatan di rumah boleh membantu mengatasi masalah pencernaan ini Antara kaedah rawatan di rumah yang boleh diamalkan oleh ibu ayah termasuklah:

1. Pastikan bayi kekal terhidrat

Adalah penting untuk memastikan bayi anda sentiasa terhidrasi bagi membantu proses pergerakan usus yang kerap. Hal ini kerana apabila tubuh si manja mengalami dehidrasi, ia akan menyerap air daripada usus besar, lalu menyebabkan najis menjadi keras, kering dan sukar untuk disalur keluar.

2. Berikan bayi mandian air suam

Mandian air suam amat berkesan untuk membantu mengeluarkan apa yang tersimpan di dalam perut bayi yang sekaligus meredakan perut daripada ketegangan.

3. Lakukan urutan perlahan

Ibu ayah juga boleh cuba melakukan urutan perlahan pada perut dan abdomen bawah bayi. Cara ini dapat memberikan ketenangan kepada mereka, malah membantu memudahkan pergerakan usus.

4. Galakkan bayi untuk aktif bergerak

Pergerakan yang aktif bagus untuk pencernaan bayi anda. Baringkan bayi secara menelentang dan gerakan kakinya secara bulatan seakan-akan mengayuh basikal.

Selain itu, antara senaman lain yang memudahkan pergerakan usus adalah dengan membengkokkan lutut bayi ke arah dada mereka. Tahan pergerakan tersebut selama 10 saat sebelum meluruskan kembali kaki bayi.

5. Menukar pemberian susu formula

Melakukan sedikit perubahan dalam jenis susu formula yang diberi kepada bayi juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Hal ini kerana adakalanya, terdapat bahan-bahan tertentu di dalam susu formula yang menjadi punca kepada masalah pencernaan bayi anda.

6. Tambahkan makanan tinggi serat

Ibu ayah juga boleh menambah jus buah prun atau pir ke dalam botol susu bayi untuk mencegah sembelit dan cirit-birit. Sekiranya bayi anda sudah mula mengambil makanan pejal, berikan kepada mereka makanan yang kaya serat seperti epal, prun, kacang pis, ataupun bijirin sarapan pagi dengan barli.

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu ayah dalam memilih susu yang tepat untuk mengatasi masalah anak sembelit pada peringkat awal.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Si Manja Kerap Mengalami Sembelit, Doktor Kongsi Petua Mudah Bagi Mengatasinya

Baca juga:  Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

Baca juga:  5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

Penulis

Noorhidayah