Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan tahunan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Selawat Maulidur Rasul adalah antara amalan yang digalakkan bagi meraikan bulan istimewa ini.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.
Teks Selawat Nabi/ Selawat Maulidur Rasul
Teks Selawat Maulidur Rasul Rumi
Berikut dikongsikan panduan selawat Maulidur Rasul :
Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika
Ashraqa’l Badru ‘alaina
Fakhtafat Minhu’l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra’aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori
Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu’s-Sudoori
Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa ‘arusa’l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama’l Qiblataini
Man-Ra’aa Wajhaaka Yas’ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka’s-Saafi’l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori
‘aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da’awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee’a
Bijamee-‘is-Saalihaati
Wa Solaatullah ‘ala Ahmad
‘Adda Tahri-Ris Su-Tuuri
Ahmadul Hadii Muhammad
So-Hibul Wajhil Muniiri
Allahumma Solli Wasallim Wa Baarik Alaih
Maulidur Rasul 2024
Maulidur Rasul 2024 / 1445H adalah pada 12 Rabiulawal (16 September 2023) dan merupakan cuti umum di semua negeri di Malaysia.
Kisah Maulidur Rasul
Maulidur Rasul adalah perayaan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang jatuh pada 12 Rabiulawal, tahun Gajah (570 M) dalam kalendar Islam.
Perayaan ini diadakan di seluruh dunia Islam sebagai tanda penghormatan kepada Rasulullah yang diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ia juga bertujuan untuk memperbaharui kecintaan dan keimanan umat Islam terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW di Makkah disambut dengan beberapa peristiwa luar biasa, seperti padamnya api yang disembah oleh kaum Majusi yang telah menyala selama seribu tahun dan runtuhnya tiang istana Kisra di Parsi. Peristiwa ini dianggap sebagai tanda awal kedatangan seorang nabi yang akan membawa perubahan besar kepada dunia.
Baginda membesar sebagai seorang anak yatim, diasuh oleh datuknya, Abdul Muttalib, dan kemudiannya oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Sejak kecil, Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sifat amanah dan kejujurannya sehingga digelar “Al-Amin” oleh masyarakat Makkah. Pada usia 40 tahun, baginda menerima wahyu pertama dari Allah SWT melalui malaikat Jibril, menandakan permulaan kerasulannya.
Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati hari kelahiran baginda, tetapi juga masa untuk umat Islam mengenang perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan ajaran Islam. Selain itu, ia adalah peluang untuk meneladani akhlak baginda yang penuh dengan kasih sayang, keadilan, dan kesabaran. Dalam konteks hari ini, Maulidur Rasul disambut dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, perarakan, dan pembacaan selawat sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Perayaan ini mengingatkan kita betapa pentingnya ajaran baginda dalam membentuk kehidupan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
Hukum Sambutan Maulidur Rasul
Berdasarkan penjelasan dan rujukan oleh ulama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa hukum sambutan Maulidur Rasul adalah harus dan termasuk dalambid’ah hasanah.
Walau bagaimanapun ia hendaklah dengan meraikan beberapasyarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
- Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW.
- Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin.
Kelebihan Selawat Maulidur Rasul
Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)
Kredit foto: Pasti Al-Hasan Desa PD
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Lazimi Amalan Mulia Rai Maulidur Rasul, Jauhkan Daripada Perkara Bidaah
Baca juga : Doa Selepas Solat Subuh dan Amalan Pembuka Pagi Hari Agar Semua Urusan Dipermudahkan Dan Diberkati
Baca juga : Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!