X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Duit Untuk Beli Susu, Keluarga Ini Terpaksa Beri Anak Kecil Minum Air Rebusan Beras

29 Jun, 2021
Tiada Duit Untuk Beli Susu, Keluarga Ini Terpaksa Beri Anak Kecil Minum Air Rebusan Beras

Air rebusan beras menjadi pilihan terakhir untuk diberikan kepada anak yang kelaparan apabila keluarga ini berdepan kesempitan hidup sepanjang tempoh PKP

Memandangkan kini seluruh masyarakat terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang terkesan akibat tidak dapat keluar bekerja seperti biasa sehingga ada anak kecil diberikan air rebusan beras.

Bagi mana-mana ibu ayah, ia semestinya suatu perkara yang amat menyakitkan dalam meneruskan hidup. Pandemik Covid-19 ini memberikan kesan begitu besar sehingga ada yang mengalami tekanan melampau kerana kehilangan sumber pendapatan.

Ibu beri bayi air rebusan beras sebagai pengganti susu

air beras ganti susu

credit to sources

Ekoran tempoh PKP kali ini yang agak lama, seorang ibu terpaksa di Terengganu tiada pilihan selaian memberikan air rebusan beras untuk anak kecil yang kelaparan kerana dia sudah tidak mampu untuk membeli susu.

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu berdepan kisah sedih tersebut sewaktu mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Menurut Setiausaha Persatuan Kebajikan Fisabilillah, Muhammad Syariezal berkata pihaknya berdepan dengan pelbagai pahit manis sepanjang menghantar bantuan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

”Antara yang paling menyedihkan ialah kisah sebuah keluarga terpaksa menyediakan air rebusan beras untuk anak kecilnya kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.”

”Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka terpaksa meminta susu daripada jiran tetangga kerana anak kelaparan. Ada juga yang memberi anak yang masih kecil minum susu pekat manis,” katanya.

Walaupun begitu, Syariezal berkata jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka apabila menerima sumbangan terutamanya susu dan lampin pakai buang.

Masyarakat perlukan bantuan keperluan harian

”Semasa kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu baru diberikan. Ternyata banyak keluarga telah terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.” katanya.

Tambah Syariezal, ada penerima bantuan mengatakan bahawa mereka kini sudah tiada lagi wang simpanan di dalam bank untuk dibelanjakan. Malah, ada juga dibuang kerja.

Persatuan Kebajikan Fisabilillah ini turut menerima banyak permohonan dari masyarakat dalam mendapatkan keperluan untuk menampung kehidupan.

”Apabila mereka dapat tahu Fisabilillah membantu golongan yang terkesan, mereka mencuba nasib. Selang beberapa hari, permohonanan akan diluluskan dan wakil Fisabilillah Terengganu akan terus menghantar keperluan bagi keluarga terbabit.” kongsinya.

kesan pkp

foto: fisabilillah trg

Sementara itu, dia berkata Fisabilillah Terengganu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bermurah hati menghulurkan sumbangan tidak putus-putus bagi memberi sokongan kepada golongan memerlukan.

Sehingga kini, seramai 4,000 buah keluarga telah berjaya dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

”Kami menjalankan tugas sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Terengganu.” jelasnya.

Ramai yang hilang pendapatan ketika krisis Covid-19

Laporan Sinar Harian menyatakan kira-kira 1 juta isi rumah berpendapatan sederhana (M40) berpotensi menjadi golongan berpendapatan rendah (B40) jika pandemik negara berada tahap sama sehingga berakhir suku ketiga tahun ini.

hilang pekerjaan

credit to sources

Menurut pakar ekonomi Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof. Madya Dr Ahmad Azrin Adnan menjelaskan, apabila fasa pemulihan sukar dicapai, berkemungkinan tinggi berlakunya pertambahan bilangan isi rumah B40 yang dahulunya golongan M40.

”Terdapat kira-kira 2.9 juta isi rumah M40 di negara ini dengan pendapatan antara RM4,851 hingga RM7,100 merupakan kumpulan berpotensi berdepan penurunan tahap pendapatan isi rumah.

Bukan itu sahaja, ramai ketua keluarga di kawasan bandar bergelut untuk mendapatkan pekerjaan susulan siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan pernyataan bahawa kadar pengangguran di Malaysia telah mengalami peningkatan kepada 772,900 pada kadar 4.8 peratus sejak Disember 2020.

Kategori bekerja sendiri merangkumi 15.8 peratus penduduk terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6 peratus kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.

Kumpulan ini terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam, gerai, ‘freelancers’ serta pekebun kecil.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tiada Duit Untuk Beli Susu, Keluarga Ini Terpaksa Beri Anak Kecil Minum Air Rebusan Beras
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham