TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu bapa juga mempunyai tabiat sibuk dengan telefon mereka seperti remaja masa kini

16 Dec, 2016
Ibu bapa juga mempunyai tabiat sibuk dengan telefon mereka seperti remaja masa kini

Satu kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa ibu bapa sendiri sukar untuk mengawal penggunaan alat digital media. Dan seperti kebanyakan ibu bapa tahu, ibu bapalah contoh yang terbaik untuk anak mereka.

Kebanyakan ibu bapa pada masa kini bimbang tentang anak-anak mereka yang sering berhadapan dengan skrin. Ibu bapa sepatutnya tahu dan ambil kisah kerana pendedahan berlebihan kepada media digital pada usia yang awal telah dikaitkan dengan masalah kognitif, seperti kekurangan tumpuan dan pemikiran kritikal yang terhad.

Walau bagaimanapun, satu kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa ibu bapa sendiri sukar untuk mengawal penggunaan alat digital media. Dan seperti kebanyakan ibu bapa tahu, ibu bapalah contoh yang terbaik untuk anak mereka.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Common Sense Media mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa remaja meluangkan masa lebih daripada 9 jam sehari menggunakan alat digital media setiap hari. 80% masa telah dibelanjakan untuk masa lapang, bukan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Ini adalah pada dasarnya sebanyak masa yang dihabiskan oleh remaja pada peranti mereka.

“Saya rasa ia memberitahu anda bahawa [ibu bapa] tiada bezanya daripada anak-anak mereka,”

6-kids-ipad-2

Apa yang menarik ialah kebanyakan ibu bapa ini (78% lebih tepat) menganggap diri mereka model yang positif kepada penggunaan teknologi. Ini adalah apa yang Amy Guggenheim Shenkan, presiden Common Sense gambarkan sebagai “paradoks ibu bapa.”

“Ibu bapa menghabiskan banyak masa dengan media, tetapi lebih separuh daripada mereka bimbang tentang anak-anak mereka yang ketagih dengan teknologi dan mereka mempunyai banyak kebimbangan tentang apa yang anak-anak mereka lakukan,” katanya kepada The Huffington Post.

Matlamat kajian ini bukan untuk memalukan ibu bapa, tetapi untuk membuat mereka sedar, tentang contoh yang mereka tunjukkan kepada anak-anak mereka.

“Saya rasa ia memberitahu anda bahawa [ibu bapa] tiada bezanya daripada anak-anak mereka,” Michael Robb, pengarah penyelidikan untuk Common Sense Media memberitahu CNN.

“Ia akan menjadi, saya fikir, suatu cabaran untuk ibu bapa mencari apa yang difikirkan betul untuk mereka dan anak-anak mereka.”

Kita semua perlu berusaha untuk menjadi model yang positif kepada anak-anak kita daripada menghabiskan sebahagian besar masa di hadapan skrin. Berikut adalah beberapa tip-tip mudah untuk mengurangkan masa skrin di rumah, dari National Heart, Lung, and Blood Institute and Alliance for a Healthier Generation.

Berbincang bersama keluarga

Sebelum anda menyediakan peraturan asas, berbincang dengan keluarga anda mengenai mengapa ia begitu penting untuk mereka mengurangkan masa skrin mereka.

Katakan kepada mereka bahawa ia akan membantu anda semua menjadi orang yang serba boleh, dan yang jauh dari skrin, mereka akan mempunyai banyak masa yang boleh mereka habiskan dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah, seperti senaman atau meluangkan masa sebagai keluarga.

Hadkan masa skrin

Anda boleh membuat peraturan rumah yang menghadkan masa skrin untuk sebilangan jam setiap hari. Pastikan anda menguatkuasakannya dan ikutinya juga.

shutterstock_90625957-2

Bilik tiada alat digital media

Bilik tidur anda seharusnya tiada peranti digital media. Ini bermakna tidak meletakkan TV atau komputer di dalam bilik tidur kerana perbuatan itu meningkatkan kemungkinan anak-anak akan asyik menonton TV sahaja. Ini juga akan menggalakkan mereka untuk meninggalkan bilik mereka dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Anda juga boleh membuat kawasan-kawasan lain tanpa peranti digital media di rumah anda seperti di ruang makan.

Jangan membuat masa skrin hukuman atau ganjaran

Anda tidak perlu mendisiplinkan anak anda dengan melarang mereka untuk bermain dengan peranti mereka ataupun membuatkan masa skrin sebagai ganjaran untuk mereka. Ini benar-benar membuat masa skrin lebih wajar untuk mereka. Anda tidak perlu membuat ia seperti perjanjian yang besar.

Aktiviti selepas sekolah

Salah satu sebab kanak-kanak meluangkan masa yang lama menggunakan alat digital media adalah kerana mereka tidak mempunyai aktiviti lain untuk dilakukan. Anda boleh membantu mereka bersama-sama dengan memikirkan aktiviti selepas sekolah yang boleh anda lakukan bersama-sama.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu bapa juga mempunyai tabiat sibuk dengan telefon mereka seperti remaja masa kini
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham