6 Syafaat Nabi Muhammad Kepada Umatnya, Cara Mendapatkan Syafaat & Doa Memohon Syafaat

Syafaat Nabi Muhammad adalah pertolongan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya di hadapan Allah SWT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syafaat Nabi Muhammad SAW merujuk kepada anugerah istimewa daripada Allah yang diberikan kepada Rasulullah SAW untuk membantu umatnya di Padang Mahsyar pada hari kiamat nanti.

Allah telah memuliakan Rasulullah bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat dengan memberi keizinan kepada baginda untuk memberikan syafaat kepada umatnya yang layak.

Apa Itu Syafaat Nabi Muhammad

Syafaat bererti memohon atau mengharapkan bantuan di saat memasuki syurga Allah SWT.

Kelebihan ini dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain untuk memberi pertolongan kepada umatnya pada hari perhimpunan di Padang Mahsyar.

Jenis Syafaat Rasulullah SAW Kepada Umatnya?

  1. Syafaat al-Uzma iaitu yang paling agung. Ia secara khusus diberikan kepada Nabi Muhammad SAW di antara seluruh nabi dan rasul yang lain.
  2. Syafaat kedua ialah syafaat Rasulullah kepada kaum yang memiliki sifat kebaikan dan keburukan yang sama rata.
  3. Syafaat ketiga ialah bantuan yang diberikan kepada golongan yang telah diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka agar mereka dimasukkan ke dalam syurga.
  4. Syafaat keempat ialah bagi kalangan mereka yang ditinggikan darjat oleh Rasulullah SAW setelah mereka masuk ke dalam syurga.
  5. Syafaat kelima dikurniakan kepada kaum yang masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab oleh Allah SWT.
  6. Syafaat keenam oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah meringankan seksaan bagi mereka yang selayaknya menerima azab tersebut.

Cara Mendapat Syafaat Nabi

1. Beriman Kepada Allah

Sudah pasti beriman kepada Allah menjadi syarat utama untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah. Ini berdasarkan hadis Nabi:

Manusia yang paling beruntung dengan syafaatku pada hari kiamat adalah yang mengucapkan Laa-ilaaha-illa-llaah (tiada tuhan melainkan Allah) dengan tulus dari lubuk hatinya. – [HR Bukhari 6085].

Mentauhidkan Allah merupakan kunci utama untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah. Ia bukan sekadar ungkapan di bibir tetapi ia harus selari dengan percakapan dan pengakuan dari hati yang ikhlas kepadaNya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Doa Selepas Azan

Ramai dalam kalangan kita yang alpa dengan doa selepas azan. Ini kerana kesibukan kita dalam urusan dunia sehingga menjadikan kita lupa akan kepentingan doa selepas berkumandangnya azan. Sabda baginda Rasulullah:

Barang siapa berdoa setelah mendengar azan:

ALLAHUMMA RABBA HAADZIHID DA’WATIT TAMMAH WASHSHALAATIL QAA’IMAH. AATI MUHAMMADANIL WASIILATA WALFADLIILATA WAB’ATSHU MAQAAMAM MAHMUUDANIL LADZII WA’ADTAH

(Ya Allah. Tuhan Pemilik seruan yang sempurna ini, dan pemilik solat yang akan didirikan ini, berikanlah wasilah (kedudukan yang tinggi di syurga) dan keutamaan kepada Muhammad. Bangkitkanlah dia pada kedudukan yang terpuji sebagaimana Engkau telah janjikan). Maka ia berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat. – [HR Bukhari 579]

3. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi

Sabda Baginda Rasulullah: Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasku. – [HR Tarmizi 446].

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika Allah dan malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda kenapa kita selaku umatnya tidak berselawat ke atas baginda Rasulullah? Maka persoalan ini perlulah ditanyakan kepada diri masing-masing.

4. Perbanyakkan Sujud

Semakin banyak seseorang itu sujud kepada Allah maka makin mudah untuk mendapat syafaat baginda Rasulullah.

Ini kerana apabila kita sujud kepada Allah maka Allah akan kasih dan cinta kepada kita dan Allah akan makbulkan segala permintaan yang kita hajatkan.

Sabda baginda Rasulullah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari Rabi’ah bin Ka’ab al Aslami beliau berkata: Aku pernah tinggal bersama Rasullullah, maka aku pun membawakan air wuduk dan keperluan baginda yang lain, maka baginda pun bersabda:

Mintalah apa yang kamu inginkan, maka aku katakan: Aku minta agar boleh menemanimu di syurga. Baginda Rasulullah pun kembali bertanya: Ada yang lain dari itu? Maka aku katakan: Hanya itu saja, maka Baginda Rasulullah pun bersabda: Kalau begitu, maka bantulah saya (agar Allah memakbulkan permintaan) dengan memperbanyakkan sujud. – [HR Muslim 754].

5. Duduk Dan Sabar Di Bandar Nabi (Madinah Munawwarah)

Peluang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sepatutnya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Ini kerana apabila seseorang menunaikan haji atau umrah maka mereka akan pergi ke Madinah Munawwarah iaitu kota Baginda Rasulullah.

Terdapat sebuah hadis mengenai kelebihan mereka yang tinggal di Madinah dan sabar dengan kesusahannya serta jika mereka meninggal di sana maka akan mendapat syafaat baginda Rasulullah.

Sabda Rasulullah:

Kota Madinah lebih baik bagi mereka jika mereka mengetahuinya. Orang yang meninggalkan kota itu kerana tidak senang kepadanya, maka Allah akan menggantinya dengan orang yang lebih baik daripadanya. Seorang yang sabar tinggal di kota itu dalam kesusahan dan kesulitan hidup, maka aku akan memberinya syafaatku atau menjadi saksi baginya di hari kiamat nanti. – [HR Muslim 2426].

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa Mendapat Syafaat Nabi Muhammad

Ingin mendapat syafaat Rasulullah SAW? Bacalah doa selepas azan.  Antara kelebihan membaca doa selepas azan adalah jaminan mendapatkan syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad SAW kelak di hari kiamat nanti.

Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa “Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,” luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat. (Sahih Bukhari: 614)

Semoga artikel ini bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ceritakan Kisah 25 Rasul Kepada Anak-Anak, Beri Penghayatan Tentang Agama Islam Di Usia Muda

Baca juga: Sambutan Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia: Tarikh Cuti, Hukum Sambutan & Amalan Meraikan Hari Ini

Baca juga:  Selawat Maulidur Rasul/Selawat Nabi Muhammad Bahasa Arab & Rumi Berserta Maksud