TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sambutan Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia: Tarikh Cuti, Hukum Sambutan & Amalan Meraikan Hari Ini

4 min bacaan
Sambutan Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia: Tarikh Cuti, Hukum Sambutan & Amalan Meraikan Hari Ini

Sambutan Maulidur Rasul merupakan sambutan yang disambut di seluruh dunia setiap tahun bagi mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia kerana ia adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini bukan sahaja untuk memperingati kelahiran baginda, tetapi juga untuk merenung kembali ajaran-ajaran yang disampaikan oleh baginda serta menanamkan rasa cinta dan hormat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Sambutan Maulidur Rasul
  • Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia
  • Hukum Menyambut Maulid Nabi
  • Amalan Meraikan Maulidur Rasul

Apa Itu Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul, atau lebih dikenali sebagai Maulid Nabi, adalah hari yang memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal dalam kalendar Islam. Hari ini diiktiraf dan disambut oleh umat Islam dengan pelbagai cara yang berbeza, bergantung kepada tradisi dan budaya setempat.

Sambutan ini biasanya melibatkan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, selawat, dan perarakan yang bertujuan untuk mengagungkan serta mengingati jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam.

Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia

Tarikh cuti bagi sambutan Maulidur Rasul 2024 di Malaysia jatuh pada 16 September 2024 bersamaan dengan Isnin (12 Rabiulawal 1444H).  Pada tahun ini, Hari Malaysia dan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW jatuh pada Isnin, 16 September. Bagaimanapun, tiada cuti ganti akan diberikan pada hari berikutnya.

Memandangkan Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama. Namun begitu, Kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain sebagai hari kelepasan, jika perlu.

Hukum Menyambut Maulid Nabi

Hukum sambutan Maulidur Rasul sering menjadi topik perbincangan di kalangan ulama dan umat Islam. Secara umum, majoriti ulama berpendapat bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah harus, selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar syariat Islam.

Tujuan utama sambutan ini adalah untuk mengingat dan menghargai kelahiran serta ajaran Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan bahawa sambutan ini tidak mengandungi unsur-unsur bidaah atau amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul perlu dilakukan dengan cara yang sederhana dan penuh penghormatan.

Antara amalan yang anda boleh lakukan untuk sambutan ini adalah:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

sambutan maulidur rasul, maulidur rasul 2024, hari keputeraan nabi muhammad

Amalan Meraikan Maulidur Rasul

Terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan untuk meraikan Maulidur Rasul. Antaranya ialah:

  1. Majlis Selawat dan Marhaban: Mengadakan majlis selawat dan marhaban adalah antara amalan yang popular semasa sambutan Maulidur Rasul. Selawat adalah ungkapan cinta dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW, dan ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

  2. Ceramah Agama: Menjemput penceramah untuk memberikan ceramah tentang kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad SAW adalah satu lagi cara untuk memperingati Maulidur Rasul. Ceramah ini boleh memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan dan sumbangan baginda dalam Islam.

  3. Perarakan Maulidur Rasul: Di beberapa tempat, perarakan Maulidur Rasul diadakan sebagai tanda penghormatan dan kegembiraan atas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perarakan ini biasanya disertai dengan bacaan selawat dan zikir.

  4. Pembacaan Sirah Nabi: Membaca dan memahami sirah Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang sangat digalakkan sempena Maulidur Rasul. Sirah Nabi mengandungi kisah-kisah kehidupan baginda yang penuh dengan teladan dan hikmah.

  5. Memberi Sedekah: Maulidur Rasul juga adalah masa yang sesuai untuk memperbanyakkan sedekah. Memberi sedekah kepada yang memerlukan adalah salah satu cara untuk mengamalkan ajaran Nabi Muhammad SAW yang sangat menekankan kepentingan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Sambutan Maulidur Rasul adalah peluang yang baik untuk umat Islam memperkukuhkan keimanan dan memperingati jasa serta pengorbanan Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul 2024 akan membawa keberkatan dan kebaikan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Majlis Hari Jadi Di Balai Bomba Terpilih Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik & Percuma, Anak-Anak Pasti Suka!

Baca juga: Lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah

Baca juga: Kanak-Kanak Lelaki Dalam Kartun Baby Shark Dah Remaja! Ini Update Terbaharu Pelakon Cilik Lagu Itu

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Sambutan Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia: Tarikh Cuti, Hukum Sambutan & Amalan Meraikan Hari Ini
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham