Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar

Taat pada suami adalah kewajipan buat isteri. Namun benarkah jika ingin proses bersalin mudah dan berjalan lancar, anda perlu sentiasa taat pada pasangan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Taat pada suami menjadi suatu kewajipan dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Setiap isteri dituntut mentaati pasangan selagi tidak memudaratkan diri dan melanggar syariat Islam.

Memandangkan kini kita berada dalam arus pemodenan, ramai wanita memilih untuk berdikari dalam menguruskan keluarga. Lebih-lebih lagi jika diuji dengan pasangan yang bersikap lepas tangan.

Benarkah taat pada suami dimudahkan proses bersalin?

credit to sources

Kehadiran cahaya mata sebenarnya menjadi penyeri dalam kehidupan suami isteri. Mana tidaknya, ia menjadi pelengkap bagi sesebuah perkahwinan.

Ketika mengandung lagi, ibu-ibu sering diingatkan agar menjaga percakapan dan tingkah laku seharian agar tidak mempengaruhi keperibadian anak yang bakal dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ada yang memberi pendapat bahawa para isteri hendaklah patuh dan taat pada suami sekiranya ingin proses bersalin berjalan dengan lancar. Namun benarkah?

Menerusi perkongsian sebuah video di Tiktok, @nurain_shop dia sudah mempunyai pengalaman bersalin tiga orang anak. Namun apabila anak keempat, dia berdepan sedikit kesukaran sehingga perlu menahan kesakitan yang melampau.

Dalam sesi soal dan jawab bersama pengikut, NurAin telah mendapat komen dari salah seorang lelaki yang mengatakan:

Nak mudah bersalin. Paling mujarab, taat pada suami. Jangan rasa isteri hebat. Isteri tak pernah tinggi suara dengan saya. Mudah je bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjawab dengan berani, NurAin mengatakan bahawa dia sudah lama ternanti-natikan pandangan dan komen seperti tersebut.

''Terima kasih atas komen sebegini. Abang tolong bagi mana firman atau hadis yang mengatakan bila isteri taat pada suami, maka dia dimudahkan urusan melahirkan?''

NurAin juga sempat berkongsi kisah sebenar yang dihadapi oleh rakannya apabila berdepan dua kali kelahiran secara caesarean.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Dia bersalin anak pertama. Suaminya penagih dadah dan tidak bekerja. Jadi isteri yang menanggung nafkah keluarga.''

''Ketika masih dalam tempoh berpantang, suami telah menidurinya dan mengandung anak kedua. Bila usia kandungan 7 bulan, perut mula merekah dan sekali lagi perlu melalui proses bersalin caesar.''

''Dua kali caesar, belum sempat ubat bius masuk ke seluruh badan, masa tu dia boleh rasa perut kena toreh dengan pisau. Itu sebab dia derhaka dengan suami ke jadi sebab susah bersalin?''

''Kalau nak taat pada suami boleh, tapi kena tengok semula suami jenis macam mana kita nak taat.'' jawab NurAin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Taat suami mengikut situasi, jangan sampai menzalimi diri sendiri

Menurut Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Rozana Isa, konsep taat pada suami sememangnya jelas tertulis dalam al-quran dengan menyatakan selagi ia tidak melanggar syariat dan membahayakan diri.

Ramai lelaki menganggap mereka memiliki kuasa sepenuhnya sebagai ketua keluarga dan perlu mendapat layanan seperti seorang raja. Sesetengahnya tidak sedar bahawa pengabaian hak isteri dan anak-anak merupakan salah satu kezaliman bentuk penderaan.

Bukan itu sahaja, kebanyakan wanita yang kurang pengetahuan akan terikat untuk mentaati suami sepanjang masa sedangkan hakikatnya mereka berada dalam keadaan tertindas sehingga boleh membahayakan nyawa.

Petua mudah bersalin yang boleh ibu cuba

#1. Belajar mengawal pernafasan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengawal nafas dengan betul adalah dengan menarik nafas sedalamnya sehingga pangkal perut terasa mengembung. 

Tarik nafas selama dua saat, berhenti sekejap, kemudian hembuskan nafas selama dua saat juga. Ketika mengandung, anda boleh mempraktiskan latihan bernafas ini ketika membuang air besar.

#2. Lakukan senaman ringkas untuk mudah bersalin

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara senaman yang boleh anda cuba adalah squat. Caranya adalah dengan duduk bertinggung dan berdiri selama berulang kali bagi menguatkan otot pinggul serta mendorong bayi turun lebih rendah.

Anda juga boleh berjalan itik atau kerap turun naik tangga menjelang tarikh jangkaan bersalin.

#3. Kerap berzikir dan berdoa

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Bacaan ayat al-quran dan menadah tangan berdoa sebenarnya dapat memudahkan urusan kelahiran anda. Usah terlalu bergantung sepenuhnya pada kemujaraban air selusuh kerana dikhuatiri boleh menganggu akidah.

Ketika di bilik bersalim, ibu boleh mengamalkan zikir nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus iaitu:

 ‘Laa ilaahailla anta, subahanaka, inni kuntum minazzalimin’

Maksudnya: ‘Tiada tuhan selain Engkau (Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk golongan yang menzalimi diri sendiri’. 

Kredit foto: Iman Abdul Rahim, Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Minum Air Kacip Fatimah Untuk Mudah Bersalin, Rahim Ibu Ini Pecah & Janin Meninggal Dunia