Bau Baby Sememangnya Addicted, Apatah Lagi Dengan Baby Shampoo Yang Wangi Dan Menyegarkan Ini!
Syampu untuk bayi haruslah bebas dari bahan toksik dan lembut untuk kulit mereka yang masih fragile!
Rata-rata parents mungkin perasan yang sabun mandi baby atau baby wash kanak-kanak biasanya didatangkan bersama baby shampoo dalam botol yang sama.
Ini kerana ini lebih memudahkan anda untuk membilas si manja hanya dengan satu produk yang sama, apatah lagi bayi dengan tubuh yang kecil jadi produk sebegini pastinya lebih menjimatkan.
Bagi si manja, ibu pastinya ingin memilih syampo bayi yang lembut dan terbaik untuk anak. Berbeza dengan orang dewasa, bayi kecil memerlukan perhatian yang berbeza dalam penjagaan rambut kerana kulit bayi lebih nipis, halus dan sensitif. Oleh itu, penting untuk parents mendapatkan syampu bayi terbaik yang sesuai untuk anak.
Isi Kandungan
Memilih Baby Shampoo Terbaik
Untuk kebaikan si manja, sebelum membeli baby shampoo untuk bayi, parents jangan lupa untuk semak beberapa perkara terlebih dahulu ya.
Pemilihan baby wash head to toe yang bagus untuk si manja yang berusia kurang dari 2 tahun khususnya sebaik-baiknya mematuhi beberapa ciri berikut.
- Kandungan yang selamat untuk bayi
- Lembut dan sesuai dengan kulit halus bayi
- Tidak memedihkan mata
- Boleh pertimbangkan shamppo kandungan bebas pewangi, kerana ia akan kurang rengsa
- Bebas phthalate
- Bebas sulfat yang mana boleh jadi kurang masalah kekeringan
8 Baby Wash Dan Baby Shampoo Bayi Terbaik di Malaysia
Bagi membantu anda membuat keputusan dalam memilih yang terbaik untuk anak, mari kami senaraikan beberapa baby wash bersama syampo yang menjadi pilihan kami.
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo
Terbaik Disyorkan Pakar Paediatrik
Kenapa produk ini hebat?
Jenama yang terkenal di pasaran untuk penjagaan rapi kulit, Cetaphil kini memperkenalkan rangkaian penjagaan baru buat bayi dan kanak-kanak.
Cetaphil Baby Wash ini telah dirumus untuk penggunaan untuk si manja malahan kulit kepala bayi baru lahir yang sensitif.
Cetaphil Shampoo ini tidak mengandungi paraben, minyak mineral, pewarna rambut, formula sabun serta kandungan yang berasaskan haiwan.
Apa yang kami suka:
- Disyorkan oleh pakar pediatrik
- Diperkaya dengan gliserin dan panthenol untuk memelihara serta menyuburkan rambut bayi yang baru lahir.
- Membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut tanpa mengeringkan
- Formula penjagaan lembut untuk kulit halus bayi
- Terbukti secara klinikal membersihkan dengan lembut
- Formula bebas air mata yang direka khusus untuk digunakan setiap hari, dari kepala hingga kaki
- Hypoallergenic dan pH seimbang
- Diuji oleh dermatologi dan pakar oftalmologi
Mama’s Choice Baby Hair and Body Wash
Kenapa produk ini hebat?
Formulasinya adalah daripada gabungan bahan-bahan semula jadi yang membersihkan tanpa membahayakan kulit sensitif si manja anda. Gabungan bahan seperti Chamomile yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit bayi anda dari kerengsaan serta menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Begitu juga dengan haruman Lavender yang dapat memberi rasa tenang dan kesegaran. Bersama dengan ekstrak Sugar Maple Extract yang membantu melembapkan serta mengekalkan keanjalan kulit. Ia juga merupakan sabun mandi baby tear-free jadi, ibu tidak perlu bimbang jika ianya akan memedihkan mata si comel anda!
Kandungan: Aqua, Asid Sitrik, Minyak biji Jojoba, Minyak Kastor (100% tulen), Minyak Lavender, Jus Aloe Vera, Ekstrak bunga Chamomile, Ekstrak Sugar Maple
Apa yang kami suka:
- Formula tidak memedihkan mata
- Bebas dari bahan kimia yang berbahaya
- Diuji secara dermatologi dan klinikal menjadikan ianya selamat digunakan untuk bayi yang baru dilahirkan
- Diyakini halal
- Bebas paraben, bebas sulfat, tear-free, pH seimbang
- Memberi haruman ketenangan yang berpanjangan
- Gabungan Chamomile dan Lavender yang mampu memberi rasa ketenangan dan memudahkan si comel tidur selepas mandian
- Formulasi lembut, sesuai untuk kulit sensitif bayi
AVEENO Baby Wash & Shampoo
Terbaik Untuk Bayi Sensitif
Kenapa produk ini hebat?
AVEENO merupakan jenama yang bukan sahaja mengeluarkan produk untuk orang dewasa, malah juga ada produk khusus untuk bayi juga. AVEENO Baby Wash & Shampoo merupakan produk mandian dan syampu dalam satu produk yang khusus dibuat untuk bayi dengan kulit sensitif.
Penggunaan produk ini tidak akan mengeringkan kulit jadi kulit si manja akan sentiasa terpelihara. Kandungan esktrak oat semulajadi yang berkhasiat akan memberikan ketenangan malah si manja akan wangi dengan haruman ringan yang menenangkan.
Apa yang kami suka:
- Membantu menjaga kulit dan rambut bayi lembut, halus dan berasa lebih sihat
- Hypoallergenic
- Tidak mengandungi sabun dan tidak memedihkan mata
- Bebas dari paraben yang bahaya
- Diformulasi cukup lembut untuk kegunaan seharian bayi dengan kulit sensitif.
Mustela 2-in-1 Baby Cleansing
Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir
Kenapa produk ini bagus?
Produk keluaran Mustela merupakan pengeluar produk penjagaan kulit yang diusahakan dengan kerjasama profesional kesihatan.
Mustela 2-in-1 Baby Cleansing adalah cucian badan dan syampu dengan kandungan avokado yang berfungsi untuk membersihkan tubuh bayi dan rambut si manja dalam satu produk.
Ia boleh digunakan untuk kanak-kanak, bayi, dan bayi baru lahir yang keluar dari NICU.
Produk ini menjadikan kelembapan kulit si manja sentiasa seimbang dan mengandungi ekstrak bahan aktif Avocado Perseose yang menguatkan penghalang kulit dan melindungi modal sel kulit.
Apa yang kami suka:
- Formula tidak memedihkan mata.
- Formulanya disesuaikan khas untuk kulit anak-anak, bahkan bayi baru lahir
- Dengan format tiubnya, gel syampu ini juga sesuai dibawa untuk travel.
- 92% bahan semulajadi.
- Formula ekstra lembut dapat membersihkan rambut dan kulit kepala bayi dengan lembut.
- Gliserin sayuran yang menghidrat dan mencegah penyejatan air
- Surfaktan ringan untuk pembersihan lembut untuk mengelakkan kulit dan kulit kepala bayi kering.
Baby Sebamed Children’s Shampoo
Terbaik Untuk Psoriasis
Kenapa produk ini bagus?
Jenama Sebamed sememangnya salah satu jenama yang terkenal terutamanya apabila mencari produk penjagaan bayi.
Sebamed Children’s Syampoo bukan sahaja dipercayai ramai ibu di Malaysia, malahan produk ini terbukti secara klinikal dapat mempromosikan pengembangan mantel asid dengan p.h 5.5.
Kandungan bahannya juga dapat menggalakkan pertumbuhan rambut dan rambut si manja juga lebih rambut dan mudah diuruskan.
Tambahan lagi, produk ini juga disyorkan untuk membersihkan kulit kepala yang sangat sensitif atau kering, xerosis pikun atau psoriasis.
Apa yang kami suka:
- Bebas dari sebatian nitro-musk, formaldehid, nitrosamin dan dioksana.
- Tanpa pewarna.
- 100% bebas dari sabun dan agen alkali.
- Terutama bahan pembersih lembut untuk pembersihan yang teliti.
- Ekstrak ramuan Chamomile melegakan kegatalan dan menenangkan kulit.
- Tidak memedihkan mata.
- Toleransi kulit yang sangat baik.
Buds Organics Everyday Head To Toe Cleanser
Terbaik Organik
Kenapa produk ini bagus?
Dengan tagline ‘Everyday Organic’, Buds merupakan pengeluar barangan penjagaan bayi yang terkenal dengan pembuatannya yang mengunakan bahan organik dan dirumuskan dengan perhatian khusus kepada keperluan khas bayi.
Organic baby shampoo ini pastinya salah satu syampu terbaik bayi dan mengandungi Aloe Vera & Fructan yang menenangkan dan menghidrat untuk membersihkan dan merawat kulit si manja yang sedang membesar.
Apa yang kami suka:
- Bahan organik.
- Wangian dari minyak essential.
- 2-dalam-1, boleh digunakan sebagai syampu dan sabun badan.
- Tidak terlalu berbuih.
- 99.4% daripada keseluruhan ramuan berasal dari Natural Origin
- 20.0% daripada keseluruhan ramuan adalah dari Pertanian Organik
- 99.9% ramuan tanaman berasal dari Pertanian Organik
Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash
Terbaik Berasaskan Tumbuhan
Kenapa produk ini hebat?
Produk Burt’s Bees bukan sahaja untuk golongan dewasa dan ibu hamil, malah turut menyediakan rangkaian produk untuk bayi.
Rumusan Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash yang lembut dan berasaskan tumbuhan secara semula jadi akan membersihkan kulit lembut bayi dari kepala hingga kaki kecil dan memberikan ketenangan buat si manja.
Formula tidak memedihkan mata yang tulen dan semula jadi menggabungkan minyak kelapa dan bunga matahari sebagai pembersih dan pelembab lembut untuk khasiat yang mendalam, semuanya dalam produk.
Apa yang kami suka:
- Tidak memedihkan mata.
- Formula tumbuh-tumbuhan.
- 99.9% semula jadi
- Bebas dari phthalates, parabens, petrolatum, atau SLS
- Diuji oleh pakar pediatrik
Anakku Extra Mild Baby Head To Toe
Terbaik Harga Bajet
Kenapa produk ini hebat?
Anakku Head To Toe Wash adalah produk yang lembut dan mesra pada kulit bayi dengan pH neutral yang memberikan kelembapan yang sempurna kepada kulit kepala dan badan bayi.
Dirumus khas dengan aloe vera, vitamin E, dan pro-vitamin B5 untuk menenangkan, melembapkan dan melindungi kulit serta menjadikan rambut bayi anda semakin halus, pencuci kepala hingga kaki ini tidak memedihkan mata, bahkan Anakku shampoo ini kaya dengan buih untuk pembersihan yang berkesan.
Apa yang kami suka :
- Sesuai digunakan untuk seisi keluarga anda.
- Sesuai untuk bayi yang sensitif.
- Harganya yang murah untuk ibu bapa yang mempunyai bajet yang terhad namun masih mahu mencari produk berkualiti.
- Mudah didapati di pasar raya utama
Perbandingan Harga Baby Shampoo Terbaik
Produk | Isipadu Kandungan | Harga (RM) |
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo | 230ml & 400ml | RM27.00-RM40.50 |
Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash | 200ml | RM26.90 |
AVEENO Baby Wash & Shampoo | 354ml | RM39.00 |
Mustela 2-in-1 Baby Cleansing | 500ml | RM45.00 |
Baby Sebamed Children’s Shampoo | 250ml | RM25.50 |
Buds Org Everyday Head To Toe Cleanser | 425ml | RM59.50 |
Burt’s Bees Baby Shampoo & Wash | 350ml | RM89.00 |
Anakku Extra Mild Baby Head To Toe | 750ml | RM12.90 |
Bilakah Parents Patut Mula Gunakan Baby Shampoo Wash Ke Atas Si Comel?
Bayi tidaklah berbau busuk seakan kita orang dewasa (siapa yang tidak sukakan bau bayi bukan?) jadi mereka tidak perlu mandi terlalu kerap. Tetapi najis pada lampin, muntah dan sisa-sisa makanan bayi, semuanya boleh jadi berbau dan boleh menyebabkan anda dan si kecil bergegas ke bilik mandi serta-merta jika parkara ini berlaku..
Sewaktu minggu-minggu awal bayi baru lahir, air bersuhu suam adalah sudah cukup untuk memandikan bayi anda. Untuk minggu pertama atau seterusnya, sehingga tali pusatnya tercabut dengan sendirinya, kekal menggunakan span mandian (jangan merendam bayi ke dalam air).
Sekitar 4 ke 6 minggu, anda boleh mula menggunakan beberapa titis syampu bayi yang lembut di atas rambutnya (jika mereka mempunyai rambut) dan ke atas tubuhnya.
Anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja, sekitar bersaiz kacang, kerana anda pasti mahu memastikan yang minyak perlindungan kulitnya kekal wujud sebaik yang mungkin.
Pabila bayi anda mula membesar dan mempunyai rambut penuh, anda boleh mula menggunakan lebih sedikit amaun syampu untuk membersihkan rambutnya.
Kulit bayi adalah halus dan kering dengan lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, jadi pilih satu jenis baby wash dengan syampu yang lembut dan mesra bayi yang boleh membantu mengekalkan kulit mereka lembap sempurna jauh dari masalah kulit kering dan gatal.
Bahan Kimia Yang Patut Elak Dalam Baby Shampoo
Sesetengah bayi mempunyai kulit sensitif yang mana boleh jadi cenderung ke arah ekzema dan ruam. Untuk melindungi kulitnya yang halus daripada masalah iritasi, di sini ada beberapa bahan yang perlu anda elak pabila mencari satu jenis baby wash dengan syampu.
- Parabens dan phthalates adalah kasar dan boleh jadi bahan kimia yang bahaya yang sering ditemui di dalam produk kegunaan di bilik mandi dan di dalam plastik.
- Formaledehyde – Bahan yang sama digunakan di dalam makmal sains
- Pewangi boleh membuatkan kulit rengsa dan kadang-kala digunakan sebagai label dunia yang termasuklah bahan yang berpotensi merbahaya
- Pewarna, yang mana sesetengah bayi adalah alergi kepadanya
- Sulfats, yang mana mungkin boleh jadi gatal pada kulit dan mata
- Alkohol sering kali dilabelkan ethanol atau isopropyl alkohol, yang mana mengering kulit dengan cepat.
Adalah dinasihatkan untuk kita mengekalkan lokasi syampu di kamar mandi bebas daripada berdekatan dengan matanya sebaik yang mungkin, ini kerana mata itu adalah agak sensitif.
Formula tear-free (tidak memedihkan mata) sememangnya membantu, tetapi ia tetap seeloknya untuk anda mengalih tumpuannya pada waktu mandi agar jadi lebih tenang dengan memberikannya upah dengan permainan dan kemudian bilas syampu dengan secepatnya daripada wajahnya.
Tip Mencuci Rambut Bayi Dengan Baby Shampoo
Sebilangan besar bayi yang seakan tidak sabar untuk rambutnya dibasuh sama seperti mereka menantikan waktu untuk tidur atau menggosok gigi atau beribu-ribu lagi perkara lain yang dibenci bayi.
Biarpun begitu terdapat cara untuk menjadikan aktiviti yang ditakuti ini lebih diterima atau paling tidak boleh diterima.
1. Jangan terlebih cara
Rambut bayi tidak perlukan basuhan setiap hari, atau malah setiap hari juga tidak perlu, melainkan dia seakan memasuki marathon agak awal.
Bahkan, mencuci rambutnya terlalu kerap boleh membawa ke arah kulit sensitif dan tidak selesa, yang mana tidak membantunya menikmati waktu mandi dengan lebih baik.
2. Kuli bayi sensitif tidak elok di dalam air terlalu panas
Air yang merasakan sedikit suam tetapi tidak terlalu panas untuk disentuh adalah ideal. Cuba periksa air dengan siku anda atau bahagian dalam pergelangan tangan.
Jika ia terlalu panas untuk anda, ia akan jadi lebih panas untuk bayi. Untuk mengelakkan keterwujudan kulit merah akibat suhu air panas, jangan letakkan bayi di dalam air sementara paip air masih dibuka dan pastikan ia bertukar kepada air sejuk.
3. Dengan kata itu, pastikan air kekal suam
Banyak sumber mengatakan yang mandian bayi anda tidak perlu terlalu dalam lebih daripada 2 ke 3 inci, yang mana masuk akal untuk dari sudut keselamatan, tetapi boleh meninggalkan bayi pada satu posisi yang drafty.
Pastikan bilik adalah bersuhu suam sebelum anda memulakan proses mandian dan pertimbangkan untuk menggunakan satu cawan untuk menuang sedikit air suam pada bahunya pada pertengahan proses sepanjang tempoh mandian jadi bayi anda tidak mudah dingin.
4. Basuhan rambut tidak perlu berlaku sewaktu mandi sekali pun, jika bayi bukanlah peminat air
Parents boleh memandikan bayi dan kemudian kering dan pakaiannya baju dan kemudian basuh rambutnya selepas itu dengan mengurut shampu dan kemudian bilas hujung kepalanya ke arah paip air.
Anda boleh semak suhu air pada paip terlebih dahulu pada cara yang sama pabila anda menguji curahan air mandian dengan memeriksa menggunakan siku.
5. Lindungi mata bayi dengan tangan anda pabila membilas bersih syampu
Hanya kerana kepala bayi adalah mendongak ke belakang tidak bermaksud yang tiada langsung titisan syampu tidak sengaja yang boleh memasuki matanya.
6. Lakukannya pada penghujung waktu mandian
Perasaan benci mencuci rambut adalah normal pada sebilangan besar bayi , jadi berjimat syampu dengan cara menggunakannya pada waktu hujung sesi mandian boleh membantu anda mengelak pembaziran.
7. Pastikan syampu bayi terbaik yang anda gunakan adalah tidak hanya direka untuk bayi yang kulitnya lebih halus, tetapi juga yang mempunyai pH yang rendah
Syampu dengan pH yang tinggi boleh membuatkan rambut bayi berpintal, yang mana boleh menyebabkan waktu mandi yang tidak fun lebih lama berbanding yang sepatutnya. Syampu yang anda gunakan perlu ada bacaan pH antara 4.5 ke 6.
Semak label syampu untuk tahap pH. Jika anda tidak dapat mencarinya di mana-mana, semak laman web syarikat tersebut dan hubungi customer service mereka untuk informasi lebih penuh.
Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada ibu ayah yang sedang mencari baby wash dengan syampu bayi terbaik untuk mandian bayi menyeluruh dari head to toe.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut
Baca juga: Syampu Bayi: Elak Salah Pilih, Ini Produk Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir
Baca juga: Masalah Kulit Bayi Terjadi Kerana Kerap Mandi Dan Menggunakan Sabun
- Malu Dan Rasa Rendah Diri Rambut Banyak Kelemumur? Ini 8 Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Atasi Masalah Kelemumur
- 8 Supplement Untuk Kulit Terbaik Di Pasaran, Kulit Jadi Glowing & Awet Muda
- Baru Nak Cuba Ambil Suplemen Kesihatan? Ambil Multivitamin Terbaik Ini Dengan Pelbagai Mineral Tambahan, Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita!